2019 MarsdenLR 4041
MAHKAMAH TINGGI MALAYA PULAU PINANG
THAM SAU HOONG LWN. TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA & SATU LAGI
[Permohonan Semakan Kehakiman No: Pa-25-100-10/2018]
The Tribunal must adhere to statutory requirements, failing which its decisions can be quashed due to serious irregularities and procedural improprieties.
Headnote:Statutory provisions under the Strata Management Act 2013, specifically sections 121 and 117, impose mandatory compliance requirements on the Tribunal decisions. The case arose from an application for judicial review after the Tribunal dismissed the applicant's claim for enforcement of regulations against strata title unit owners. The Tribunal’s dismissal was challenged on grounds of serious irregularity and procedural impropriety. The Court found that the Tribunal failed to apply the relevant laws, leading to serious injustice to the applicant. The main issues raised concern whether the Tribunal disregarded serious irregularities and procedural requirements outlined in sections 121 and 117 of the Strata Management Act 2013. The court reasoned that the Tribunal's failure to adhere to legal standards constituted serious irregularity, affecting the fairness of its ruling unto the applicant. In conclusion, the application for Certiorari to quash the Tribunal's award was granted, and the applicant's claim must be reheard by a different chairman within the Strata Management Tribunal.
| Table of Content |
|---|
| 1. failure to adhere to statutory obligations. (Para 1 , 4) |
| 2. allegations of serious irregularities undermining the tribunal's decision. (Para 2 , 3 , 5) |
(a) Suatu perintah Certiorari bagi membatal dan mengenepikan keseluruhan keputusan responden pertama; dan
(b) Tuntutan pemohon yang ditolak tersebut didengar semula oleh pengerusi yang lain di Tribunal Pengurusan Strata.
Alasan-Alasan Permohonan
[2] Keputusan responden pertama dicabar atas alasan:
1. Terdapat salah aturan yang serius kerana gagal memahami fakta dan isu yang dikemukakan dan tidak mematuhi s 121 (3)(b) Akta 2013;
2. Tidak munasabah dan gagal mematuhi s 121(3)(c) Akta 2013; dan
3. Tidak mematuhi prosedur kerana gagal menyediakan alasan keputusan,suatu ketidakpatuhan kepada s 117(2) Akta 2013.
Fakta
1. Pemohon adalah seorang pemilik berdaftar bagi petak unit 113-08-11 dalam suatu bangunan kediaman berstrata yang dikenali sebagai Pantai Emas Resort atau Gold Coast Resort Condominium (Gold Coast Resort). Pemohon pernah berkhidmat sebagai pengerusi kepada responden kedua dari tahun 2012 sehingga March 2016.
2. Responden pertama adalah suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah s 102 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 2013] dengan bidang kuasa yang diperuntukkan dalam s 105(1) serta Bahagian 1 Jadual 4 Akta 2013.
3. Responden kedua adalah sebuah badan pengurusan yang ditubuhkan di bawah Akta 2013 untuk mentadbir urus Gold Coast Resort.
4. Pada sekitar akhir tahun 2015 dan awal tahun 2016,berlaku ketidaksefahaman antara pemohon dan responden kedua berpunca dari peristiwa-peristiwa berikut:
i) Pemohon selaku pengerusi beserta dengan jawatankuasa responden kedua ketika itu telah membuat aduan kepada Pejabat Pesuruhjaya Bangunan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (COB) serta mengeluarkan notis mengenai kemungkiran pelbagai peruntukan dalam Jadual Ketiga Peraturan 2015 dan untuk memberhentikan kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kebenaran responden kedua kepada beberapa pemilik unit petak berikut:
(a) Unit Petak No 109-11-03 -Chong Gwek Lan
(b) Unit Petak No 113-10-12 - Cheah Hun Peng & satu lagi
(c) Unit Petak No 113-02-18 -Tham Choon Lian
(d) Unit Petak No 109-12A-05 - Lim Ai Ching
(e) Unit Petak No 109-12A-03 - Ching Ah Pa & satu lagi.
ii) Walaubagaimanapun, pemilik-pemilik unit petak yang dinamakan di perenggan 4 di atas telah gagal dan enggan mematuhi notis tersebut.
iii) Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) responden kedua pada 13 Mac 2016, tujuh pemilik Gold Coast Resort (termasuk mereka yang tidak mematuhi Peraturan 2015 di atas) dipilih sebagai ahli jawatankuasa (AJK) responden kedua. Tujuh pemilik tersebut ialah:
(i) Cheah Hun Pin, Pengerusi
(ii) Chew Joo Li, Setiausaha
(iii) Tan Hui Eng, Bendahari
(iv) Chong Gwek Lan
(v) Tham Choon Lian
(vi) Chan Eng Kar (letak jawatan pada 1 Julai 2016)
(vii) Tung Meng Kow.
iv) Oleh kerana isu kerja-kerja pengubahsuaian tanpa kebenaran responden kedua belum diselesaikan, kelayakan sesetengah ahli jawatankuasa baru tersebut dipertikaikan oleh pemohon. Maka, AGM mengambil ketetapan untuk merujuk isu kelayakan mereka kepada COB.
v) Berikutan rujukan tersebut, COB telah mengeluarkan surat bertarikh 31 Mei 2016, memutuskan bahawa 4 daripada 7 orang AJK baru berikut hanya boleh menjadi AJK baru responden kedua dengan syara