2022 MarsdenLR 197
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
JW DEVELOPMENT SDN BHD LWN. SYARIKAT BAMAS ENTERPRISE SDN BHD & YANG LAIN (KAND 192)
[Guaman No: WA-22NCvC-694-09/2019]
Mahkamah menetapkan bahawa untuk meneruskan prosiding terhadap harta pusaka yang telah meninggal dunia, wakil perlu dilantik secara sah dan langkah berkenaan undang-undang perlu dipatuhi.
Headnote:(A) A 15 k 7(1), (2) & A 15 k 15 KKM 2012 – Permohonan untuk mengetepikan Perintah Ex Parte yang melantik wakil harta pusaka selepas kematian Defendan Kedua. Mahkamah menyatakan bahawa penggantian mesti dibuat dengan perwakilan yang sah untuk mengelakkan tindakan berada dalam limbo. (Paras 16-20)
(B) Kuasa budi bicara Mahkamah dalam melantik wakil bagi harta pusaka yang telah meninggal dunia dan perantaraannya di dalam tindakan. Perlu untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang. (Paras 26-30)
Facts of the case: Permohonan Defendan Kedua untuk mengetepikan Perintah Ex Parte yang dikeluarkan selepas kematian Lee Han Cho, melibatkan penggantian wakil harta pusaka. (Para 1-2)
Findings of Court: Mahkamah membenarkan proses penggantian wakil harta pusaka, namun menolak bantahan awal oleh Plaintif tentang kehadiran Defendan Kedua. (Paras 33-34)
Issues: Keperluan untuk melantik wakil harta pusaka selepas kematian, dan kewajipan tidak melanggar prosedur perundangan dalam penggantian. (Paras 4, 19)
Ratio Decidendi: Mahkamah menetapkan bahawa tanpa wakil yang sah, tindakan tidak boleh diteruskan ke atas harta pusaka, dan persetujuan pihak yang dilantik tidak adalah syarat wajib sebelum perlantikan. (Paras 20, 24)
Result: Kandungan 192 ditolak dan kos permohonan adalah kos dalam kausa.
PENGHAKIMAN
(Kandungan 192)
A. Pengenalan
[1] Kandungan 192 ini adalah permohonan Defendan Kedua (Lee Kah Koon - yang dilantik sebagai wakil estet Lee Han Cho untuk menggantikan Defendan Kedua (Lee Han Cho yang telah meninggal dunia pada 9 September 2020) untuk mengenepikan atau melepaskan Perintah Ex Parte yang dikeluarkan oleh Mahkamah ini pada 2 September 2021.
[2] Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021 telah memerintahkan antara lain bahawa:
(a) Lee Kah Koon (No K/P: 760515-14-5703) dilantik bagi mewakili estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati di dalam tindakan Plaintif ini terhadap Lee Han Cho (No K/P: 470811-02- 5209) si mati; dan
(b) Lee Kah Koon (No K/P: 760515-14-5703) selaku wakil estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati dijadikan pihak di dalam tindakan Plaintif ini bagi menggantikan Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209) si mati sebagai Defendan Kedua; dan
(c) prosiding dalam tindakan ini diteruskan seolah-olah Lee Kah Koon (No K/P: 760515-14-5703) selaku wakil estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati, yang dilantik oleh Mahkamah telah menggantikan Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati sebagai Defendan Kedua.
("Perintah Ex-Parte tersebut")
B. Kandungan 192
[3] Dalam Kandungan 192 ini Lee Kah Koon yang telah diperintahkan untuk menggantikan Lee Han Cho sebagai Defendan Kedua telah memohon untuk mengenepikan / melepaskan Perintah Ex Parte bertarikh 2 September 2021 atas alasan-alasan berikut:
i. Beliau tidak pernah sama sekali memberikan kebenaran dan/atau persetujuan untuk dilantik sebagai wakil estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati di dalam tindakan Plaintif ini;
ii. Plaintif ketika memohon untuk melantik Defendan Kedua (yang digantikan/substituted melalui Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021) bagi mewakili estet Lee Han Cho (No K/P: 470811- 02-5209) si mati, telah gagal untuk memberikan dan/atau menyerahkan notis permohonan bagi tujuan pelantikan tersebut kepada Defendan Kedua (yang digantikan melalui Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021);
iii. Pada setiap masa matan, estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati tidak diwakili oleh mana-mana orang dan Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk meneruskan tindakan ini terhadap estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati tanpa kehadiran orang yang mewakili estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati;
iv. Perkara-perkara yang dipertikaikan di dalam tindakan Plaintif ini boleh diputuskan dengan berkesan dan selengkapnya dan dihakimi oleh Mahkamah ini tanpa:
(a) Defendan Kedua (yang digantikan melalui Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021) dilantik sebagai wakil estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209), si mati; dan/atau
(b) Defendan Kedua (yang digantikan melalui Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021) yang dilantik sebagai wakil estet Lee Han Cho (No K/P: 470811-02- 5209) dijadikan pihak di dalam tindakan Plaintif ini bagi menggantikan Lee Han Cho (No K/P: 470811-02-5209) si mati sebagai Defendan Kedua.
v. Tiada sebarang kepentingan atau liabiliti Lee Han Cho (No K/P: 470811-02- 5209) si mati yang diserahkan atau dipindahkan atau diturunkan kepada Defendan Kedua (yang digantikan melalui Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021).
vi. Bahawa perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021 tersebut adalah kabur, tidak jelas dan tidak teratur ('irregular').
vii. Defendan Kedua (yang digantikan melalui Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021) adalah diprejudiskan sekiranya Perintah Ex-Parte bertarikh 2 September 2021 tersebut tidak dilepaskan dan/atau diketepikan oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
[4] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, peguam Defendan Kedua telah menghujahkan berikut:
(i) Permohonan penggantian yang dibuat oleh Plaintif telah tidak dibuat melalui undang-undang dan dengan yang demikian perintah yang diperolehi oleh Plaintif pada 2 September 2021 adalah suatu perintah yang kabur, tidak jelas dan tidak dilakukan menur