SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 2786

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
MOHAMAD AMYRUL AIMAN ABD GHANI LWN. MUHAMAD ZULKHAIRI CHE MAT ZAIN
[Rayuan Sivil No: DA-12B-48-10/2022]



Petitioner Advocates:Noor Azizah Abdullah ,Respondent Advocate: Azmi Ariffin

Plaintiff and Defendant both share liability in a traffic accident due to failure to exercise due care.

Headnote:Statute Analysis: The appeal relates to liability and quantum from a road traffic incident. The lower court ruled the Defendant liable for 90% and the Plaintiff contributed 10%.

Findings of Court:
The court upheld the liability judgment, acknowledging both parties' responsibilities.

Issues: The core issues involve contributions to the accident and the plausibility of the injuries claimed.

Ratio Decidendi: The court stated, 'Although the Plaintiff had right of way, they failed to exercise due care.'

Result: The appeal on liability and quantum has been dismissed.

Table of Content
1. case arises from a road traffic collision leading to injury and liability determination. (Para 1 , 4 , 5)
2. court's analysis focused on contribution to negligence by both parties. (Para 6 , 7 , 8 , 9 , 11 , 12 , 13 , 14)
3. court stresses the importance of proving claims for damages during appeal. (Para 15 , 16 , 18 , 30 , 31 , 32)
Mohamad Abazafree Mohd Abbas H:

Pendahuluan

[1] Ini adalah merupakan rayuan Plaintif ke atas keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Pasir Mas (Tuan HMS) ke atas keseluruhan isu liabiliti dan sebahagian isu kuantum. Ia berbangkit dari satu kemalangan jalan raya yang melibatkan Perayu dan Responden.

[2] Tuan HMS di dalam keputusannya pada 22/9/22 telah memutuskan Defendan menanggung 90% liabiliti dan Plaintif menyumbang cuai sebanyak 10%. Berkaitan kuantum, keputusan Tuan HMS adalah seperti berikut:

[3] Bagi maksud Alasan Penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana rujukan pihak-pihak di Mahkamah Sesyen.

Fakta Kes

[4] Kemalangan jalan raya yang berbangkit di dalam kes ini berlaku pada 23 November 2018 jam 1230 tengah malam. Ia melibatkan motorsikal bernombor DCE 2694 yang ditunggangi Plaintif dengan sebuah kereta bernombor DCA 2303 yang dipandu oleh Defendan. Kejadian berlaku berhampiran Dangar, Pasir Mas, Kelantan.

[5] Kemalangan berlaku apabila kereta Defendan yang datang dari arah tepi kiri jalan menghala ke Banggol Chica telah membuat pusingan U ke arah Kubang Bemban dan menyebabkan motorsikal Plaintif yang datang dari arah yang sama merempuh kereta Defendan tersebut. Plaintif telah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan tersebut.

Rayuan Ke Atas Liabiliti

[6] Di dalam mana-mana rayuan, Mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh Hakim Perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata oleh Tuan MPM.

(rujuk; China Airlines Ltd v. Maltran Air Corp Sdn Bhd (Formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd) and Another Appeal, [1996] 2 MLJ 517 ).

[7] Satu-satunya isu yang berbangkit berkaitan liabiliti yang dihujahkan oleh Plaintif adalah Tuan HMS adalah terkhilaf apabila memutuskan bahawa Plaintif telah menyumbang cuai sebanyak 10%. Premis hujahan Plaintif adalah Tuan HMS telah gagal untuk membuat pertimbangan secara kehakiman bahawa tindakan Defendan memasuki ke laluan Plaintif untuk membuat pusingan U adalah tindakan tiba-tiba dan menyebabkan Plaintif berada di dalam keadaan "agony of moment".

[8] Tuan HMS di dalam penghakimannya menyatakan:

(a) berbeza dengan kes-kes rujukan Plaintif, kemalangan dalam kes di hadapan Mahkamah ini berlaku di sebelah malam. Dalam kes ini tiada keterangan daripada SP4 (Plaintif) berkenaan bagaimana kemalangan tersebut berlaku. SD1 (Defendan) mengakui membuat pusingan U di situ tetapi selepas memerhatikan tiada kenderaan di belakang melalui cermin sisi. SD1 menyatakan beliau tidak nampak kedudukan motorsikal Plaintif kerana motorsikal tersebut tidak berlampu. SD1 seterusnya menyatakan bahawa impak berlaku agak kuat berdasarkan bunyi pelanggaran yang SD1 dengar di sebelah pemandu; dan

(b) Tuan HMS bersetuju dengan Defendan bahawa inferens boleh dibuat berdasarkan kerosakan motorsikal Plaintif yang mengalami patah batang fork hadapan dan remuk di bahagian depan dan Plaintif tidak memperlahankan pemanduannya semasa menghampiri kawasan tersebut bahkan dalam keadaan laju. Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun Defendan menghalang laluan sah Plaintif, dalam keadaan waktu malam dan tiada keterangan bahawa Plaintif ada memasang lampu motorsikal, Plaintif mempunyai tanggungjawab untuk menunggang dalam kelajuan yang sederhana bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau bagi mengurangkan impak kemalangan. Mahkamah ini bersetuju dengan rujukan Defendan kepada kes Chai Ping Chong & Anor v. Zainal Abidin Mohd Salleh & Anor, [1998] 4 CLJ 833 .

[9] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Defendan yang berada di kiri jalan telah secara tiba-tiba membuat pusingan U. Tindakan Defendan seca

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top