MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
MOHD ARIF SIREGAR ABDUL MUTALIB LWN. MENTERI DALAM NEGERI & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: BA-44-3-01/2024]
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Berdasarkan Perintah Tahanan di bawah s 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ("Akta 316") bertarikh 17 Oktober 2023, pemohon telah ditahan di PPA Simpang Renggam, Johor. Kemudian, pada 5 Mac 2024, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan di bawah s 7(1) Akta 316 ke atas pemohon untuk menjalani sekatan dengan syarat-syarat di sekitar Pekan Batu Berendam, Melaka.
[2] Namun, pemohon tidak berpuas hati dan telah memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan writ habeas corpus. Pemohon membangkitkan 6 isu:
1) bahawa responden gagal mematuhi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan ("PP") dan Mukadimah Akta 316;
2) bahawa terdapat kelewatan oleh Timbalan Menteri dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan yang melanggar s 10(2) Akta 316;
3) bahawa terdapat pelanggaran s 4(5) Akta 316 kerana amaran tidak dibacakan sebelum setiap sambungan rakaman percakapan dan pemohon tidak diberi peluang untuk membaca semula atau meminda selepas rakaman percakapan dirakamkan;
4) bahawa Lembaga Penasihat gagal menyatakan tarikh pelantikan 2 Ahli Panel Lembaga Penasihat yang mendengar representasi pemohon dan oleh itu ia melanggar Perkara 151(2) PP;
5) bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada ss 7(4), 6(3) dan 6(6) Akta 316 kerana gagal menyatakan dan menerangkan secara terperinci perimeter had bagi kawasan sekatan yang dikenakan keatas pemohon; dan
6) bahawa Borang 1 yang disampaikan kepada Pegawai PPA Simpang Renggam tidak sama dengan yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat sebelum ini, sekali gus melanggar peraturan 3 Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 ("Peraturan 1987").
Fakta Kes
[3] Latar belakang kes ini sebahagian besarnya tidak dipertikaikan. Bagi memudahkan rujukan dan memandangkan kronologi kes ini banyak mengaitkan dengan s 3 Akta 316, Mahkamah ini menerbit semula peruntukan s 3 tersebut:
Seksyen 3. Kuasa menahan orang yang disyaki.
(1) Mana-mana pegawai polis boleh menangkap, tanpa waran, dan menahan, bagi maksud penyiasatan, mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab mempercayai bahawa ada alasan yang mewajarkan penahanan orang itu di bawah s 6(1).
(2) Mana-mana orang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini boleh ditahan dalam jagaan polis selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat mengenai orang itu di bawah s 6(1):
Dengan syarat bahawa:
(a) orang itu tidak boleh ditahan selama lebih daripada dua puluh empat jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau yang lebih tinggi;
(b) orang itu tidak boleh ditahan selama lebih daripada empat puluh lapan jam kecuali dengan kebenaran seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong Penguasa Polis atau yang lebih tinggi;
(c) orang itu tidak boleh ditahan selama lebih daripada empat belas hari melainkan jika seorang pegawai polis yang berpangkat Timbalan Penguasa atau yang lebih tinggi telah melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan itu kepada Ketua Polis Negara atau kepada seorang pegawai polis yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara bagi maksud itu dan Ketua Polis Negara atau pegawai polis yang ditetapkan sedemikian olehnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaporkannya kepada Menteri.
(3) Pegawai polis yang membuat penyiasatan berkaitan dengan seseorang yang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini hendaklah menyebabkan satu salinan laporan lengkap penyiasatan itu dikemukakan:
(a) kepada seseorang Pegawai Siasatan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1); dan
(b) kepada Menteri, dalam tempoh yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3A) Jika orang yang ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen (1) ialah seorang yang berkenaan dengannya subseksyen 6(5) terpakai, laporan lengkap penyiasatan yang disebut dalam subseksyen (3) berkenaan dengan orang itu b
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.