SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2022 MarsdenLR 242

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
PENDAKWA RAYA LWN. KASTURI NARAYANASAMY
[Perbicaraan Jenayah No: BA-45A-121-12/2019]



Petitioner Advocates:Mohd Yazid Sairi ,Respondent Advocate: Sivahnanthan Ragava,Haziq Abdullah Abdul Aziz

Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan pendakwaan membuktikan rantaian keterangan dan pemilikan menyebabkan tiada kes prima facie terhadap tertuduh.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Seksyen 39B(1)(a) – Tuduhan mengedar dadah jenis MDMA seberat 1,336.4 gram – Elemen kawalan dan pengetahuan perlu dibuktikan dalam kesalahan mengedar – Mahkamah mendapati keraguan dalam rantaian keterangan – Mahkamah turut menolak sebarang kes prima facie terhadap tertuduh. (Paras 50, 29, 30, 39)

(B)

Keterangan pendakwaan – Pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa barang rampasan adalah sama seperti yang diberitahu dalam pertuduhan – Mahkamah mendapati terdapat kegagalan dalam membuktikan pemilikan tertuduh; rantaian keterangan tidak terputus. (Paras 40, 49)

PENGHAKIMAN

Hasbullah Adam PK:

Pendahuluan

[1] Di dalam perbicaraan kes ini, Kasturi a/p Narayanasamy ("OKT") telah dituduh dengan satu pertuduhan kesalahan mengedar dadah jenis 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1,336.4 gram di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] ("ADB 1952").

[2] Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 9 April 2019, lebih kurang jam 8.20 malam bertempat di kawasan parkir Pejabat Pos Laju Kepong, No 5 Jalan IDA 1A, Perindustrian Desa Aman, dalam daerah Kepong, di dalam Negeri Selangor, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1,336.4 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah s 39B (2) Akta yang sama ".

Kes Pendakwaan

[3] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 13 orang saksi pendakwaan seperti berikut:

SP1 - Abdul Rahman bin Haji Jamil (Pegawai Setor)

SP2 - Mat Zali bin Zakaria (Pegawai Setor)

SP3 - Mohd Zailan bin Muhamad Zawayi (Pasukan Serbuan)

SP4 - Hasanah binti Mohd Azman (Peg Kastam di Pusat Mel dan Kurier, Kuala Lumpur International Airport ("PMK KLIA")

SP5 - Norazmakhairoladhar bin Abu Hassan (Ketua Unit Syif, PMK KLIA)

SP6 - Khairul Anwar bin Norhan (Ahli Kimia)

SP7 - Rosli bin Arfan (Pasukan Penguatkuasa)

SP8 - Mohd Zaidi bin Shahabudin (Penyelia Pos Laju Kepong)

SP9 - Fauzi bin Osman (Ketua Pasukan Serbuan)

SP10 - Hanita binti Hussin (Pemilik berdaftar kereta Proton Saga WWQ 6746)

SP11 - Nur Nadia binti Rosman (Pemilik firma perniagaan NNR Rich Enterprise - kereta sewa)

SP12 - Muhamad Hasrul bin Mohd Fauzi (Pegawai Penyiasat)

SP13 - Muhammad Syazani bin Zulkifli (Pegawai Penyiasat ganti)

[4] Kronologi kes ini bermula apabila SP4 yang bertugas di PMK KLIA pada 8 April 2019, telah dirujuk oleh rakan setugasnya iaitu Mohd Zamzuri bin Muhammad Zain tentang 2 parcel dari France dengan imej di scanner yang mencurigakan dan meminta beliau membuat pemeriksaan lanjut. Proses "unbox seal" dilakukan oleh pekerja Pos Malaysia iaitu Hazrul Ezuan bin Ahmad di hadapan SP4 ke atas kedua-dua parcel tersebut iaitu:

(a) No EB823357305FR (ekshibit P6); dan

(b) No EB8233572828FR (ekshibit P7).

[5] SP4 telah buat pemeriksaan rapi ke atas kedua-dua parcel tersebut selepas proses "unbox seal" oleh pekerja Pos Malaysia. Hasil pemeriksaan rapi, parcel P6 didapati 2 patung dan 2 bantal serta bungkusan berwarna perak di setiap sisi dalam kotak tersebut. Apabila dipotong sedikit setiap bungkusan tersebut, didapati mengandungi table-tablet. Manakala parcel P7 didapati di dalamnya satu patung dan bungkusan berwarna perak di setiap sisi dalam kotak tersebut. Apabila dipotong sedikit bungkusan tersebut juga didapati tablet-tablet. Oleh kerana mengesyaki kedua-dua parcel tersebut mengandungi dadah, SP4 telah merujuk pula kepada Ketua Unit Syif yang bertugas waktu itu iaitu Norazmakhairoladhar bin Abu Hassan (SP5). SP5 kemudiannya telah menghubungi pula Bahagian Penguatkuasaan Cawangan Narkotik untuk pengesahan dan tindakan selanjutnya. Pada jam 1100 hrs 8 April 2019, pasukan Penguatkuasaan Cawangan Narkotik telah datang diketuai oleh Rosli bin Arfan (SP7) serta 2 orang lagi dan berjumpa SP5. Satu ujian awal menggunakan alat pengesan dadah jenis Trunarc telah dijalankan dan disahkan dadah jenis MDMA.

[6] Selanjutnya kedua-dua parcel tersebut dibawa balik ke Pejabat Kastam Narkotik dan disimpan dalam peti berkunci bilik SP7. Keesokannya 9 April 2019 kedua-dua parcel tersebut dibawa ke Pejabat Pos Laju Kepong di mana SP7 telah memberi taklimat kepada pasukan daripada Bahagian Penguatkuasaan WPKL yang diketuai oleh Fauzi bin Osman (SP9) supaya diteruskan dengan proses tangkapan "control delivery". Sementara itu, kedua-dua parcel diserah kepada Mohd Zaidi bin Shahabuddin (SP8), Penyelia Pos Laju Kepong bagi urusan penyerahan kurier.

[7] Maklumat penerima yang tercatit pada parcel P6 ialah Mrs Madhu Shumi, Warehouse Address No 10, Jalan Wangsa 3/8, Taman Wang


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top