SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 2322

MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
MOHAMED AMIN A AZIZ LWN. MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK & SATU LAGI
[Semakan Kehakiman No: AA-25-93-01/2022]



Petitioner Advocates:Wan Anuar Shaddat ,Respondent Advocate: Hezlin Helti,Zaizuraimy Abd Rahim

Permohonan semakan kehakiman ditolak kerana perkhidmatan Pemohon sebagai Pegawai Masjid berakhir secara automatik, tanpa sebarang keputusan rasmi penamatan oleh Responden.

Headnote:(A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 – Seksyen 89, 90 dan 91 – Permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan penamatan jawatan Pegawai Masjid (Imam) – Pemohon telah dilantik sebagai Imam sejak 2006, tetapi perkhidmatan berakhir secara automatik pada 31 Disember 2020 tanpa pelantikan semula – Tiada keputusan rasmi penamatan yang dinyatakan dalam surat bertarikh 1 November 2021 – Pemohon tidak diberi peluang untuk representasi kerana tiada prosiding tatatertib diambil terhadapnya – Permohonan ditolak kerana tiada penamatan perkhidmatan sebenarnya. (Paras 1-4, 30-56)

PENGHAKIMAN

Abdul Wahab Mohamed H:

Pendahuluan

[1] Ini merupakan permohonan bagi semakan kehakiman yang telah difailkan oleh Pemohon terhadap keputusan penamatan jawatan Pegawai Masjid (Imam). Pemohon (selepas ini disebut sebagai "Keputusan Yang Dipersoalkan") dibawa masuk ke dalam Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan dengan serta merta [perintah certiorari].

[2] Melalui permohonan ini, Pemohon antara lainnya memohon suatu semakan kehakiman secara certiorari untuk membatalkan dan mengetepikan keputusan tersebut.

[3] Kebenaran terhadap semakan kehakiman ini telah diperolehi pada 4 April 2022, di mana surat tiada bantahan Jabatan Peguam Negara bertarikh 21 Februari 2022 (Lampiran 6).

Latar Belakang Kes

[4] Pemohon telah dilantik sebagai Pegawai Masjid (Imam) Masjid Al-Ahmadiah, Kg. Changkat Larang, Lahat, Perak dari 1 Januari 2006. Perlantikan tersebut menggunapakai Surat Tauliah Perlantikan Pegawai Masjid (Imam) dan Pemohon juga telah menerima Imbulan Bulanan Imam dalam tempoh Pemohon menjalankan tugas. Lantikan tersebut adalah selaras dengan ss 89, 90 dan 91, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 yang memperuntukkan berkenaan Pelantikan Pegawai Masjid, Tauliah Pegawai Masjid dan Tempoh Jawatan Pegawai Masjid.

[5] Tempoh terakhir Pemohon menerima surat Tauliah Perlantikan Pegawai Masjid bagi tempoh tiga (3) tahun adalah dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2021 dan tiada sebarang perlantikan baru terhadap Pemohon.

[6] Pemohon menyatakan bahawa perkhidmatan Pemohon telah ditamatkan tanpa sebarang notis diberikan kepadanya dan Pemohon tidak pernah diberikan hak untuk didengar. Pemohon juga menyatakan bahawa Pemohon tidak diberikan hak untuk mengemukakan representasi.

[7] Alasan utama terhadap permohonan Pemohon adalah berasaskan kepada versi kes Pemohon antara lainnya terhadap suatu surat oleh Responden Kedua bertarikh 1 November 2021 dan/atau keputusan penamatan jawatan Pegawai Masjid (Imam) Pemohon (selepas ini disebut sebagai "Keputusan Yang Dipersoalkan") dibawa masuk ke dalam Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan dengan serta merta [perintah certiorari].

[8] Pemohon melalui suatu surat bertarikh 13 Oktober 2021 oleh peguamcaranya kepada Responden Kedua telah antara lainnya menulis untuk Responden Kedua mengemukakan penjelasan mengenai elaun bulanan Pegawai Masjid (Imam) yang tidak lagi diterima oleh Pemohon selepas bulan Julai 2021.

[9] Responden Kedua seterusnya melalui surat bertarikh 1 November 2021, telah menjawab surat oleh Peguamcara Pemohon tersebut dan antara lainnya menyatakan pelantikan pegawai masjid (imam) adalah tertakluk kepada temuduga pelantikan semula, pemohon gagal dalam proses temuduga, setiap imam perlu mengambil maklum tempoh pelantikan dan Responden Kedua tidak akan membuat sebarang tuntutan (elaun yang masih dibayar sehingga Julai 2021) di luar tempoh perkhidmatan.

[10] Pemohon dalam Pernyataan (Selaras Dengan Aturan 53 kaedah 3(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012) bertarikh 24 Januari 2022 turut membangkitkan alasan bahawa proses membuat keputusan (decision-making process) untuk menamatkan perkhidmatan jawatan Pegawai Masjid (Imam) Pemohon adalah ultra viresEnakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Negeri Perak 2018 dan Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015 dan/atau menyalahi undang-undang (illegal) dan/atau tidak sah (void) dan/atau tidak munasabah (unreasonable) dan/atau melebihi kuasa (in excess of authority) dan/atau tidak rasional (irrational) dan/atau menyalahi prosedur (procedural impropriety).

[11] Permohonan Pemohon adaah bagi relief-relief seperti berikut:-

a) Satu perintah certiorari bahawa surat Responden Kedua bertarikh 1 November 2021 dan/atau keputusan penamatan jawatan Pegawai Masjid (Imam) Pemohon (selepas ini disebut sebagai "Keputusan Yang Dipersoalkan") dibawa masuk ke dalam Mahkamah Tinggi untuk dibatalkan dengan serta-merta;

b) Satu deklarasi bahawa Keputusan Yang Dipersoalkan tersebut adalah ultra viresEnakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak)


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top