SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2020 MarsdenLR 2153

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. MUSRIADI
[Perbicaraan Jenayah No: 45SOM-9-04/2019]



Pengakuan salah tertuduh diambil kira sebagai faktor mitigasi, tetapi kepentingan awam dan kesan kesalahan terhadap keselamatan negara adalah faktor utama dalam penentuan hukuman.

Headnote:(A) Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 – Seksyen 26A dan 26H – Tertuduh dituduh melakukan kesalahan penyeludupan migran dan menyembunyikan warganegara Indonesia yang diseludup – Tertuduh mengaku salah pada pertuduhan pilihan – Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun – Pertimbangan kepada balasan dan kepentingan awam dalam kesalahan keselamatan. (Paras 1-17)

(B) Prinsip Undang-Undang Mengenai Hukuman – Mahkamah menekankan bahawa hukuman yang dikenakan harus mengambil kira kepentingan awam dan latar belakang pertuduhan serta pengakuan bersalah tertuduh. (Paras 12-16)

Facts of the case: Tertuduh dituduh dengan pertuduhan utama dan pilihan berkaitan penyeludupan migran. Tertuduh seorang warganegara Indonesia, telah mengaku salah kepada pertuduhan pilihan yang dibaca kepada beliau. Mahkamah meneliti bukti dan mendapati bahawa tertuduh mengetahui tentang migran yang diseludup. (Paras 1-10)

Findings of Court: Mahkamah memutuskan bahawa terdakwa bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun mulai dari tarikh tangkap. (Paras 8, 17)

Issues: Isu-isu utama termasuk kesahihan pengakuan salah tertuduh dan keperluan untuk mempertimbangkan kepentingan awam di dalam keputusannya. (Paras 15-17)

Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang bahawa kepentingan awam perlu dijaga, dan pengakuan salah tertuduh di ambil kira sebagai faktor mitigasi dalam menjatuhkan hukuman, walaupun kesalahan adalah serius. (Paras 12, 16)

Result: Hukuman dua tahun penjara. (Paras 8, 17)

PENGHAKIMAN

Ahmad Kamal Md Shahid H:

Pengenalan

[1] OKT/Responden telah dituduh di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dengan pertuduhan utama kerana telah melakukan satu kesalahan menjalankan penyeludupan migran terhadap satu (1) orang migran warganegara Indonesia dan oleh itu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dalam Akta yang sama.

[2] OKT/Responden juga telah dituduh dengan pertuduhan pilihan kerana telah melakukan satu kesalahan menyembunyikan atau melindungi satu (1) orang warganegara Indonesia dengan mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu adalah migran yang diseludup dan oleh itu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dalam Akta yang sama.

[3] Pertuduhan utama dan pertuduhan pilihan telah dibacakan, diterangkan dan difahamkan kepada OKT/Responden dan OKT/Responden telah meminta untuk dibicarakan.

[4] Pihak Pendakwa Raya/Perayu telah memanggil seorang saksi iaitu Konstabel Mohd Irmanshah b Ismail (SP1) jurufoto di Ibu Pekjabat Polis Daerah, Kota Tinggi untuk memberi keterangan di mahkamah.

[5] Selepas SP1 selesai memberi keterangan, OKT/Responden telah memaklumkan kepada mahkamah yang beliau ingin menukar pengakuan dan ingin mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan.

[6] OKT/Responden telah mengaku salah setelah pertuduhan pilihan dibacakan, diterangkan dan difahamkan melalui jurubahasa Acheh dan OKT/Responden telah faham sebab dan akibat pertuduhan.

[7] OKT/Responden kemudiannya telah mengakui fakta kes yang dibacakan kepadanya dan juga mengakui barang-barang kes yang dikemukakan di mahkamah. Mahkamah kemudiannya telah mendapati OKT/Responden bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan pilihan tersebut.

[8] Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap OKT/Responden selama dua (2) tahun penjara mulai dari tarikh tangkap (22 Januari 2019).

[9] Terkilan dengan keputusan mahkamah ini, Pendakwa Raya/Perayu telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap hukuman tersebut. Tiada rayuan balas dikemukakan oleh OKT/Responden.

Pertuduhan

[10] Pertuduhan pilihan yang dipertuduhkan terhadap OKT/Responden adalah seperti berikut:

Bahawa kamu pada 22 Januari 2019 jam lebih kurang 3.30 pagi, di Kawasan Persisiran Pantai di hadapan Masjid Al Jaharah, Jalan Besar Sungai Rengit Kota Tinggi, di dalam Daerah Kota Tinggi, di dalam Negeri Johor didapati telah menyembunyikan atau melindungi satu (1) orang warganegara Indonesia yang bernama Zikri (No Paspot: Tiada) dengan mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu adalah migran yang diseludup, dan dengan yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dalam Akta yang sama.

Hukuman:

Seksyen 26H Akta 670: Penjara tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya.

Fakta Kes

[11] Fakta Kes pendakwaan (P10) adalah sebagaimana yang dikemukakan oleh Pendakwa Raya di mahkamah seperti berikut:

1. Pada 22 Januari 2019 jam lebih kurang 3.15 pagi, A1 (Pengadu) iaitu Kpl Lisman bin Hashim telah menerima panggilan dari orang awam mengatakan telah nampak dua (2) orang lelaki dewasa dalam keadaan mencurigakan di kawasan persisiran pantai hadapan Masjid Al Jaharah, Jalan Besar Sungai Rengit Kota Tinggi Johor. Pada 22 Januari 2019 jam lebih kurang 3.30 pagi, A1 bersama Kpl 165779 dan Konst 205282 telah pergi ke lokasi berkenaan.

2. Sampai di lokasi pengadu telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa PDRM dan pengadu telah buat pemeriksaan ke atas (2) lelaki dewasa warganegara Indonesia dan meminta butiran diri mereka. Pemeriksaan mendapati B2 iaitu Zikri tiada dokumen diri yang sah dan pemeriksaan di da


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon telegram-icon
whatsapp-icon Back to top