SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 1819

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
M CHUHARMAL SDN BHD LWN. STADIUM CURRY HOUSE (USJ) SDN BHD
[Rayuan Sivil No: KA-12ANCVC-1-02/2021]



Petitioner Advocates:Karin Lim Ai Ching,Murgan D Maniam ,Respondent Advocate: Subramaniam Paranasivam,Nagarajan Loganathan,Panama Selvam Sinniah

Prinsip res judicata dan estoppel tidak menghalang tuntutan baru yang melibatkan isu berbeza, yang perlu dibicarakan dengan keterangan saksi.

Headnote:(A) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 – Seksyen 3 dan Seksyen 67(1) – Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – Peraturan 18 k 19 – Saman pemula yang difailkan oleh Plaintif untuk kos pemulihan premis. Rayuan Defendan terhadap keputusan Hakim yang menolak Notis Permohonan untuk membatalkan Tuntutan Pemulihan yang didapati tidak bermerit. (Paras 2, 3, 32, 37, dan 77)
(B) Prinsip res judicata dan estoppel – Mahkamah memutuskan bahawa isu-isu dalam Guaman Kedua tidak sama dengan Guaman Pertama, yang membolehkan litigasi. (Paras 29, 70, dan 76)
(C) Isu penyerahan hartanah dalam Perjanjian Jual Beli perlu ditimbang dalam perbicaraan dan tidak boleh ditentukan secara afidavit tanpa keterangan saksi. (Paras 39, 42, dan 75)

Facts of the case: Defendan merayu terhadap keputusan yang menolak Notis Permohonan untuk membatalkan Tuntutan Pemulihan yang melibatkan kos pemulihan premis setelah Plaintif menjadi pemilik berdaftar. (Paras 6, 22-23)

Findings of Court: Penolakan Notis Permohonan bertarikh 26 Januari 2021 adalah berasas dan petah; keputusan Hakim tidak boleh dicabar seperti rayuan yang bersandarkan kepada keputusan interlokutori yang tidak memuktamadkan hak. (Paras 37, 77)

Issues: Adakah rayuan Defendan teratur?; Mendedahkan kausa tindakan?; Terhalang oleh prinsip res judicata?; Mempertikaikan hak plaintif untuk perbicaraan penuh? (Paras 34, 50)

Ratio Decidendi: Rayuan Defendan tidak mempunyai merit kerana Notis Permohonan yang dihamparkan tidak dapat dipertahankan dan pelaksanaan perbicaraan penuh adalah perlu untuk penentuan kebenaran. (Paras 37, 77)

Result: Rayuan Defendan ditolak dengan kos. (Paras 77)

PENGHAKIMAN

Meor Hashimi Abdul Hamid H:

Pendahuluan

[1] Defendan (perayu) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar (hakim bicara yang bijaksana) yang diberikan pada 26 Januari 2021 yang telah menolak Notis Permohonan Defendan (Lampiran 88) untuk membatalkan Pernyataan Tuntutan Plaintif (responden).

[2] Pada 8 Ogos 2022 setelah menimbangkan penghujahan bertulis dan lisan peguamcara Defendan dan peguamcara Plaintif, mahkamah ini memutuskan rayuan Defendan tidak bermerit dan menolak dengan kos rayuan Defendan.

[3] Berikutan dengan penolakan rayuan Defendan oleh mahkamah ini, keputusan hakim bicara yang bijaksana yang telah menolak dengan kos Notis Permohonan Defendan (Lampiran 88) adalah disahkan oleh mahkamah ini.

[4] Terkhilan dengan keputusan mahkamah ini, Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keputusan mahkamah ini.

[5] Bagi memudahkan rujukan, pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan sepertimana prosiding di hadapan hakim bicara yang bijaksana.

Latarbelakang Kes

[6] Defendan adalah pemilik berdaftar tanah yang dikenali sebagai GRN 34371 dan GRN 34372, Lot 2 Seksyen 5 dan Lot 3 Seksyen 5, Tempat Seberang Market, Bandar Kuah, Daerah Langkawi, Negeri Kedah Darul Aman di mana di atas tanah berkenaan telah didirikan sebuah bangunan kedai tiga (3) tingkat yang beralamat di No 8 dan 9, Pekan Kuah, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman (selepas ini dirujuk sebagai "Hartanah tersebut").

[7] Defendan telah memasuki satu Perjanjian Sewa Bangunan bertarikh 15 Ogos 2010 dengan Koperasi Al Taqwa Kg Kisap Langkawi Berhad (selepas ini dirujuk sebagai "Koperasi tersebut"). Di antara terma-terma Perjanjian Sewa Bangunan tersebut ialah Defendan bersetuju menyewakan Hartanah tersebut kepada Koperasi tersebut bagi tempoh dua (2) tahun mulai dari 20 Ogos 2010 sehingga 19 Ogos 2012 dengan dikenakan kadar sewa bulanan sebanyak RM6,000.00 sebulan [lihat ms 381-383 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian C].

[8] Semasa Koperasi tersebut sedang menyewa Hartanah tersebut, Defendan bersetuju menjual dan Plaintif bersetuju membeli Hartanah tersebut daripada Defendan pada harga RM1,600,000.00 melalui satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 20 Julai 2011 (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian Jual Beli tersebut"). Mengikut terma-terma dalam Perjanjian Jual Beli tersebut, deposit harga belian Hartanah tersebut adalah sebanyak RM160,000.00 dan Plaintif telah membayar deposit tersebut kepada Defendan [lihat ms 402-417 Rekod Rayuan Jilid 2 Bahagian C].

[9] Mengikut terma-terma dalam Perjanjian Jual Beli tersebut, Plaintif telah membayar baki harga belian Hartanah tersebut sebanyak RM1,440,000.00 kepada Defendan pada 13 Disember 2011. Di atas kelewatan membuat pembayaran baki harga jualan tersebut, Plaintif telah membayar denda lewat sebanyak RM17,358.90 kepada Defendan pada 13 Februari 2012. Hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada nama Plaintif pada 21 Mei 2012.

Guaman Pertama Plaintif

[10] Plaintif telah memfailkan tindakan terhadap Defendan dan Koperasi tersebut pada 14 April 2013 di Mahkamah Sesyen Alor Setar dalam Guaman Sivil No A52-29-4/2013 (selepas ini dirujuk sebagai "Guaman Pertama"). Dalam Guaman Pertama tersebut, Plaintif telah menjadikan Koperasi tersebut sebagai Defendan Pertama dan Defendan sebagai Defendan Kedua.

[11] Dalam Guaman Pertama tersebut, Plaintif telah menuntut relif-relif berikut terhadap Koperasi dan Defendan:

(a) Koperasi dan Defendan menyerahkan milikan kosong premis yang dikenali sebagai GRN 34371 dan GRN 34372, Lot 2 Seksyen 5 dan Lot 3 Seksyen 5, Tempat Seberang Market, Bandar Kuah, Daerah Langkawi, Negeri Kedah Darul Aman dengan serta-merta;

(b) Koperasi membayar gantirugi sewa gandaan sebanyak dua kali (double rental) dari 14 Februari 2012 sehingga 13 April 2013 sebanyak RM168,000.00 (RM12,000.00 x 14 bulan) dan berterusan sehingga tarikh pemberian milikan kosong Hartanah tersebut;

(c) Defendan membayar gantirugi pada kadar RM10,666.66 sebulan dari 14 Februari 2012 sehingga


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top