SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 2242

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BAHRU
HYUNDAI ELEVATOR SALES & SERVICES SDN BHD LWN. SKY VENTURE MANAGEMENT SDN BHD
[Rayuan Sivil No: DA-12ANCVC-2-02/2021]



Petitioner Advocates:Tey Hoo Nee ,Respondent Advocate: Lau Teck Bee

Wujudnya priviti kontrak antara pihak yang berkontrak memungkinkan tuntutan walaupun pengurusannya melibatkan pihak ketiga, selagi kontrak dilaksanakan.

Headnote:(A) Akta Kontrak 1950 – Seksyen 42 – Penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 – Permohonan penghakiman terus oleh Plaintif ditolak oleh Mahkamah Sesyen berdasarkan ada isu priviti kontrak di antara Plaintif dan Defendan – Bukti dokumentasi menunjukkan pembuktian ikatan kontrak di antara Plaintif dan Defendan iaitu Surat Tawaran, Surat Penerimaan, dan Perjanjian Penyelenggaraan – Mahkamah Rayuan mendapati penghakiman Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam tidak mengakui keterangan yang jelas mengenai kewujudan ikatan kontrak. (Paras 14, 42, 46)

PENGHAKIMAN

Mohamad Abazafree Mohd Abbas PK:

Pendahuluan

[1] Ini adalah rayuan pihak Perayu (Plaintif) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") yang telah menolak permohonan Perayu di bawah A 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM 2012") untuk memasukkan satu penghakiman terus terhadap Responden (Defendan). Bagi maksud alasan penghakiman ini, Perayu akan dirujuk sebagai Plaintif manakala Responden akan dirujuk sebagai Defendan.

Fakta Kes

[2] Pada 6 November 2013, berdasarkan satu surat tawaran yang telah dikeluarkan oleh Defendan kepada Plaintif, satu perjanjian telah dimasuki melalui satu surat tawaran terpinda di antara keduanya pada 27 Mei 2016. Melalui perjanjian tersebut Defendan telah melantik Plaintif untuk menjalankan kerja-kerja pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian, pentauliahan dan/atau kerja-kerja berkenaan dengannya di bawah satu projek yang dikenali sebagai "Kerja-kerja Pembangunan Bercampur Komersil 19 tingkat yang mengandungi 1 tingkat bawah (Lower Ground) dan 1 tingkat atas (Upper Ground), 5 tingkat Podium tempat letak kereta beserta kemudahan asas, 13 tingkat servis apartment Blok A dan B (jumlah 235 unit servis apartment), taman dan kemudahan asas di aras Bumbong Blok A dan B, Tingkat Kemudahan Hotel, 12 tingkat Bilik Hotel Blok C (jumlah 132 bilik hotel), taman dan kemudahan asas di aras bumbong Blok C Pindaan ke atas kelulusan Pelan Bangunan (MPKB-BR(B)2- 640/13/2019(9)) di atas Lot PT 184-PT 189, Seksyen 13, Mukim Bandar Kota Bahru jajahan Kota Bahru, Kelantan ("kerja-kerja tersebut"). Harga yang disebut di dalam perjanjian tersebut adalah sebanyak RM1,850,000.00.

[3] Kontraktor utama Defendan iaitu Halaman Construction Sendirian Berhad ("HCSB") telah menerima tawaran Plaintif tersebut melalui surat bertarikh 31 Mei 2016 ("surat penerimaan tersebut"). Di dalam surat penerimaan tersebut, HCSB menegaskan bahawa surat tawaran serta surat penerimaan tersebut mewujudkan ikatan kontrak di antara Plaintif dan juga Defendan dan semuanya berada di dalam pengetahuan Defendan.

[4] Berlanjutan dari itu, Defendan telah turut melantik Plaintif untuk perkhidmatan penyelengaran dan servis lif-lif atau kerja-kerja berkenaan dengannya di Sky Riverfront Service Apartment selepas kerja-kerja tersebut disempurnakan melalui "Non Comprehensive Maintenance Agreement (Lift Services") yang bertarikh 7 Januari 2020 ("Perjanjian Penyelengaraan").

[5] Berdasarkan kepada keterangan afidavit oleh Plaintif, kerja-kerja tersebut dan kerja-kerja di dalam Perjanjian Penyelenggaraan ("kerja-kerja penyelengaraan lif") telah dilaksanakan oleh Plaintif. Seterusnya tuntutan-tuntutan secara progresif serta invois-invois untuk kerja-kerja tersebut dan kerja-kerja penyelengaraan lif telah dikemukakan kepada Defendan dan HCSB. Menurut Plaintif pada setiap masa yang material segala pembayaran berkaitan kerja-kerja tersebut dari 13 Julai 2016 seehingga 5 Julai 2018 berjumlah RM1,547212.50 telah dibuat oleh Defendan secara terus kepada Plaintif.

[6] Walau bagaimanapun Defendan telah gagal untuk membuat apa- apa bayaran bagi kerja-kerja penyelenggaraan lif sepertimana yang dinyatakan di dalam ms 105-120 Rekod Rayuan iaitu di ekshibit "WKK-7" Affidavit Sokongan.

[7] Ini membawa kepada perbincangan di antara Plaintif dan wakil Defendan iaitu Biwarna Construction Sdn Bhd ("BCSB") dan satu "Perjanjian Penyelesaian" telah dicapai iaitu Defendan akan melunaskan bayaran yang tertunggak. Berlanjutan dari itu sejumlah RM160,000.00 telah dibuat oleh Defendan melalui 4 kali bayaran di mana 2 darinya dari akaun Defendan dan 2 lagi melalui akaun Halaman Unggul Sdn Bhd ("HUSB") kepada Plaintif.

[8] Walaubagaimanapun selepas dari tu, Defendan masih lagi gagal atau mengabaikan untuk membayar baki hutang sebanyak RM249.097.50 iaitu baki fi bagi kerja-kerja tersebut dan fi kerja-kerja penyelenggaraan lif yang telah diberikan oleh Plaintif di mana butir-butir tuntutan telahpun dikemukakan kepada Defendan. Berikutan itu, Plaintif melalui peguamnya iaitu Tetuan Shui-T


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top