SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 2314

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MASYITAH MD HASSAN LWN. SAKINAH SULONG; IMELDA NASREEN NASRUDDIN @ BALCHIN (PENGHINA YANG DICADANGKA....
[Guaman No: JA-22NCVC-162-08/2018]



Petitioner Advocates:Muhammad Akif Hafie Abd Halim ,Respondent Advocate: Raja Eileen Soraya,Michelle Khor

Penghinaan di hadapan mahkamah meliputi pernyataan yang merosakkan keadilan dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan; integriti mahkamah mesti dipelihara.

Headnote:(A) KKM 2012 – A 52 k 2A(2) dan A 52 k 3 – Penghinaan di hadapan Mahkamah – Tuntutan gantirugi fitnah – Defendan diperintahkan untuk menerbitkan permohonan maaf dan membayar gantirugi – Mahkamah menilai penghinaan di hadapan Mahkamah berdasarkan kenyataan Defendan di laman Facebook, mengizinkan tindakan komital – Keputusan berkelanjutan dalam memelihara integriti mahkamah ditekankan. (Paras 10, 11, 13, 29)

(B)

Penghormatan terhadap keputusan hakim – Kenyataan Defendan mengandungi unsur penghinaan yang mengganggu pentadbiran keadilan – Mahkamah menegaskan tindakan menghina tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan. (Paras 36, 37, 39) **

Facts of the case:

** Defendan telah memfitnah Plaintif di laman Facebook, di mana mahkamah memutuskan untuk memberikan gantirugi dan perintah injunksi terhadap Defendan. **

Findings of Court:

** Tindakan Defendan dianggap sebagai penghinaan yang dilakukan di hadapan Mahkamah di bawah A 52 k 2A(2) KKM 2012. **

Issues

:** Apakah kenyataan Defendan dalam laman Facebook itu adalah penghinaan di hadapan Mahkamah? **

Ratio Decidendi:

** Mahkamah menentukan bahawa kenyataan Defendan secara langsung menyentuh kes yang sedang dibicarakan, memungkinkan tindakan komital. **

Result:

** Permohonan Plaintif dibenarkan, Defendan dihukum RM8,000.00.

PENGHAKIMAN

[Lampiran 119 & 141]

Shamsulbahri Ibrahim PK:

Latar Belakang

[1] Pada 10 Ogos 2018, Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan terhadap Defendan bagi menuntut gantirugi ekoran kenyataan Defendan yang bersifat memfitnah terhadap Plaintif dalam laman Facebook milik Defendan atas nama "Sakinah Sulong" pada 8 Februari 2018, 9 Februari 2018 dan 12 Februari 2018. Plaintif juga memohon untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Defendan daripada terus membuat kenyataan yang berunsur memfitnah sedemikian.

[2] Pada 26 Oktober 2020, selepas perbicaraan penuh dijalankan, Hakim Evrol Mariette Peters (Pesuruhjaya Kehakiman pada masa itu) telah membenarkan tuntutan Plaintif dengan memberikan suatu perintah injunksi mandatori terhadap Defendan dan pada masa yang sama Defendan dikehendaki menerbitkan permohonan maaf secara terbuka. Mahkamah juga membenarkan gantirugi am sebanyak RM100,000.00 dan gantirugi teladan sebanyak RM100,000.00 dengan faedah sebanyak 4% setahun dan kos sebanyak RM30,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif.

[3] Pada 2 November 2020, Plaintif telah memfailkan permohonan secara ex-parte dalam Lampiran 109 bagi mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap Penghina Yang Dicadangkan (PYD) atas alasan menghina Mahkamah ini apabila dengan sengaja menerbitkan dua kenyataan dalam satu hantaran di laman Facebook. Permohonan Plaintif ini telah dibenarkan oleh Hakim Evrol Merriate Peters pada 3 November 2020.

[4] Ekoran itu, pada 5 November 2020, Plaintif memfailkan suatu lagi permohonan dalam Lampiran 119 bagi mendapatkan suatu perintah komital di bawah A 52 k 3 KKM 2012 terhadap PYD.

[5] Pada 6 Disember 2020, PYD telah memfailkan suatu permohonan dalam Lampiran 141 di bawah A 42 k 13 KKM 2012 bagi suatu perintah untuk mengetepikan Perintah ex-parte yang diperolehi Plaintif pada 3 November 2020 tersebut.

[6] Bagi permohonan ini, PYD memberikan alasan yang berikut, antaranya:

(a) Plaintif gagal menyampaikan notis tunjuk sebab kepada PYD sepertimana yang dikehendaki dalam A 52 k 2 KKM 2012 ; dan

(b) PYD tidak diberi peluang untuk menjelaskan dirinya di Mahkamah bahawa kenyataan dalam laman Facebook itu telah dipadam bagi mengelak prosiding komital.

[7] Dalam hujahan balasnya, Plaintif menyatakan bahawa tindakan penghinaan yang dilakukan oleh PYD termasuk dalam definisi penghinaan yang dilakukan di hadapan Mahkamah (contempt committed in the face of the court) di bawah A 52 k 2A(2) KKM 2012 . Oleh itu, berdasarkan Aturan tersebut, menurut Plaintif, notis tunjuk sebab bukanlah suatu kemestian untuk diberikan kepada PYD.

[8] Berikutan senario ini, saya berpandangan saya perlu membuat keputusan terhadap Lampiran 141 terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan permohonan dalam Lampiran 119. Ini kerana kedudukan perintah ex-parte perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan prosiding komital selanjutnya.

Permohonan Penghina Yang Dicadangkan Dalam Lampiran 141

[9] Persoalan utama yang perlu diputuskan ialah apakah status kenyataan yang dibuat oleh PYD dalam laman Facebook itu - adakah ia terjumlah dalam penghinaan dibuat di hadapan Mahkamah di bawah A 52 k 2A(2) KKM 2012 sebagaimana yang didakwa oleh Plaintif atau sebaliknya?

[10] Dalam menentukan sama ada suatu penghinaan itu dibuat di hadapan Mahkamah atau bukan, Hakim Abdoolcader (pada masa itu) dalam Re v. Kumaraendran , An Advocate & Solicitor, , telah memetik penghakiman minoriti Mahkamah Agung Kanada dalam kes McKeown v. The King [1971] 16 DLR (3rd) 390, 408 yang dibacakan oleh Laskin J. sebagaimana berikut:

Contempt in the face of the court is, in my view, distinguished from contempt not in its face on the footing that all the circumstances are in the personal knowledge of the court. The presiding judge can deal summarily with the matter without the embarrassment of having to be a witness to issues of fact which may be in dispute because of events occurring outside.

Lord Denning MR, in Balogh v. St. Albans Crown court, said: So 'con


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top