MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BAHRU
CHE ZAM @ NORIZAN DAUD LWN. RURAIDA DAUD & SATU LAGI
[Saman Pemula No: DA-24NCvC-276-07/2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. filing procedures and ownership disputes. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 , 8) |
| 2. judicial standards for striking claims. (Para 9 , 10 , 11) |
| 3. issues surrounding locus standi. (Para 12 , 21) |
| 4. requirements for representing co-owners. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17) |
| 5. conclusion on dismissal of the plaintiff's action. (Para 30 , 31) |
Pendahuluan
[1] Ini adalah merupakan satu permohonan oleh Defendan Pertama (D1) di bawah A 18 k 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk membatalkan Saman Pemula Untuk Pemilikan (Saman Pemula) yang difailkan oleh Plaintif di bawah A 89 k 2 KKM 2012 atau secara alternatifnya Saman Pemula tersebut serta Afidavit Sokongannya yang diikrarkan oleh Plaintif ditukarkan kepada satu kes Writ Saman.
[2] Kertas-kertas kausa yang berkaitan adalah seperti berikut:
(a) Saman Pemula Untuk Pemilikan di bawah A 89 k 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 7 Julai 2022;
(b) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Plaintif pada 26 Jun 2022;
(c) Afidavit Jawapan Defendan Pertama yang diikrarkan oleh Defendan Pertama pada 11 Ogos 2022;
(d) Afidavit Balasan yang diikrarkan oleh Plaintif pada 4 September 2022;
(e) Notis Permohonan Defendan Pertama di bawah A 18 k 19 (1) (a), (b) dan (d) dan/atau A 92 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ;
(f) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Defendan Pertama pada 28 Ogos 2022;
(g) Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Plaintif pada 11 September 2022; dan
(h) Afidavit Balasan Defendan Pertama yang diikrarkan oleh Defendan Pertama pada 2 Oktober 2022.
[3] Di dalam Saman Pemula, Plaintif memohon relif-relif seperti berikut:
(a) Suatu deklarasi bahawa Plaintif sebagai pemilik berdaftar kepada ¼ bahagian hartanah yang dipegang di bawah Hakmilik GM 1262, Lot 1412, Mukim Raja Kg. Pek, Jajahan Machang, Machang, Negeri Kelantan (selepas ini disebut sebagai "hartanah tersebut") mempunyaI hak terhadap milikan kosong terhadap hartanah tersebut yang mana Defendan-defendan telah menduduki dan/atau mendiami hartanah tersebut tanpa lesen dan/atau kebenaran Plaintif dan telah melakukan perbuatan pencerobohan terhadap hartanah tersebut;
(b) Plaintif berhak untuk melakukan tindakan memotong kunci dan/atau segala bentuk halangan untuk memasuki hartanah tersebut;
(c) Kebenaran diberikan kepada Plaintif untuk mengarahkan Tenaga Nasional Berhad untuk membuat permotongan bekalan eletrik pada hartanah tersebut;
(d) Kebenaran diberikan kepada Plaintif untuk mengarahkan Air Kelantan Sendirian Berhad untuk membuat pemotongan bekalan air pada hartanah tersebut;
(e) Defendan-defendan dan/atau mana-mana pihak/orang yang menduduki hartanah tersebut dikehendaki keluar dan mengosongkan hartanah tersebut dan menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Perintah ini diberikan;
(f) Bahawa milikan kosong ke atas hartanah tersebut diserahkan kepada Plaintif dalam keadaan tiada sebarang bentuk liabiliti dan/atau hutang terhadap mana-mana pihak lain atas alamat hartanah tersebut;
(g) Plaintif dengan bantuan Balif dan/atau mana-mana pihak berkuasa dibenarkan dan diberi kuasa untuk melaksanakan tindakan 'force entry' ke atas hartanah tesebut bagi mendapatkan milikan kosong hartanah tersebut daripada Defendan-defendan dan atau mana-mana pihak/orang yang menduduki hartanah tersebut untuk diserahkan kepada Plaintif;
(h) Defendan-defendan dan/atau melalui agennya dan/atau melalui mana-mana wakilnya adalah dihalang daripada membuat permohonan memasukkan kaveat ke atas hartanah tersebut;
(i) Plaintif diberikan kebebasan dan kebenaran untuk memohon apa-apa perintah lain yang munasabah bagi tujuan perlaksanaan yang dibenarkan oleh Mahkamah ini;
(j) Sekiranya Defendan-defendan dan/atau mana-mana pihak/orang yang menduduki hartanah tersebut gagal dan/atau abai untuk menuntut dan/atau mengambil semula harta benda milik mereka dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh makluman oleh Plaintif, Plaintif dibenarkan dan diberi kuasa untuk melupuskan da
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.