MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH
KUMAR APPANNA LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: CB-41S-8-10/2020]
PENGHAKIMAN
[1] Ini adalah rayuan terhadap keputusan Majistret yang telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman ke atas perayu di bawah s 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan menjatuhkan hukuman penjara selama 36 bulan dari tarikh jatuh hukum iaitu 20 Oktober 2020 dan didenda RM10,000.00 kalau tidak bayar tiga (3) bulan penjara dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama empat (4) tahun berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum 20 Oktober 2020.
[2] Perayu di dalam kes ini telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh atas pertuduhan seperti berikut:
"Bahawa kamu, pada 24 Jun 2018 jam lebih kurang 9.30 pagi, bertempat di KM 149 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur sebagai pemandu m/treller BPB 5411 telah didapati memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dengan cara melulu, atau dengan cara yang merbahaya kepada orang awam, setelah mengambil kira tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas yang dijangka ada atau mungkin ada di jalan tersebut) sehingga menyebabkan tiga kematian iaitu kepada Khasrul Haizal bin Mohd Yusof (Lelaki) No KPT: 980328-10-6535, Khasrul Ikhwan bin Mohd Yusof (Lelaki) No KPT: 000714-14-0751, dan Chua Jyh Shyong (Lelaki) No KPT: 810421-065115. Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."
[3] Di dalam petisyen rayuan Perayu telah membangkitkan beberapa isu yang boleh disimpulkan seperti berikut:
(a) Majistret telah terkhilaf daripada menimbangkan keterangan saksi-saksi pendakwaan yang gagal untuk menunjukkan di manakah titik mula tempat perlanggaran kemalangan tersebut walaupun di dalam alasan penghakimannya Majistret telah bersetuju bahawa pihak pendakwaan tidak membuktikan tempat perlanggaran pertama. Ini ditambah pula dengan keterangan ahli kimia bagi memberikan keterangan berkenaan dengan geseran tayar.
(b) Majistret juga terkhilaf apabila menerima keterangan SP6 mengenai siasatan kemalangan tanpa sebarang laporan pakar.
(c) Majistret juga terkhilaf apabila memutuskan bahawa pertuduhan di dalam kes ini adalah cacat.
(d) Majistret juga telah terkhilaf apabila gagal mempertimbangkan apabila pihak pendakwaan gagal menunjukkan mototreller Perayu telah memasuki laluan yang bertentangan.
(e) Majistret juga terkhilaf apabila memutuskan untuk memanggil Perayu membela diri disebabkan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie sedangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak membuktikan kes prima facie.
(f) Majistret juga tidak mempertimbangkan sewajarnya keterangan Perayu dan seorang saksi yang dikemukakan oleh Perayu berkenaan fakta bahawa mereka adalah merupakan saksi mata dalam kemalangan tersebut. Pada masa yang sama Perayu juga menyatakan bahawa Majistret telah tersilap arah apabila menjatuhkan hukuman terhadap Perayu tanpa mengambil kira prinsip-prinsip penghukuman.
Fakta Kes
[4] Pada 24 Jun 2018 SP1 iaitu Ketua Pejabat Pertanyaan Cawangan Trafik IPD Temerloh telah menerima panggilan telefon dari orang awam yang melaporkan satu kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kenderaan di KM 149 Jalan Kuantan - Kuala Lumpur. Panggilan tersebut diterima lebih kurang pada jam 9.20 pagi pada tarikh tersebut. SP1 telah memaklumkan perkara tersebut kepada pegawai penyiasat iaitu SP6.
[5] SP6 setelah mendapat maklumat daripada SP1 telah pergi ke tempat kejadian. Beliau sampai di tempat kejadian lebih kurang jam 9.20 pagi bersama-sama dengan jurugambar dan seorang Sarjan yang bernama Ahmad Farid. SP6 di dalam keterangannya di halaman 60 Rekod Rayuan Jilid 2 telah menyatakan bahawa semasa beliau sampai di situ motokar jenis MPV ada lapan orang masa terlibat. Motorjip ada dua orang mangsa terlibat. Pemandu mototreller tiada di tempat kejadian. SP6 juga mengesahkan dua orang lelaki melayu meninggal dan seorang lelaki cina juga meninggal dunia. Dua orang lelaki melayu adalah daripada motokar Pr
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.