SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 1785

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
SNR TYRE & SERVICES SDN BHD LWN. MOHAMAD HALIF SAIDON
[Guaman No: BA-22NCvC-63-02/2022]



Petitioner Advocates:Adnan Seman @ Abdullah ,Respondent Advocate: Mohd Hisham Abdul Samad

The burden of proof rests on the claimant to establish misappropriation claims under the Evidence Act, which the Plaintiff failed in this case.

Headnote:This judgment addresses the claim of misappropriation against the Defendant by the Plaintiff company. The Court noted the applicable burden of proof under Section 101 of the Evidence Act 1950, stating that the Plaintiff failed to prove unauthorized financial withdrawals amounting to RM1,408,126.04 attributed to the Defendant. The main issues framed by the Court included whether the unauthorized withdrawals were proven and if the Defendant was liable for damages. The Court's findings indicated that the Plaintiff did not establish the essential elements of misappropriation and dismissed the claims while ordering the Defendant to return company documents. The final decision on 15 February 2023 was to deny the claims of the Plaintiff.

Table of Content
1. introductory facts regarding the claim of misappropriation. (Para 1 , 3 , 4)
2. summary of financial audit findings indicating potential misconduct. (Para 11 , 12 , 16)
3. key legal arguments presented by both parties regarding the financial transactions. (Para 34 , 35 , 48)
4. court ruling on the inadequacy of the plaintiff's claims. (Para 94 , 95)
PENGHAKIMAN

Rozi Bainon PK:

Pengenalan

[1] Plaintif ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan (iaitu pada 16 Februari 2016) oleh En Pazlan (seorang pemastautin tetap) dan En Mohd Hamizul Hanis bin Mohd Nasharudin. Kedua-dua mereka ialah pengarah dan pemegang saham Plaintif. En Pazlan ialah pemegang saham majoriti Plaintif.

[2] Sebelum penubuhan Plaintif, terdapat 3 syarikat iaitu-

SNR Car Aircond Services & Accessories, sebuah perniagaan tunggal sejak 2 Februari 2005 yang dimiliki oleh isteri En Pazlan iaitu Jamilah binti Ahmad (telah meninggal dunia).

SNR Car Aircond Services & Accessories Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 19 Januari 2011. Isteri En Pazlan iaitu Jamilah binti Ahmad (telah meninggal dunia) ialah pengarah syarikat dan pemegang saham majoriti bersama dengan abang kepada Jamilah binti Ahmad (telah meninggal dunia) bernama Mohd Latip bin Ahmad.

SNR Autovia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 6 Ogos 2014. Isteri En Pazlan iaitu Jamilah binti Ahmad (telah meninggal dunia) ialah pengarah syarikat.

En Pazlan bersama dengan Jamilah binti Ahmad (telah meninggal dunia) mengawal selia SNR Car Aircond Services & Accessories Sdn Bhd dan SNR Autovia Sdn Bhd.

Tuntutan Plaintif Terhadap Defendan

[3] Plaintif mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan yang dikatakan mantan pekerja Plaintif atas kausa tindakan penyelewengan, menggelapkan wang syarikat dan salahurus wang syarikat.

[4] Plaintif memplidkan bahawa-

En Pazlan telah mengambil Plaintif bekerja sebagai pegawai eksekutif akaun di SNR Car Aircond Services & Accessories Sdn Bhd dan SNR Autovia Sdn Bhd.

gaji yang dibayar kepada Defendan ialah sebanyak RM3,500.00 pada tahun 2011 dan pada tahun 2019, Defendan menerima gaji dan elaun sebanyak RM8,000.00.

pada tahun 2019. En Pazlan pernah menawarkan insentif percutian ke luar negara (Amerika Syarikat) di mana syarikat tayar Michelin menawarkan slot percutian tersebut kepada Plaintif.

En Pazlan pernah menghadiahkan kereta Volkswagen Passat sebagai penghargaan kepada Defendan kepada syarikat Plaintif, SNR Car Aircond Services & Accessories Sdn Bhd dan SNR Autovia Sdn Bhd.

Defendan berjaya membeli rumah, kereta dan saham dengan hasil gaji yang diperoleh daripada pekerjaannya di syarikat Plaintif, SNR Car Aircond Services & Accessories Sdn Bhd dan SNR Autovia Sdn Bhd.

[5] Ketika Jamilah binti Ahmad (isteri En Pazlan) sakit pada tahun 2018, Defendan menguruskan segala urusan kewangan dan perakaunan syarikat Plaintif, SNR Car Aircond Services & Accessories Sdn Bhd dan SNR Autovia Sdn Bhd iaitu pembayaran gaji, hutang syarikat, pengauditan tahunan syarikat dan penyimpanan rekod perakaunan syarikat. En Pazlan bergantung sepenuhnya dan percaya kepada Defendan dan Mohd Latip bin Ahmad (abang kepada Jamilah binti Ahmad).

[6] Pada 2 Oktober 2017, En Mohd Hamizul Hanis bin Mohd Nasharudin meletakkan jawatannya sebagai pengarah syarikat.

[7] Selanjutnya, pada 11 Disember 2017 En Pazlan telah melantik Puan Nur Farahin binti Mohd Noor, seorang pekerja Plaintif sebagai pengarah syarikat Plaintif. Pada 12 Disember 2017, Puan Nur Farahin binti Mohd Noor menjadi pemegang saham sebanyak 400,000 unit saham dan En Pazlan memegang 600,000 unit saham. Pemegangan saham oleh Puan Nur Farahin binti Mohd Noor bertujuan untuk memenuhi syarat pembiayaan bank yang menghendaki saham syarikat perlu dipegang secara majoriti oleh bumiputra.

[8] Pada 4 April 2018, pemegangan saham syarikat Plaintif ialah 550,000 unit saham dipegang oleh Puan Nur Farahin binti Mohd Noor dan 450,000 unit saham dipegang oleh En Pazlan.

[9] Sekitar Julai 2018 dan Ogos 2019, Plaintif memperoleh pembiayaan kewanga

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top