SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1319

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KANGAR
ZURICH GENERAL INSURANCE MALAYSIA BERHAD LWN. NORFAIRUZLIZA MD JOHARI & YANG LAIN
[Saman Pemula No: RA-24NCVC-34-10-2020]



Petitioner Advocates:Tay Kwai Lian ,Respondent Advocate: Anuradha Narasamuloo

Penanggung insurans tidak dapat mengelak liabiliti bagi tuntutan gantirugi tanpa bukti kukuh mengenai kecurian kenderaan sebelum kejadian, seperti yang ditentukan oleh Seksyen 96 Akta Pengangkutan Jalan.

Headnote:(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Seksyen 96(3) – Akta Relief Spesifik 1950 – Seksyen 41 – Permohonan Saman Pemula oleh penanggung insurans untuk mendapatkan perintah Deklarasi bahawa Sijil Insurans tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, ditolak. Pemohon tidak dapat membuktikan kecurian motosikal sebelum kemalangan, yang membatalkan liabiliti di bawah Sijil Insurans. Mahkamah berpendapat bahawa beban bukti terletak pada pemohon untuk membuktikan kehilangan. (Paras 1, 46, 57, 64, 66)

(B) Liabiliti penanggung insurans – Seksyen 96 APJ menetapkan bahawa bagi penanggung insurans untuk mengelak tanggungjawab, satu deklarasi mahkamah diperlukan sebelum tarikh liabiliti ditanggung. Dalam kes ini, liabiliti masih terpakai sehingga perintah dibuat. (Paras 51, 66)

(C) Hak dan kepentingan pihak ketiga – Mahkamah mengambil kira hak dan kepentingan Defendan Ketiga dalam tindakan gantirugi yang dihadapinya. Keputusan yang mempengaruhi mereka tanpa justifikasi boleh menyebabkan ketidakadilan. (Paras 56, 64)

PENGHAKIMAN

Arik Sanusi Yeop Johari PK:

Pendahuluan

[1] Ini merupakan rayuan oleh pihak Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang telah menolak permohonan Saman Pemula Plaintif (Lampiran 1) untuk mendapatkan suatu perintah Deklarasi terhadap Defendan-Defendan di bawah s 96(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] ("APJ") dan s 41 Akta Relief Spesifik 1950 [Akta 137] dengan kos sebanyak RM2,000.00.

Latar Belakang Kes

[2] Plaintif adalah sebuah syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar di Level 23A Mercu 3, No 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur.

[3] Defendan Pertama adalah pemunya berdaftar motosikal nombor KDY 481 dan pemegang polisi insurans bagi Sijil Insurans/Polisi No.: 381600025813-01 dengan Nota Lindung No.: D-12076-17000107 ("Sijil Insurans tersebut") yang berkuat kuasa mulai 16 Oktober 2017 sehingga 15 Oktober 2018.

[4] Defendan Kedua adalah penunggang motosikal nombor KDY 481 pada 1 Januari 2018 sebelum motosikal itu didakwa telah hilang dan dicuri ketika Defendan Kedua masuk ke dalam kedai runcit Market Simpang Empat pada jam 1.30 pagi sepertimana Laporan Polis No Spg Empat/000006/18 yang dibuat oleh Defendan Kedua ("Laporan Polis Defendan Kedua tersebut").

[5] Defendan Ketiga adalah ibu yang sah kepada Rahmat Al Afiq bin Roshaidi (Simati), iaitu penunggang motosikal nombor RN 526 yang telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 1 Januari 2018.

[6] Pada 1 Januari 2018 lebih kurang pada jam 1.45 pagi, suatu kemalangan jalanraya telah berlaku di Jalan Tambun Tulang, Simpang Empat, Perlis yang melibatkan motosikal nombor KDY 481 dengan motosikal nombor RN 526 ("kemalangan tersebut"). Motosikal nombor RN 526 tersebut telah ditunggang oleh Rahmat Al Afiq bin Roshaidi (Simati), manakala motosikal nombor KDY 481 pula telah ditunggang oleh seorang yang tidak diketahui ("John Doe").

[7] Berdasarkan Laporan Polis Defendan Kedua tersebut dan Laporan Polis No Spg Empat/000004/18 yang dibuat oleh Konst/P Syed Muhammad Sidiq bin Syed Fisol pada 1 Januari 2018 pada jam 1.50 pagi, iaitu anggota polis yang bertugas di Kaunter Pejabat Pertanyaan Balai Polis Simpang Empat, Simpang Empat, Perlis (Ekshibit "YHS-3", Afidavit Sokongan Yap Heng Soon (Lampiran 2)), selang masa antara kehilangan dan kecurian motosikal nombor KDY 481 tersebut dengan kemalangan tersebut ialah lebih kurang 10 minit.

[8] Akibat daripada kemalangan tersebut, Simati telah mengalami kecederaan dan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Berikutan daripada kematian Simati tersebut, Defendan Ketiga sebagai ibu yang sah kepada Simati telah memfailkan tuntutan gantirugi dan pampasan terhadap "John Doe" dan Defendan Pertama sebagai pemunya berdaftar motosikal nombor KDY 481 tersebut di Mahkamah Majistret Kangar melalui Guaman Sivil No RA-A73KJ-22-01/2020 ("Guaman Sivil tersebut").

[9] Memandangkan penunggang motosikal nombor KDY 481 tersebut semasa kemalangan tersebut berlaku tidak diketahui, maka sebagai penanggung insurans motosikal nombor KDY 481 tersebut, Plaintif telah diserahkan dengan Notis di bawah s 96(2) APJ oleh Tetuan Selvi Subra & Partners, yang mewakili Defendan Ketiga yang merupakan pihak ketiga dalam tindakan ini.

[10] Sebagai rujukan, s 96(2) APJ memperuntukkan seperti yang berikut:

"Kewajipan penanggung insurans untuk menunaikan hukuman terhadap orang yang mengambil insurans berkenaan dengan risiko pihak ketiga

96. (2) Tiada apa-apa jumlah wang kena dibayar oleh seseorang penanggung insurans di bawah subseksyen (1):

(a) berkenaan dengan apa-apa penghakiman, melainkan sebelum atau dalam masa tujuh hari selepas bermulanya prosiding yang penghakiman itu diberi, penanggung insurans itu telah mengetahui mengenai prosiding tersebut;

(b) berkenaan dengan apa-apa penghakiman, selagi pelaksanaannya digantungkan sementara menunggu rayuan; atau

(c) berkaitan dengan apa-apa liabiliti, jika sebelum berlakunya kejadian yang menjad


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top