MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
ARIFFIN HASSAN LWN. PP
Alasan Penghakiman
[1] Orang kena tuduh ("OKT") telah dituduh dengan dua pertuduhan di bawah s 376(3) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah kerana telah merogol penama SNAB (12 tahun pada masa kejadian). Butir-butir pertuduhan adalah seperti berikut:
Pertuduhan Pertama
Bahawa kamu pada bulan Mei 2018 jam lebih kurang 9 malam bertempat di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Kemumbong Sidam Kiri, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah merogol penama SNAB, No. Kad Pengenalan:XXX yang mana oleh kerana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 376(3) Kanun Keseksaan .
Pertuduhan Kedua
Bahawa kamu pada bulan 13 Jun 2018 jam lebih kurang 5 petang bertempat di di sebuah rumah kosong Kampung Kemumbong Sidam Kiri, di dalam daerah Kuala Muda, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah merogol penama SNAB, No. Kad Pengenalan:XXX yang mana oleh kerana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau ke
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.