2024 MarsdenLR 2425
MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
KOPERASI PEKEBUN KECIL NEGERI SEMBILAN BERHAD LWN. AGRO CAPITAL MANAGEMENT BERHAD & YANG
[Guaman No: BA-22NCC-104-08/2022]
The burden of proof lies on the plaintiff to establish claims of fraudulent misrepresentation and negligence on the balance of probabilities, leading to a successful recovery of investment and dividends.
Headnote:(A) Co-operative Societies Act 1993 - Section 54 - Investment scheme involving RM5,000,000.00 - The plaintiff proved claims of fraudulent misrepresentation against the defendants, resulting in an order for the return of the investment and accrued dividends - The court emphasized the burden of proof lies on the plaintiff to establish claims on the balance of probabilities. (Paras 6, 21, 33, 60)
(B) Fraud and Negligence - The court found that the defendants had a duty of care towards the plaintiff, which they breached, leading to losses for the plaintiff due to non-payment of investments and dividends. (Paras 60, 72)
Facts of the case:
The plaintiff, a co-operative, invested RM5 million based on representations from the defendants regarding an investment scheme involving sukuk. The defendants failed to return the investment and dividends as promised, leading to legal action. (Paras 1-5)
Findings of Court:
The plaintiff successfully proved its claims against the defendants, who were ordered to pay the principal investment, outstanding dividends, and additional costs. (Paras 21, 75)
Issues: The main issues included whether the defendants acted negligently, if they made false representations, and whether the plaintiff's investment was legally valid. (Paras 23)
Ratio Decidendi: The court held that the defendants had a duty of care towards the plaintiff, which they breached, causing financial harm, and the plaintiff met the burden of proof required for its claims. (Paras 27, 72)
Result: The defendants were ordered to pay RM5,000,000.00, RM312,500.00 in dividends, and costs of RM10,000.00.
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan-Defendan berkenaan dengan skim pelaburan di mana Plaintif menuntut Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan membayar kepada Plaintif wang pelaburan berjumlah RM5,000,000.00 (RM5 juta); jumlah baki dividen penuh sebanyak RM312,500.00; Ganti rugi Am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah; caj bayaran lewat pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM5,312,500.00 dikira dari 16 Mei 2022 sehingga tarikh penyelesaian penuh; dan kos bagi tindakan ini.
[2] Perbicaraan penuh telah diadakan di Mahkamah ini pada 28 Ogos 2023 dan 29 Ogos 2023 di mana Plaintif memanggil 3 orang saksinya dan Defendan memanggil 2 orang saksinya.
[3] Pada 2510-2023, Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif dan memutuskan seperti yang berikut:
"KEPUTUSAN SELEPAS BICARA PENUH
[1] Tindakan undang-undang Plaintif terhadap Defendan- Defendan ialah mengenai representasi palsu/konspirasi penipuan/frod yang dilakukan oleh Defendan-Defendan bagi pelaburan sebanyak RM5,000,000.00.
[2] Skim Pelaburan yang di antara Plaintif dan Defendan- Defendan ialah melalui penerbitan sukuk.
[3] Tempoh Sukuk bermula 18 Mei 2018 hingga 15 Mei 2021.
[4] Perenggan 25 pernyataan tuntutan memplidkan bahawa Plaintif hanya diberikan dividen berjumlah RM1,937,500.00 sahaja. Baki dividen tertunggak yang dikira dari November 2020 sehingga November 2021 ialah sebanyak RM312,500.00.
[5] Perenggan 27 pernyataan tuntutan memplidkan bahawa dividen tertunggak dibayar sebagaimana kaedah disebut dalam jadual.
[6] Berdasarkan keterangan di hadapan Mahkamah ini, atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan dan dengan itu Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif. Selanjutnya adalah diperintahkan Defendan-Defendan secara bersesama membayar Plaintif:
(a) wang pelaburan berjumlah RM5,000,000.00.
(b) baki dividen sebanyak RM312,500.00.
(c) delay in the projected returns/dividend payment 4% p.a. payable on a pro-rate basis dari November 2021 hingga tarikh penyelesaian penuh.
(d) kos sebanyak RM10,000.00.".
[4] Defendan-Defendan tidak berpuas hati dan terkilan dengan keputusan Mahkamah merayu ke Mahkamah Rayuan.
Pliding
[5] Dalam tuntutannya, Plaintif menyatakan bahawa Plaintif ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan mempunyai alamat berdaftarnya di Medan Perniagaan Senawang Jaya, Senawang, Negeri Sembilan.
Manakala Defendan Pertama ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Syarikat 2016) yang mempunyai alamat berdaftarnya di Petaling Jaya dan alamat perniagaannya di Pekan, Pahang.
Defendan Kedua ialah seorang bukan warganegara yang menetap di Petaling Jaya dan ialah salah seorang daripada pengarah syarikat dalam Defendan Pertama.
Defendan Ketiga ialah warganegara Malaysia yang menetap di Datok Keramat, Kuala Lumpur dan ialah salah seorang daripada pengarah syarikat dalam Defendan Pertama.
Skim Pelaburan
[6] Pada sekitar bulan April 2018, berdasarkan representasi oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua, Plaintif telah bersetuju untuk membuat pelaburan modal mengikut konsep pelaburan patuh Shariah menggunakan instrument sukuk.
[7] Plaintif memplidkan bahawa representasi yang diberikan oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua ialah:
(a) pelaburan tersebut dijanjikan akan mendatangkan pulangan dividen yang lumayan;
(b) sijil sukuk akan dikeluarkan kepada Plaintif;
(c) pelaburan tersebut akan disalurkan untuk tujuan kolam ternakan udang laut (marine shrimp) yang dikomersialkan serta akan diuruskan oleh pihak Defendan Pertama selaku Farm Operator (selepas ini sisebut sebagai "Projek tersebut").
(d) dokumen yang diberikan dan ditunjukkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif ialah salinan profil syarikat Defendan Pertama mengenai kepakaran dan pengalaman Defendan Pertama dalam pembangunan projek akuakultur di Malaysia dan ternakan udang yang diusahakan oleh Defendan Pertama yang mendapat pensijilan d