SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2018 MarsdenLR 2301

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
CHANG KAR FEI LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah Nos: WA-42S-106-08/2017 & WA-42S-107-08/2017]



Petitioner Advocates:Azeezi Nordin ,Respondent Advocate: Khairul Amin Abdullah

The requirement to prove coercion in sexual exploitation cases is satisfied when a victim lacks control over their own travel documents and is forced into sex work due to financial indebtedness.

Headnote:Statute Analysis: Under section 12 of the Anti-Trafficking in Persons Act 2007 ('ATIP 2007'), any person who traffics an adult for exploitative purposes is guilty of an offense. Facts of the Case: The appellant was convicted for trafficking a woman for sexual exploitation and received a 4-year sentence and a fine.

Findings of Court:
The conviction was upheld, emphasizing the proved elements of coercion despite the appellant's defense of lack of knowledge regarding the victim's actions.

Issues: The court framed the questions around the proof of coercion in the trafficking case.

Ratio Decidendi: The court determined that coercion was sufficiently proven, highlighting the victim's lack of liberty regarding her passport.

Result: The conviction was affirmed, and the prosecution's appeal for a longer sentence was upheld, sentencing the appellant to 7 years.

Table of Content
1. requirement of proving coercion in human trafficking cases. (Para 1 , 32)
2. appellant's conviction for trafficking upheld. (Para 2 , 3 , 4)
3. discussion on appeal grounds concerning public interest. (Para 22 , 23)
4. prosecution must prove coercion for trafficking under law. (Para 26 , 30)
5. victim's lack of autonomy signifies coercion. (Para 34 , 38)
6. final ruling emphasizing significant sentences for deterrence. (Para 36)

[1] Melalui Rayuan Jenayah No. WA-42S-106-08/2017, Perayu Chang Kar Fei (dalam penghakiman ini dirujuk sebagai 'tertuduh') mengemukakan rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bijaksana ('HMS') pada 18 Ogos 2017 yang telah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesalahan memperdagangkan seorang wanita warganegara Indonesia bagi maksud eksploitasi seks di bawah s 12 Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007 [Akta 670] ('ATIP 2007') dan dihukum penjara selama 4 tahun dan denda RM15,000.00 jika gagal bayar 15 bulan penjara.

[2] Melalui Rayuan Jenayah No. WA-42S-107-08/2017 pula, Pendakwa Raya yang tidak puas hati terhadap hukuman yang diputuskan oleh HMS, telah membuat rayuan balas.

[3] Kedua-dua rayuan tersebut telah didengar bersama Rayuan Jenayah No. WA-42(LB)-87-07/2017 yang merupakan rayuan Pendakwa Raya terhadap keputusan HMS yang sama yang telah melepaskan dan membebaskan tertuduh di akhir kes pendakwaan daripada 8 pertuduhan di bawah s 12 dan 14 ATIP 2007 serta empat pertuduhan di bawah s 55B (employing a person who is not in possession of a valid Pass) dan s 55E (occupier not to permit illegal immigrant to remain at premises) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]. Pertuduhan-pertuduhan tersebut melibatkan kesemuanya 9 orang wanita dan kanak-kanak warganegara Indonesia yang juga didakwa telah diperdagangkan bagi maksud eksploitasi seks.

[4] Pada 20 Ogos 2018, Mahkamah ini telah:-

(a) menolak rayuan tertuduh untuk Rayuan Jenayah No. WA-42S106-08/2017;

(b) menolak rayuan oleh Pendakwa Raya untuk Rayuan Jenayah No. 42(LB)-87-07/2017 (tiada Notis Rayuan yang telah difailkan terhadap keputusan ini); dan

(c) membenarkan rayuan oleh Pendakwa Raya untuk Rayuan Jenayah No. WA-42S-107-08/2017 dan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh keputusan Mahkamah.

[5] Selepas keputusan diberikan oleh Mahkamah, peguam bela yang terpelajar, Encik Khairul Amin Abdullah telah memohon penggantungan pelaksanaan hukuman penjara selama 7 tahun sementara menunggu pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman di Mahkamah Rayuan. Saya telah mendengar penghujahan ringkas peguam dan Encik Azeezi Nordin, Timbalan Pendakwa Raya yang terpelajar ('TPR') dan memutuskan untuk menolak permohonan tersebut. Rayuan oleh tertuduh kini turut merangkumi keputusan saya berkenaan permohonan penggantungan pelaksanaan tersebut.

Kes Pendakwaan

[6] Tertuduh telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2016 dan pada 17 November 2016, pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap tertuduh iaitu seperti yang berikut:

"Bahawa kamu dari 15 April 2016 hingga 3 Mei 2016 jam lebih kurang 3.45 pagi di Blok 5-9-12 Seri Mas Condo, Pearl Tower Off Batu 3 1/2, dalam daerah Cheras, dalam negeri Kuala Lumpur telah memperdagangkan Imroah No. Passport: B3850332 yang berumur 21 tahun bagi maksud eksploitasi seks dan dengan demikian telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 12 Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.".

[7] 15 orang saksi telah memberikan keterangan bagi pihak pendakwaan termasuk mangsa bagi pertuduhan pindaan di atas, Imroah (SP3). SP3 berasal dari Jawa Tengah, Indonesia. Dia telah datang ke Malaysia bersama 4 orang kawan-kawannya untuk bekerja sebagai tukang urut dengan gaji sebanyak 15 juta rupiah seperti yang dijanjikan oleh seorang ejen Indonesia bernama Vio. Passport [salinan passport Indonesia SP3 No: B3850332 telah dik

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top