SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 3047

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
NURSYAFAWATI KASIM LWN. MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM
[Permohonan Semakan Kehakiman No: DA-25-8-10/2019]



Petitioner Advocates:Ang Kai Wei,Majdah Muhamad ,Respondent Advocate: Shaharuddin Mohamed

Tindakan mengunci tayar kereta oleh pihak berkuasa tempatan disahkan sebagai sah dan tidak melampaui kuasa, memandangkan kepentingan menjaga ketenteraman awam dan keselamatan lalu lintas.

Headnote:(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Seksyen 66(1)(rr) dan Seksyen 72 – Permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan tindakan responden mengunci tayar kenderaan pemohon dianggap tidak sah dan ultra vires di sisi undang-undang – Namun, mahkamah mendapati tindakan responden tidak menimbulkan unsur ketidakrasionalan, keharaman dan ketidakpatuhan prosedur – Pengunci tayar adalah untuk mengatasi keadaan berbahaya kepada pengguna awam dan bukan melanggar undang-undang. (Paras 12, 34)

(B) Tindakan dan keputusan responden adalah munasabah dan tidak menindas, memandangkan kebanjiran kenderaan di kawasan parkir yang terhad – Pemohon diwajibkan membayar fi yang dipersetujui untuk membuka tayar dalam masa yang ditetapkan. (Paras 25, 34)

Facts of the case: Pemohon memohon semakan kehakiman terhadap tindakan responden mengunci tayar kereta dan mengenakan fi untuk memperlakukannya setelah tempoh parkir tamat. Kenderaan diparkir di lokasi sah dan pemohon mengekalkan padam bayaran parkir. (Paras 3-5)

Findings of Court: Tindakan responden mendapatkan kebenaran untuk mengunci tayar dan mengenakan fi adalah tidak berlawanan dengan undang-undang, malah tindakan tersebut akan membantu menyelesaikan kesesakan yang berpotensi menjadi bahaya. (Paras 12, 34)

Issues: Adakah tindakan responden berdasarkan Perintah 8 dan 17 adalah sah dan tidak melampaui kuasa? (Paras 12, 25)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa sementara pemohon gagal untuk membuktikan bahawa tindakan responden adalah tidak sah, peruntukan undang-undang memberi mandat bahawa tindakan sedemikian perlu dilakukan untuk menangani masalah galangan dan kesusahan bagi pengguna lain. (Paras 30-31)

Result: Permohonan ditolak, kos sebanyak RM6,000 diberikan kepada responden. (Paras 34)

PENGHAKIMAN

Roslan Abu Bakar H:

Pengenalan

[1] Ini adalah suatu permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon dibawah A 53 dan/atau A 92, k 4, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Permohonan ini antara lainnya bagi mendapatkan suatu pengisytiharan bahawa tindakan Responden atau wakilnya atau pekerjanya atau proksinya atau pengkhidmatnya yang mengunci tayar kereta Pemohon adalah salah, haram (illegal), ultra vires dan tidak sah di sisi undang-undang. Pemohon juga memohon suatuperintah certiorari untuk membatalkan surat kompaun bernombor KB0451902328 bertarikh 25 July 2018 yang dikeluarkan terhadapnya oleh Responden.

[2] Pemohon adalah seorang warga negara Malaysia yang bermaustatin di Kota Bharu dan merupakan pemilik berdaftar sebuah kenderaan bernombor DCR6985. Manakala Responden adalah sebuah pihak berkuasa tempatan yang mengurus, menyelia dan mentadbir perbandaran Kota Bharu, Kelantan.

Fakta

[3] Pemohon adalah pemilik berdaftar kenderaan Perodua Myvi bernombor DCR 6985 dan bekerja sebagai seorang kerani akaun di firma Tetuan Aisyah Alami di premis Lot 443, No 5368, 2nd Level, Wisma Nik Kembang, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

[4] Pada 25 July 2019, seperti biasa Pemohon memakirkan keretanya dipetak letak kereta di kawasan bangunan premis berkenaan. Pemohon telah memasukkan wang caj parkir keretanya tetapi gagal membuat bayaran tambahan selepas tempoh parkir tamat kerana kesibukan kerja.

[5] Pada jam lebih kurang 1.30 petang (setelah dimaklumi oleh seorang kawan), Pemohon turun dari pejabat ke tempat parkir keretanya dan mendapati tayar kereta telah dikunci (clamp) oleh pihak Responden. Sekepingkertas kompaun dikepilkan pada cermin hadapan keretanya (bernombor KB0451902328) atas kesalahan "meletak kereta dengan tidak membayar caj yang ditetapkan" berdasarkan Perintah 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) MPKB 2000. Pemohon ditawarkan kompaun sebanyak RM10 yang perlu dibayar dalam tempoh 14 hari dan bayaran sebanyak RM110 bagi membuka kunci tayar berkenaan.

Kes Pemohon

[6] Pemohon tidak berpuas hati terhadap tindakan Responden ini dan memohon suatu semakan kehakiman untuk perintah-perintah berikut:

(a) satu perintah certiorari untuk membatalkan kompaun no: KB0451902328 bertarikh 25 July 2019 yang dikeluarkan oleh pihak Responden terhadap kenderaan bernombor DCR 6985;

(b) satu Pengisytiharan bahawa Responden atau wakil-wakil/pekerja-pekerja/proksi-proksi/pengkhidmat pengkhidmatnya yang mengunci tayar kereta Pemohon bernombor DCR 6985 pada 25 July 2019 adalah salah, haram (illegal),ultra vires dan tidak sah di sisi undang-undang;

(c) berhubung dengan relif (b) di atas, satu Pengisytiharan bahawa Responden atau wakil-wakil/pekerja-pekerja/proksi-proksi/pengkhidmat-pengkhidmatnya tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan caj sebanyak RM100-00 sebagai kos kapit terhadap Pemohon;

(d) satu perintah mandamus yang mengkehendaki pihak Responden untuk memulangkan (refund) RM100-00 tersebut kepada Pemohon dalam masa 7 hari selepas diperintahkan oleh Mahkamah ini;

(e) satu Pengisytiharan bahawa pihak Responden tidak mempunyai kuasa untuk mengunci tayar kereta berhubung dengan kesalahan yang dilakukan di bawah Perintah 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000;

(f) satu Perintah Larangan yang menghalang pihak Responden untuk mengunci tayar kereta berhubung dengan kesalahan yang dilakukan di bawah Perintah 8, Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000;

(g) satu Pengisytiharan bahawa tindakan pihak Responden mengunci tayar kereta berhubung dengan kesalahan yang dilakukan di bawah Perintah 8 Enakmen tersebut adalah haram, tidak sah dan ultra vires kepada s 66 (1)(rr) Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) dan/atau Kaedah- Kaedah Pengangkutan Jalan (Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor) 2012;

(h) Responden dikehendaki membayar kepada Pemohon gantirugi am dan/atau gantirugi teladan dan/atau gantirugi teruk yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Y


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top