SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2019 MarsdenLR 2739

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
ANSAR FAROOQ MOHAMMED QAMARUDDIN RAHMAN & LAGI SATU LWN. ERICH STEIGER & LAGI SATU
[Saman Pemula No: 24-212-02/2014]



Petitioner Advocates:Lavendran ,Respondent Advocate: Clinton Gomez

Mahkamah berkuasa membenarkan pindaan notis rayuan jika tidak memprejudiskan pihak lain.

Headnote:Perayu memohon untuk meminda notis rayuan yang difailkan berdasarkan A 20 k 8 dan A 82 k 4 KM 2012. Permohonan ini dibenarkan oleh Mahkamah setelah mempertimbangkan argumen bahawa lambatnya permohonan tidak memprejudiskan pihak responden. Isu utama adalah sama ada Mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkan pindaan tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa kelewatan itu tidak disengajakan dan memutuskan untuk membenarkan pindaan dengan membenarkan rayuan untuk perintah kos/bil perubatan RM3,000.00.

Table of Content
1. permohonan untuk meminda notis rayuan diajukan. (Para 1 , 2 , 3)
2. responden menentang permohonan tersebut berdasarkan prejudis. (Para 4)
3. analisis mengenai kuasa mahkamah untuk membenarkan pindaan notis rayuan. (Para 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10)
4. mahkamah percaya memiliki kuasa untuk meminda notis rayuan. (Para 11)
Tun Abd Majid Tun Hamzah PK:

Lampiran 120

[1] Perayu telah mengemukakan satu permohonan melalui Lampiran 120 untuk meminda notis rayuan yang difailkan pada 16 Januari 2018 di bawah A 20 k 8 dan/atau A 82 k 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KM 2012"). Menurut peguam perayu yang terpelajar, di akhir kes Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi telah memerintahkan seperti berikut:

1.1 Differential sum dibenarkan dalam bentuk Nominal Damages iaitu RM10,000.00;

1.2 Professional fee due to Assure Properties di tolak;

1.3 Travelling Costs dibenarkan hanya bagi flight ticket dated 18 Jun 2013 berjumlah RM6,897.00 dan flight ticket dated 4 Ogos 2013 berjumlah RM9,488.60;

1.4 Medical Bills dibenarkan bagi jumlah RM3,000.00

dan membawa kepada jumlah gantirugi yang diawadkan oleh Mahkamah kepada Plaintif-plaintif sebanyak RM29,385.75 tanpa perintah terhadap kos.

[2] Berikutan itu satu notis rayuan telah difailkan terhadap keputusan tersebut pada 16 Januari 2018. Beliau menyedari bahawa notis rayuan tersebut hanya menyatakan perayu ingin merayu terhadap perenggan-perenggan 1.1, 1.2, 1.3 dan perenggan 1.4 mengenai perintah membayar bil perubatan berjumlah RM3000.00 telah tertinggal.

[3] Pada 22 November 2018 ketika Mahkamah bersedia mendengar rayuan ini, peguam yang terpelajar bagi perayu memohon untuk membuat pindaan secara lisan kepada notis rayuan tersebut. Mahkamah mengarahkan peguam membuat permohonan secara formal. Berikutan itu Lampiran 120 dikemukakan untuk pendengaran. Permohonan ini telah dibantah oleh peguam responden yang terpelajar.

[4] Alasan yang dikemukakan ialah ketinggalan menyatakan rayuan terhadap perintah membayar bil perubatan tersebut tidak disengajakan dan tidak memprejudis defendan. Responden menentang permohonan ini atas alasan tiada alasan yang kukuh dan responden diprejudiskan. Peguam perayu dikatakan cuai dan bersikap sambil lewa kerana terdapat banyak peluang sebelum ini untuk meminda notis rayuan tersebut dan hanya membangkitkan isu ini setelah tiga bulan berlalu.

[5] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak saya membenarkan Lampiran 120. Berikut adalah alasan-alasan saya.

[6] Di dalam kes Malaysia Land Properties Sdn Bhd & Anor v. Simesilk Sdn Bhd, 2014 MarsdenLR 2347 , Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan perayu meminda notis rayuan bagi memperbetulkan identiti pihak yang membuat rayuan. Begitu juga di dalam kes Vengadasalam a/l Munusamy v. Sankaran Kurty a/l Anandhan & Anor Mahkamah Tinggi membenarkan perayu meminda notis rayuan untuk memasukkan responden ketiga sebagai pihak di dalam rayuan tersebut. Manakala di dalam kes Abdul Kudus Haji Abd Aziz v. Normah Chik ; 2003 MarsdenLR 2036 Mahkamah Tinggi tidak membenarkan permohonan lisan perayu untuk meminda notis rayuan dengan memasukkan rayuan terhadap kuantum selain daripada liabiliti atas alasan kelewatan selama 4 tahun dan memprejudis pihak responden. Kes Newlake Development Sdn Bhd v. Tetuan Kumar Jaspal Quah & Aishah memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk meminda notis rayuan kerana A 55 k 9 KM 2012 tidak memperuntukkan kuasa pindaan bagi notis rayuan.

[7] Aturan 55 k 9 KM 2012 memperuntukkan:

"Amendments (O 55, r 9)

9. The High Court may at any time allow amendment of the memorandum of appeal or notice of cross appeal or other part of the record of appeal on such terms as it thinks fit.".

Jelas tiada peruntukan berkaitan dengan pindaan kepada notis rayuan seperti yang terdapat di dalam A 21 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 dan A 60 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

[8] Tiada rujukan dibuat di dalam penghakiman Malaysia Land Properties (supra) dan Abdul Kudus (supra) kepada mana-mana peruntukan bagi mempertimbang

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top