MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
AYUMI RESOURCES SDN BHD LWN. PELADANG EDAR SDN BHD
[Rayuan Sivil No: 12ANCC-28-03/2015]
| Table of Content |
|---|
| 1. analysis of the initial appeal ruling. (Para 1) |
| 2. facts reminder about the debtor's obligations. (Para 2) |
| 3. court confirms triable issues must be proven. (Para 4 , 5) |
| 4. court's assessments on document acknowledgment. (Para 6 , 8 , 9) |
| 5. final ruling emphasizes need for further trial. (Para 10 , 11) |
[1] Pada 26 Mei 2015 saya telah membenarkan rayuan Perayu/ Defendan ('Defendan') terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ('HMS') yang bijaksana yang membenarkan permohonan Responden/Plaintif ('Plaintif') untuk penghakiman terus menurut Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ('KKM 2012') dan seterusnya mengetepikan keputusan HMS tersebut. Plaintif telah merayu terhadap keputusan saya tersebut.
[2] Fakta ringkas permohonan ini adalah seperti berikut.
2.1 Defendan merupakan pelanggan kepada Plaintif. Atas permintaan Defendan, Plaintif bersetuju untuk membekal dan menghantarserah kepada Defendan barang-barang seperti ayam beku dari semasa ke semasa. Dalam menjalankan perniagaan tersebut, Plaintif akan menerima Nota-Nota Pesanan (Purchase Orders) yang dikeluarkan oleh Defendan dan Plaintif akan menjual dan menghantarserahkan barang yang dipesan bersama-sama dengan Invois dan Nota-Nota Penghantaran (Delivery Orders). Setelah barang-barang diterima, Defendan akan mengakui terima Nota Penghantaran Plaintif. Setiap bulan Plaintif akan menghantar Penyata Akaun Bulanan yang menunjukkan jumlah yang dihutang dan kena dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.
2.2 Defendan sebenarnya berhutang kepada Plaintif jumlah wang sebanyak RM334,543.56 setakat 12 Disember 2011. Defendan gagal untuk membayar jumlah terhutang menyebabkan Plaintif mengalami kerugian. Defendan telah mengakujanji dengan Plaintif untuk menjelaskan hutang tersebut. Defendan telah membekalkan Plaintif 5 cek-cek tunda (post-dated cheques).
2.3 Plaintif telah dimaklumkan oleh pihak Bank Islam bahawa kelima-lima cek tersebut telah ditendang (dishonoured) dan tidak dapat ditunaikan. Jumlah tersebut masih lagi terhutang dan kena dibayar.
2.4 Tidak ada pembelaan dalam tindakan ini.
[3] Defendan mengatakan ia mempunyai pembelaan yang secara amnya seperti berikut:
3.1 Plaintif telah gagal menghantar barang-barang berdasarkan nota-nota pesanan walaupun Plaintif telah menerima nota-nota pesanan, cek-cek dan/atau cek-cek tunda tersebut sebagai bayaran pendahuluan.
3.2 Penyata akaun bulanan, salinan invois dan nota-nota penghantaran yang diekshibitkan dalam Ekshibit SKM-2 jelas menunjukkan bahawa dokumen tersebut tidak pernah diakui terima oleh Defendan dan tiada sebarang bukti yang boleh menunjukkan Defendan telah menerima barang-barang tersebut.
3.3 Nota Penghantaran bertarikh 21 Oktober 2011 menunjukkan bahawa syarikat yang telah menerima barang-barang tersebut adalah As Sabeel Food Manufacturing Sdn Bhd dan bukan Defendan.
3.4 Cek-cek tunda tersebut merupakan bayaran pendahuluan dan telah dibatalkan oleh Defendan setelah kegagalan Plaintif untuk menghantar barang-barang yang dipesan yang seterusnya membentuk satu kegagalan pertimbangan (failure of consideration).
[4] Bagi maksud permohonan untuk penghakiman terus ini, saya berpuas hati bahawa keperluan asas (preliminary) telah dipatuhi ia itu: (i) Defendan telah memasuki kehadhiran; (ii) pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada Defendan dan (iii) affidavit menyokong permohanan telah mematuhi kehendak kaedah 2 Aturan 14 KKM 2012. Oleh demikian saya dapati Plaintif telah membuktikan suatu kes prima facie dan "it comes entitled to judgment and the burden shifts to the Defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against it" (per George Seah FJ dalam National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd , 1984 MarsdenLR 58 at p 285 e-f).
4.1 Adalah merupakan undang-undang mantap di dalam suatu permohanan di bawah Aturan 14, Defendan mempunyai beban untuk menimbulkan isu yang boleh dibicarakan; pembelaan yang sepenuhnya tidak semestinya dikemukakan dan pembelaan yang didirikan cuma perlu mengemukan satu
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.