SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2016 MarsdenLR 2106

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
TENAGA NASIONAL BERHAD LWN. CITY EDIBLE ICE SDN BHD
[Guaman Sivil No: 22NCVC-89-06/2015]



The court confirmed the Plaintiff's claim for revenue loss due to tampering with an electricity meter, establishing the Defendant's liability under the Electricity Supply Act 1990.

Headnote:Statute Analysis: This case involves a claim by the Plaintiff against the Defendant for loss of revenue due to tampering with the electricity meter under sections 37 and 38 of the Electricity Supply Act 1990. Facts of the Case: Based on a Supply Contract, the Plaintiff supplied electricity to the Defendant's ice factory; a request for recovery of RM1,605,054.81 arose from two examinations revealing meter tampering.

Findings of Court:
The court found that the Plaintiff adequately demonstrated tampering and its correlation with revenue loss, establishing the Defendant's liability under the relevant statutes.

Issues: The main issues were whether tampering occurred and the Defendant's liability for the claimed amount.

Ratio Decidendi: The court reasoned that evidence from both examinations proved tampering, confirming the Defendant's responsibility for revenue loss as per the Act.

Result: The court ruled in favor of the Plaintiff for RM1,605,054.81, interest at 5% per annum from the judgment date until full payment, and awarded costs for the proceedings.

Table of Content
1. case involves electricity revenue loss claims. (Para 1 , 2 , 3)
2. defendant's arguments about responsibility and evidence. (Para 4)
3. defendant's arguments reject plaintiff's claims. (Para 5 , 6 , 7)
4. court's evaluation of credibility of evidence and witnesses. (Para 8 , 9 , 10)
5. court's logic on pleadings and implications of law. (Para 11 , 13)
6. court evaluates evidence and testimonies. (Para 12 , 22 , 23 , 31)
7. establishment of prima facie evidence and burden of proof. (Para 14 , 15 , 16)
8. final judgment based on evidence presented and liability established. (Para 17 , 18 , 19)
9. court confirms prima facie evidence burden shifts to defendant. (Para 44 , 50 , 52)
10. final ruling confirms plaintiff's claim. (Para 70)

[1] Kes perbicaraan penuh ini melibatkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan bagi kerugian hasil akibat usikan pepasangan meter di kilang ais Defendan di bawah ss 37 dan 38 Akta Bekalan Elektrik 1990 . Tuntutan Plaintif telah dibenarkan oleh Mahkamah, dan penghakiman ini mengandungi alasan penuh keputusan tersebut.

Latarbelakang Penting Kes & Tuntutan Plaintif

[2] Berdasarkan kepada suatu Kontrak Bekalan, Plaintif membekalkan tenaga elektrik ke kilang ais Defendan di No 2, Jalan Penaga 17, Taman Perindustrian Kota Puri, 81750, Masai, Johor ("Kilang Defendan") di bawah akaun bernombor 0345 00676931 01. Tuntutan ini adalah lanjutan daripada dua pemeriksaan yang dijalankan oleh Plaintif ke atas pepasangan meter di Kilang Defendan.

[3] Bagi pemeriksaan pertama yang dilakukan pada 14 November 2013 ("Pemeriksaan Pertama"), Plaintif mengatakan terdapat usikan di pepasangan meter di mana terdapat kepingan clamp digunakan sebagai pintasan wayar S1 dan S2 di ketiga-tiga fasa merah, kuning dan biru di test terminal block ("TTB") di panel meter. Kerja pembetulan kemudiannya dilakukan oleh Plaintif di mana clamp tersebut ditanggal dan pepasangan meter disilkan semula. Plaintif mendapati meter tersebut, disebabkan usikan, gagal merekodkan arus elektrik yang terjumlah kepada -90.34%. Pengiraan semula mendapati bahawa kerugian hasil yang ditanggung oleh Plaintif bagi tempoh 23 November 2009 hingga 14 November 2013 adalah sebanyak RM1,502,950.71. Pemeriksaan Pertama ini dilakukan terhadap pepasangan meter yang terletak di dalam kawasan atau kompaun Kilang Defendan.

[4] Bagi pemeriksaan yang kedua yang dilakukan pada 26 Februari 2014 ("Pemeriksaan Kedua") didapati usikan berlaku lagi, kali ini dengan penggunaan dawai halus yang memintas wayar S1 dan S2 bagi fasa kuning berdekatan dengan current transformer di kedua-dua feeder. Kerja pembetulan kemudiannya dilakukan oleh Plaintif di mana dawai halus tersebut ditanggal dan pepasangan meter disilkan semula. Plaintif mendapati meter tersebut, disebabkan usikan telah gagal merekodkan arus elektrik sebanyak -20.61%. Pengiraan semula mendapati bahawa kerugian hasil yang ditanggung oleh Plaintif bagi tempoh 14 November 2013 hingga 26 Februari 2014 adalah sebanyak RM102,104.10. Pemeriksaan Kedua ini dilakukan terhadap pepasangan meter yang terletak di luar kawasan atau kompaun Kilang Defendan.

Pembelaan Defendan

[5] Kes Defendan sepertimana yang diplidkan di dalam penyataan pembelaan, antara yang utamanya adalah bahawa pepasangan meter di Kilang Defendan, yang mana keselamatannya adalah bahawa tanggungjawab Plaintif, hanya boleh diakses oleh Plaintif sahaja.

[6] Keduanya, Defendan menghujahkan bahawa usikan sebenarnya tiada kaitan dengan kekurangan caj. Test Terminal Block ("TTP") pula bukan berfungsi untuk merekodkan bacaan meter. Gangguan melibatkan TTB tiada berkesanan terhadap bacaan meter.

[7] Seterusnya, Defendan memplidkan bahawa tiada perbezaan di antara bil serahan dan bil yang dikatakan benar oleh Plaintif. Bil-bil sebelum dan selepas pemeriksaan adalah lebih kurang serupa. Ini membawa erti bahawa bacaan meter adalah tidak terjejas. Defendan juga menyatakan bahawa tempoh tuntutan dan kaedah pengiraan adalah anggaran semata-mata dan tidak tepat. Tempoh tuntutan bag

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top