2023 MarsdenLR 143
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
NUR MUHAMED MUGUL AHMED LWN. KETUA PENGARAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: KA-44-2-02/2023]
The court emphasized procedural compliance in detention matters, particularly concerning the rights of UNHCR cardholders and the invalidity of detention without proper legal basis.
Headnote:Statute Analysis: Under the Prevention of Crime Act 1959 (Revised - 1983) [Act 297] and the Immigration Act 1959/63 [Act 155], the petitioner was detained for two years but released immediately following the applicant's filing of a Writ of Habeas Corpus. Court Findings: The court found discrepancies in the detention orders relating to the petitioner and ruled on the validity of further detention orders under Section 56(2) and Section 34(1) of Act 155, asserting the petitioner's status as a UNHCR cardholder.
Issues: The court framed the main questions regarding the applicability of the laws governing the petitioner's detention.
Ratio Decidendi: The court justified its decision based on the legal considerations surrounding the detention, noting failures in procedure regarding the issuance of detention orders against the petitioner, ultimately ruling that the petitioner was not subject to removal or detention under the relevant laws.
Result: The court allowed the petitioner's application for a Writ of Habeas Corpus, ordering immediate release.
| Table of Content |
|---|
| 1. the procedural details of the petitioner's prior detention and the subsequent habeas corpus application. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. the key legal challenges pertaining to the legality and grounds for detention under relevant acts. (Para 17 , 38 , 42) |
| 3. the court's determination of the legal principles governing the petitioner's status as a unhcr cardholder and right to habeas corpus. (Para 30 , 46 , 60) |
Pendahuluan
[1] Pemohon dalam Permohonan ini telah menjalani Perintah Tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Disemak - 1983) [Akta 297] di Pusat Pemulihan Khas ("PPK") Pokok Sena, Kedah selama dua tahun dan Perintah Tahanan tersebut telah tamat pada 15 April 2022. Seterusnya Pemohon telah diserahkan kepada Responden-Responden dan telah ditahan di bawah s 34(1) Akta Imigresen 1959 /63 [Akta 155] di Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah bagi tujuan dihantar kembali ke negara asal.
[2] Pemohon telah memfailkan Notis Usul pada 14 Februari 2023 bagi suatu Writ Habeas Corpus dikeluarkan terhadap Pemohon dan Pemohon dibebaskan serta-merta daripada tahanan tersebut. Notis Usul yang difailkan Pemohon telah disertakan dengan Afidavit Sokongan bertarikh 12 Februari 2023 yang telah diikrarkan oleh Rohani binti Yusoff, isteri Pemohon.
[3] Semasa prosiding pendengaran Permohonan ini pada 13 Jun 2023, iaitu setelah Pemohon dan Responden-Responden mengemukakan hujahan masing-masing, Mahkamah ini telah membawa kepada perhatian kedua-dua pihak bahawa Perintah Pemindahan dan Perintah Penahanan yang dieksibitkan dalam eksibit "MHI-4" kepada Afidavit Jawapan Mohd Haris bin Isra'ai (Kandungan 9) dan eksibit "SBO-2" kepada Afidavit Jawapan Shafarina binti Othman (Kandungan 10) adalah merujuk kepada penama Mohamad Zubir, dan bukannya atas nama Pemohon.
[4] Responden-Responden telah membuat permohonan secara lisan untuk memperbetulkan dokumen-dokumen yang berkenaan tetapi telah dibantah oleh Pemohon, dan pada peringkat tersebut Mahkamah ini telah membenarkan bantahan Pemohon. Selanjutnya Mahkamah ini telah menetapkan 19 Jun 2023 untuk keputusan bagi Permohonan ini.
[5] Sebelum keputusan diberikan bagi Permohonan Pemohon ini, Responden-Responden telah memfailkan Notis Permohonan di bawah A 3 k 5(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada (Inherent Jurisdication) Mahkamah (Kandungan 26) berserta Perakuan Segera dan Afidavit Sokongan(1) oleh Mohd Haris bin Isra'ai dan Afidavit Sokongan(2) oleh Shafarina binti Othman, bagi kebenaran untuk pelanjutan masa memfailkan Afidavit-Afidavit Pembetulan terhadap Afidavit-Afidavit Jawapan Responden-Responden. Responden-Responden telah turut memfailkan Afidavit-Afidavit Pembetulan yang berkaitan sebagaimana terkandung dalam Kandungan 31 dan 32.
[6] Setelah mendengar hujahan-hujahan Pemohon dan Responden- Responden melibatkan Permohonan di Kandungan 26 ini, Mahkamah ini telah membenarkan Permohonan Responden- Responden untuk pelanjutan masa bagi memfailkan Afidavit- Afidavit Pembetulan. Selanjutnya, Responden-Responden telah memfailkan Afidavit-Afidavit Pembetulan yang berkaitan sebagaimana di dalam Kandungan 38 dan 39 di mana Perintah Pemindahan dan Perintah Penahanan atas nama Pemohon telah dieksibitkan.
Fakta Kes
[7] Pada 11 April 2022, Responden-Responden telah menerima surat daripada pihak PPK Pokok Sena, Jabatan Penjara Malaysia yang memaklumkan bahawa terdapat tiga orang tahanan warganegara Myanmar, yang mana salah seorangnya adalah Pemohon, yang menjalani Perintah Tahanan di bawah Akta 297 di PPK Pokok Sena yang akan tamat tempoh tahanan mereka pada 15 April 2022.
[8] Pada 15 April 2022 jam lebih kurang 8.05 pagi, sepasukan Pegawai Imigresen telah menerima serahan ketiga-tiga orang warganegara asing tersebut (termasuk Pemohon) dan telah membuat tangkapan semula terhadap mereka di bawah s 51(5)(b) Akta 155 bagi tujuan pengusiran. Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang Pegawai Imigresen yang membuat tangkapan semula tersebut iaitu PI Mohamm