SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2014 MarsdenLR 2283

MAHKAMAH TINGGI MALAYA MELAKA
MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ LWN. ABU SAMAH ABD WAHAB DAN LAIN-LAIN
[Saman Pemula No: 24 NCvC-4-7/2013]



Representation by counsel exceeding authority does not bind the client; a null order can be set aside regardless of statutory limitations if injustice would result.

Headnote:(A) Civil Procedure - Consent Judgments - Authority of Counsel - The plaintiff sought to declare that the ninth defendant lacked authority to propose a consent judgment entered on February 27, 2001. - The court reaffirmed that representation made by counsel that exceeds authority does not bind the plaintiff. (Paras 8-10)

(B) Delay - Inordinate Delay - The court considered the implications of a 12-year delay in filing the application to set aside the consent judgment, concluding it was justifiable due to the compromises involving grave injustices. (Paras 11-13)

(C) Limitation - Nullity of Orders - The court confirmed that an application to set aside a null order can be made at any time, underlining the principles from precedence regarding nullity and the associated rights of the adversely affected parties. (Paras 14)

Facts of the case:
The plaintiff challenged a consent judgment involved in two civil actions (1996 and 1998), asserting lack of authority of the defendant's counsel in entering the agreement. The initial judgment from 2001 was previously set aside in a related case, recognizing the specific and limited authority of the involved parties.

Findings of Court:
The court agreed with prior judgment findings that the consent judgment was not binding due to the unauthorized actions of the defendant's counsel, allowing the plaintiff's application to proceed.

Issues: Were the defendants authorized to act on behalf of the plaintiff? Could the delay in requesting to set aside the judgment be justified?

Ratio Decidendi: The court drew upon precedents establishing that unauthorized agreement cannot bind the principal, and delays may be excused if they contribute to preventing injustices in cases with null judgments.

Result: The application was granted with costs, and the consent judgment was set aside.

Table of Content
1. plaintiff’s request for declarations regarding consent judgment. (Para 1 , 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. court's agreement on authority of counsel in consent judgments. (Para 7 , 8)
3. principles of res judicata and its implications. (Para 9)
4. arguments regarding delay in filing application. (Para 10 , 11)
5. potential injustice from not setting aside judgment. (Para 12 , 13)
6. no time limit prevents application to set aside a null order. (Para 14)

[1] Dalam Saman Pemula ini Plaintif telah memohon perintah-perintah seperti yang berikut:

(a) Satu Deklarasi bahawa Defendan Kesembilan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk bertindak atau membenarkan penghakiman dimasukkan pada 27hb Februari 2001 terhadap Plaintif dalam Guaman Sivil No: 22-182-1998 (Guaman tahun 1998);

(b) Satu Deklarasi bahawa penghakiman persetujuan yang dimasukkan dalam Guaman tahun 1998 adalah batal dan tidak berkesan dan seharusnya diketepikan;

(c) Satu Perintah agar penghakiman persetujuan yang dimasukkan dalam Guaman tahun 1998 diketepikan;

(d) Satu Perintah agar semua defendan membayar ganti rugi am kepada Plaintif; dan

(e) Sebarang relief atau remedy lanjut atau lain yang dianggap sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini dalam semua hal keadaan kes.

Fakta Ringkas Kes

[2] Permohonan plaintif ini merupakan rentetan daripada dua tindakan sivil iaitu guaman sivil: 22-67-1996 (guaman tahun 1996) dan guaman tahun 1998. Defendan pertama merupakan plaintif dalam guaman tahun 1996 manakala ibu bapa defendan pertama (yang telah meninggal dunia) pula ialah plaintif dalam guaman tahun 1998. Plaintif dalam tindakan ini pula telah dinamakan sebagai defendan bersama-sama Bukit Rambai Development Sdn, Bhd. (Bukit Rambai, Defendan 5), Chong Kok Hon (Defendan 6), Kamarudin bin Md. Akib (Defendan 7) dan Jariah Bte Ab Jalil (Defendan 8) dalam kedua-dua guaman sivil tersebut. Chong Kok Hon, Kamarudin dan Jariah juga merupakan pengarah-pengarah Bukit Rambai.

[3] Sementara itu, Krishnamurthy Karthikesu (Krishnamurthy - Defendan 9) merupakan seorang peguam bela dan peguam cara yang beramal di Tetuan Hisham, Murthy, Saha & Associates. Krishnamurthy merupakan peguam cara yang telah bertindak mewakili Bukit Rambai, Chong Kok Hon, Kamarudin dan Jariah dalam kedua-dua tindakan sivil tersebut.

[4] Pada 27 Februari 2001, satu penghakiman persetujuan telah dimasukkan bagi kedua-dua guaman tahun 1996 dan tahun 1998 atas permohonan Krishnamurthy. Krishnamurthy telah membuat representasi bahawa dia mewakili kesemua defendan dalam kedua-dua guaman tersebut termasuk plaintif dalam tindakan ini. Pada 14 Mac 2002, defendan pertama telah memulakan Saman Penghutang Penghakiman terhadap plaintif untuk menguatkuasakan penghakiman persetujuan bertarikh 27 Februari 2001 dalam guaman tahun 1996. Selepas menerima Saman Penghutang Penghakiman tersebut, plaintif telah memfailkan guaman sivil No: 22-143-02 (guaman tahun 2002) untuk mengetepikan penghakiman persetujuan bagi guaman tahun 1996 itu atas alasan bahawa Krishnamurthy tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak plaintif dan plaintif tidak pernah memberikan arahan untuk Krishnamurthy bertindak bagi pihaknya. Plaintif telah menamakan Abu Samah (defendan pertama), Bukit Rambai, Chong Kok Hon, Jariah, Kamarudin dan Krishnamurthy sebagai defendan dalam guaman tahun 2002 ini.

[5] Pada 27 July 2012, selepas diadakan perbicaraan penuh, YA Dato' Umi Kalthum bin Abdul Majid H (kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah membenarkan permohonan plaintif dan mengetepikan penghakiman persetujuan tersebut. YA Hakim telah memutuskan dalam Penghakimannya bahawa plaintif telah secara khusus mengarahkan Chong Kok Hon untuk mendapatkan khidmat Tetuan Skrine & Co. Oleh itu, apabila Chong Kok Hon menulis surat bertarikh 24 Februari 2001 kepada Tetuan Hisham, Murthy, Saha & Asso yang mengatakan defendan-defendan dalam guaman tahun 1996 dan 1998 termasuk plaintif telah melantik mereka untuk bertindak bagi pihak defendan-defendan termasuk plaintif dalam kedua-dua guaman itu, tind

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top