MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN SDN BHD LWN. HUSAM MUSA
[Saman No: DA-23CY-06-09/2017]
Pendahuluan
[1] Terdapat dua permohonan yang telah difailkan oleh Defendan di dalam kes ini iaitu pertamanya satu Notis Permohonan di K 135 dan keduanya Notis Permohonan di K 137. K 135 adalah secara amnya di bawah A 34 k 9(3) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ( KKM 2012 ) untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah bagi tujuan sebarang pemfailan apa-apa dokumen, Senarai Saksi dan Pernyataan Saksi, manakala K 137 adalah di bawah A 24 k 3 KKM 2012 bagi maksud penzahiran dan pemeriksaan dokumen.
Fakta Kes Yang Berkaitan
[2] Kes ini pda asalnya telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 1 Oktober 2019 namun ianya telah dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi oleh Mahkamah Rayuan melalui satu perintah bertarikh 14 September 2021. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Defendan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan untuk kes dihantar semula ke Mahkamah Tinggi untuk penetapan tarikh bicara.
[3] Pada asalnya di peringkat Mahkamah Tinggi, kes ini telah diselesaikan secara Penghakiman Ingkar apabila Defendan telah gagal untuk meneruskan perbicaraan yang telah ditetapkan. Bagi maksud perbicaraan pada 1 Oktober 2019 tersebut, proses Pengurusan Kes Sebelum Bicara (PKSB) di bawah A 34 KKM 2012 telah dilaksanakan dan pada ketika itu, kedua-dua pihak termasuk Defendan telahpun diarahkan untuk memfailkan Ikatan Dokumen, Senarai Saksi dan Pernyataan Saksi.
[4] Apabila kes ini dipanggil semula di Mahkamah Tinggi ini pada 30 Oktober 2021 selaras dengan Perintah Mahkamah Rayuan, ia adalah bagi tujuan penetapan tarikh perbicaraan. Namun, Mahkamah telah dimaklumkan oleh peguam Plaintif bahawa Defendan telah secara sepihak (unilateral) memfailkan Ikatan Dokumen Tambahan. Pihak Plaintif secara asasnya membantah tindakan ini kerana PKSB telah pun dimuktamadkan berkaitan Ikatan Dokumen serta Senarai Saksi.
[5] Mahkamah selanjutnya telah memerintahkan agar Ikatan Dokumen Tambahan yang telah difailkan tersebut tidak diambilkira dan memerintahkan Defendan untuk memfailkan Notis Permohonan bagi memasukkan Ikatan Dokumen Tambahan serta apa-apa Notis Permohonan dengan kadar segera yang hendaklah diselesaikan sebelum 9 Januari 2022. Ini kerana Mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes ini pada 23 dan 24 Januari 2022.
[6] Walaupun terdapat arahan Mahkamah ini agar sebarang Notis Permohonan difailkan dalam tempoh segera, pihak Defendan hanya pada 15 Disember 2021 memfailkan K 135 dan K 137. Defendan mengambil masa selama 6 minggu bagi memfailkan notis-notis permohonan ini. Walaubagaimanapun, Plaintif telah memfailkan Afidavit Jawapan ke atas K 135 di K141 dan Defendan telah memfailkan Afidavit Balasan di K 143. Manakala bagi K 137, Plaintif telah memfailkan Afidavit Jawapan di K 142 dan Defendan telah memfailkan Afidavit Balasan di K 144.
[7] Semasa kes ini disebut bagi maksud Pengurusan Kes terakhir sebelum bicara pada 9 Januari 2022, Mahkamah telah memerintahkan agar K 135 dan K 137 didengar pada 12 Januari 2022. Ini bagi memastikan kesemua hak Plaintif dan Defendan didengari dan diputuskan secara tuntas sebelum tarikh perbicaraan bagi memastikan keadilan penyelesaian kes ini secara adil, cepat dan ekonomi.
Analisis Notis Permohonan di K 135
[8] Bagi K 135, peguam Defendan menghujahkan bahawa Ikatan Dokumen bukanlah sebahagian dari pliding dan oleh yang demikian, Defendan mempunyai hak untuk memfailkan apa-apa dokumen pada bila-bila masa sebelum tarikh perbicaraan. Peguam Defendan telah merujuk kepada keputusan Hamid Sultan Abu Backer HMR di dalam kes Vellasamy Ponnusamy & ors v. Gurbachan Singh Bagwan Singh & anor, [2020] 7 CLJ 512 yang antara lain menegaskan bahawa KKM 2012 tidak boleh mengatasi hak substantif Defendan.
[9] Peguam Defendan turut menghujahkan bahawa Defendan tidak mendapat nasihat perundangan yang betul dan tepat oleh peguam yang mewakili Defendan sebelum dari ini. Oleh itu, Defendan sepatutnya diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang lalu.
[10] Peguam Plaintif sebaliknya menghujahkan b
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.