SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2014 MarsdenLR 527

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MOHAMAD @ MOHAMED TIMBAR KAYOJO @ KAYORTO DAN LAIN-LAIN LWN. PENTADBIR TANAH DAERAH KOTA TINGGI JOH....
[Saman Pemula No: 24NCVC-78-02/2014]



Principles of res judicata and issue estoppel apply, preventing re-litigation of matters already adjudicated, particularly in cases concerning land titles under specific legislation.

Headnote:(A) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 - Seksyen 40 - Akta Keterangan 1980 - Perkara mengenai transaksi pinjaman dan keesahan gadaian - Permohonan Plaintif untuk membatalkan lelongan awam didebatkan berdasarkan sama ada hartanah tersebut tertakluk kepada Akta 530 - Mahkamah memutuskan bahawa res judicata terpakai, dan isu telah diputuskan sebelum ini - Permohonan Plaintif ditolak. (Paras 22, 23, 24, 25, 26, 28, 30)

(B) Pemilikan Tanah - Penentuan sama ada tanah boleh dibebaskan dari undang-undang sebelumnya - Pemohon tidak dapat membuktikan bahawa pemilihan undang-undang yang berbeza dikenakan pada pegangan tanah. (Paras 23, 27)

Table of Content
1. plaintiffs' request for relief regarding property auction (Para 1 , 2)
2. defendant's arguments against plaintiffs' claims (Para 3 , 4 , 5)

[1] Ini adalah permohonan Plaintif-Plaintif untuk perintah-perintah seperti berikut:

1) Deklarasi bahawa tuntutan yang akan dan sedang dijalankan oleh Defendan Pertama atas permohonan Defendan Kedua untuk lelongan awam atas hartanah-hartanah berikut:

a) Hakmilik PM 2856 Lot 4878, Mukim Johor Lama dan PM 2836 Lot 2200, Mukim Johor Lama, Johor.

[Pemilik Berdaftar: Plaintif Pertama]

b) PM 2819 Lot 2819, Mukim Kota Tinggi, Johor dan PM 2210 Lot 3442, Mukim Kota Tinggi dan PM 2211 Lot 3442, Mukim Johor Lama, Johor.

[Pemilik Berdaftar: Plaintif Ketiga]

c) PM 2803 Lot 2649, Mukim Johor Lama, Johor dan PM 2823 Lot 3634, Mukim Johor Lama, Johor.

[Pemilik Berdaftar: Plaintif Kelima]

Adalah menyalahi atau bertentangan atau menimbulkan percanggahan dengan kehendak peruntukkan di bawah Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok 1960 Akta 530 (selepas ini disebut sebagai Akta 530) adalah tidak sah dan batal;

(selepas ini disebut sebagai Pegangan (Holding) tersebut)

2) Satu perintah bahawa perlaksanaan Lelongan Awam bertarikh 17 Februari 2014, 18 Februari 2014 dan 19 Februari 2014 terhadap hartanah-hartanah tersebut digantung sehingga keputusan muktamad permohonan ini.

3) Kos tindakan dan lain-lain relif.

Ringkasan Fakta Kes Plaintif-Plaintif

[2] Selain dari saman pemula ('OS') pihak-pihak bergantung kepada keterangan affidavit seperti berikut:

1) Affidavit Sokongan Plaintif-Plaintif yang diikrarkan pada 12 Februari 2014 (selepas ini disebut sebagai "ASPP");

2) Affidavit Jawapan Defendan Kedua yang diikrarkan pada 18 Mac 2014 (selepas ini disebut sebagai "AJDK");

3) Affidavit Balasan Plaintif-Plaintif yang diikrarkan pada 08 April 2014 (selepas ini disebut sebagai "ABPP").

Plaintif-Plaintif Pertama, Ketiga dan Kelima (P1, P3 dan P5) adalah pemilik-pemilik berdaftar tanah bagi pegangan tersebut.

(Mohon rujuk eksibit "MMTK - 2" ASPP)

P1, P3 dan P5 telah dianugerahkan hakmilik-hakmilik tersebut yang telah disebut sebagai satu HOLDING (Pegangan) di bawah Akta 530 dan kesemua mereka adalah pemilik berdaftar.

Pegangan tersebut telah digazetkan di bawah Akta 530 dan sehingga kini masih lagi terikat dengan peruntukkan Akta 530.

(Mohon rujuk para 5 ABDK)

Kemudiannya Pegangan tersebut telah digadaikan kepada Defendan Kedua bagi menjamin pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif. Pendaftaran gadaian ini dalah sepertimana yang telah diendoskan di dalam Hakmilik-Hakmilik tersebut.

(Mohon rujuk eksibit MMTK - 2)

Gadaian tersebut telah mendapat Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ('PBN') secara pukal ('Blanket Consent') dari Pejabat Pentadbiran Tanah Kota Tinggi, Johor melalui surat mereka bertarikh 17 Februari 2000.

Defendan telah memulakan tindakan 'Foreclosure' ke atas hartanah-hartanah tersebut dan perintah jualan telah dikeluarkan oleh Defendan Pertama.

(Mohon rujuk Eksibit MMTK - 1 ASPP)

(Mohon rujuk Eksibit D AJDK)

(Mohon juga merujuk para 15 dan 16 AJDK).

Plaintif-Plaintif di sini tidak pernah menerima pinjaman-pinjaman yang dibuat mereka kerana Defendan Kedua telah melepaskan keseluruhan jumlah pinjaman mereka kepada pihak ketiga tanpa kebenaran mereka.

Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa pada setiap masa yang material, Plaintif-Plaintif telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di dalam skim pinjaman yang dikeluarkan oleh Defendan Kedua.

(Mohon rujuk para 10 dan 11 ABPP)

Hujahan Plaintif

1) Isu yang dibawa oleh Plaintif-Plaintif di sini adalah isu undang-undang iaitu samada peruntukkan Akta 530 telah dipatuhi oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua di dalam prosiding perlelongan (foreclosure) ke atas Pegangan tersebut.

2) Adalah jelas Pegangan tersebut adalah dan masih lagi Pegangan yang tertakluk kepada Akta 530 selepas digazetkan sedemikian.

[Mohon merujuk kepada eksibit C(a) - (g) AJDK].

3) Kesemua Pegangan tersebut seperti yang dilihat di dalam salinan hakmilik-hakmilik berkenaan di dalam eksibit C AJDK telah di

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top