SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2016 MarsdenLR 1709

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
CHEONG YONG YIN LWN. PORTLAND ARENA SDN BHD
[Rayuan Sivil No: 12A-NCVC-30-06/2015]



A party may be estopped from claiming based on actions or representations made after a contractual agreement, regardless of being a non-party in related prior litigations.

Headnote:In the case at hand, the appellant, represented as a plaintiff, contested the session court's decision allowing the respondent's application to strike off the writ and statement of claim under Rule A 18 k 19 (1) (a), (b), (d) of the 2012 Court Rules. The court held the plaintiff's claim unsustainable, asserting that the plaintiff was estopped from claiming consultancy fees based on actions post-appointment. The core issue examined was whether the plaintiff had a cause of action for consultancy fees against the defendant. Findings led to the conclusion that the plaintiff's actions constituted a waiver, justifying the dismissal of the appeal.

Table of Content
1. overview of the case's background and initial interactions. (Para 1 , 2 , 3 , 6)
2. arguments presented by both parties regarding consultancy fees. (Para 11 , 16)
3. court's analysis regarding estoppel and waiver. (Para 21 , 22 , 31 , 32)
4. court's determination and conclusion on the appeal. (Para 24)
Suraya Othman H:

Pengenalan

[1] Kes di hadapan saya ini adalah merupakan satu kes rayuan oleh perayu/plaintif, Encik Cheong Yong Yin, terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen ("HMS") bertarikh 11 Jun 2015 yang membenarkan permohonan responden/defendan, Portland Arena Sdn Bhd, untuk membatalkan writ saman dan penyataan tuntutan perayu/plaintif di bawah A 18 k 19 (1) (a), (b) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [PU (A) 205/2012]. Untuk kesenangan rujukan, perayu disebut sebagai plaintif dan responden pula, sebagai defendan.

Ringkasan Fakta Kes

[2] Defendan, Portland Arena Sdn Bhd, telah membeli sebuah rumah tiga tingkat di Bukit Jelutong daripada Sime Darby Property Sdn Bhd dengan harga sebanyak RM 4,939,607.

[3] Defendan kemudiannya mendapati bahawa terdapat banyak kecacatan pada binaan rumah yang telah siap tersebut dan berikutan dari itu, satu tindakan sivil telah pun diambil terhadap pemaju.

[4] Plaintif, Encik Cheong Yong Yin telah dilantik oleh defendan sabagai pakar runding atau konsultan ("consultant") bagi menyediakan laporan tentang kecacatan dan kos pembaikan kecacatan rumah tersebut.

[5] Defendan telah membuat bayaran sebanyak RM100,000.00 kepada plaintif sebagai fee konsultansi ("consultancy fee") dan laporan pertama untuk pembaikan defek ("defect") dan anggaran kos bertarikh 15 April 2013 yang disediakan oleh plaintif. Di dalam laporan pertama yang disediakan oleh plaintif tersebut, plaintif telah meletakkan amaun sebanyak RM300,000.00 sebagai fee profesional.

[6] Malah, pada 16 Disember 2013, plaintif telah menyediakan satu lagi laporan tambahan di mana melalui laporan tersebut juga, plaintif telah meletakkan amaun sebanyak RM300,000.00 sebagai fee professional. Selain itu, plaintif juga turut menghadiri prosiding Mahkamah di mana plaintif telah bertindak sebagai saksi pakar runding bagi pihak defendan dalam tindakan tersebut.

[7] Pada 16 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi (bukan Mahkamah Tinggi ini) telah membenarkan tuntutan defendan terhadap pemaju termasuklah tuntutan untuk fee profesional sebanyak RM300,000.00.

[8] Plaintif kemudiannya menuntut untuk bayaran fee sebanyak RM 825,032.00 dari defendan berdasarkan kepada surat lantikan ("appointment letter") bertarikh 14 November 2012: yang mana di dalam surat lantikan tersebut menyatakan bahawa bayaran fee konsultansi akan ditentukan berdasarkan kepada empat (4) jenis senario. Plaintif kini menuntut bayaran untuk fee konsultansi sebanyak RM825,032.00 berdasarkan kepada senario ketiga (3) dalam surat lantikan tersebut.

[9] Namun begitu, HMS tidak bersetuju dengan tuntutan plaintif atas dapatan bahawa plaintif telahpun diestop daripada menuntut fee konsultansi berdasarkan surat lantikan berikutan kepada tindakan ("conduct"), representasi dan testimoni plaintif selepas daripada surat lantikan tersebut dikeluarkan.

[10] Oleh itu, permohonan oleh defendan untuk membatalkan tindakan plaintif di bawah A 18 k 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dibenarkan oleh HMS atas alasan tindakan plaintif tidak boleh dipertahankan ("obviously unsustainable") dan ia merupakan salahguna proses Mahkamah. Plaintif tidak berpuashati dengan keputusan HMS lalu merayu ke atas keputusan HMS tersebut.

Hujahan Perayu/Plaintif

[11] Plaintif di wakili oleh Encik Foo Joan Liang dan Encik Yap Han Yuan. Diantara hujahan yang diutarakan oleh Encik Foo Joan Liang adalah seperti berikut:-

[12] Defendan gagal membuktikan bahawa terdapat persetujuan oleh plaintif untuk mengubah terma surat lantikan.

[13] Plaintif juga menyatakan bahawa beliau semasa dalam pemeriksaan balas (ketika memberikan keterangan bagi pihak defendan di dalam tindakan sivil terhadap pemaju) telahpun menyatakan bahawa fee konsu

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top