SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 4051

MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
MOHD FAUZI MOHD ARIS LWN. PENDAKWA RAYA (KAND 1 2 & 11)
[Rayuan Jenayah No: KA-44(A)-1-03/2021]



Petitioner Advocates:M Manoharan ,Respondent Advocate: Tan Sew Ping

Inordinate delay of 5 years 9 months in reinstating an appeal deemed unjustifiable, lacking merit, and not sufficient grounds for the court to exercise discretion under Section 310 of the Criminal Procedure Code.

Headnote:(A) Criminal Procedure Code (Cap 6) – Section 310 – Federal Constitution – Articles 5(1) and 8 – Application to reinstate an appeal dismissed – Delay of 5 years and 9 months deemed inordinate – Court found no valid justification for delay and dismissed the application. (Paras 29, 30, 66)

(B) Delay in procedural matters – Delay must be justifiable; presence of exceptional circumstances is essential for the court to exercise discretion favourably. (Paras 30, 64)

(C) Right to fair trial – The petitioner argued a failure to receive notification for the appeal hearing as a breach of rights; however, the court held the petitioner was aware of the proceedings. (Para 5, 39)

(D) Merit of Appeal – The court reiterates that mere assertion of merit does not suffice without timely action or valid grounds to challenge previous ruling. (Paras 59, 66)

PENGHAKIMAN

Meor Hashimi Abdul Hamid H:

Pendahuluan

[1] Mohd Fauzi bin Mohd Aris (pemohon/perayu) telah memfailkan satu Notis Usul bertarikh 19 Mac 2021 yang memohon perintah-perintah seperti berikut:

i) Pemohon dibenarkan membuat permohonan ini;

ii) Rayuan Jenayah No: 42S(A)-03-03/2015 yang telah dibatalkan pada 7 Jun 2015 dihidupkan semula;

iii) Perintah-perintah bertarikh 7 Jun 2015 diketepikan;

iv) Pemohon diberikan lanjutan masa untuk memfailkan Notis Rayuan dan/atau Petisyen Rayuan yang baru dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah;

v) Rayuan pemohon ditetapkan untuk perbicaraan penuh; dan

vi) Perintah lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan patut dan wajar oleh mahkamah yang mulia ini.

[2] Notis Usul (Kand 1) pemohon telah disokong oleh afidavit sokongan (Kand 2) yang diikrarkan oleh pemohon pada 3 Mac 2021. Pihak responden pula melalui Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Tan Sew Ping telah memfailkan afidavit jawapan (Kand 11) bagi pihak responden yang diikrarkan pada 8 April 2021. Pihak responden membantah Notis Usul pemohon.

[3] Setelah menimbangkan Notis Usul pemohon, afidavit sokongan pemohon dan afidavit jawapan responden serta mendengar hujahan lisan peguam bela pemohon dan TPR bagi pihak responden, mahkamah ini pada 19 April 2021 telah memutuskan Notis Usul pemohon (Kand 1) tidak mempunyai merit dan telah ditolak oleh mahkamah ini.

[4] Kini pemohon yang terkilan dengan keputusan mahkamah ini telah merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan mahkamah ini.

Asas Permohonan Pemohon

[5] Mahkamah ini dapati asas permohonan pemohon untuk menghidupkan semula rayuan pemohon (perayu) yang telah dibatalkan oleh mahkamah ini (perintah oleh YA Dato Abu Bakar bin Katar) pada 7 Jun 2015 adalah disebabkan kegagalan pemohon menerima maklumat tentang tarikh pendengaran rayuan pemohon. Pemohon menyatakan beliau tidak dimaklumkan mengenai tarikh prosiding pada 7 Jun 2015 oleh peguam belanya atau oleh pihak mahkamah. Oleh sebab itu, beliau tidak hadir di mahkamah pada tarikh tersebut dan menyebabkan rayuannya dibatalkan oleh mahkamah ini.

[6] Pemohon menyatakan petisyen rayuannya di mahkamah ini gagal difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah s 307(4) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) oleh peguam belanya daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan beliau tidak dimaklumkan mengenai kegagalan peguam belanya kerana telah berpindah ke Mersing, Johor.

[7] Pemohon juga menyatakan beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mendapatkan perbicaraan dan prosedur undang-undang yang adil dan munasabah di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan dan juga perlindungan samarata di sisi undang-undang di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

[8] Selain itu, pemohon menyatakan rayuannya mempunyai merit dan beliau seharusnya diberi peluang untuk mencabar keputusan hakim Mahkamah Sesyen 2 Alor Setar (hakim bicara yang bijaksana) dari segi merit kes dan bukan disebabkan oleh ketidakhadiran beliau di mahkamah ini pada 7 Jun 2015.

Hujahan Perayu

[9] Secara ringkasnya, peguam bela pemohon menghujahkan permohonan pemohon untuk menghidupkan semula rayuannya (yang telah dibatalkan oleh mahkamah ini pada 7 Jun 2015) adalah bermerit dan hendaklah dibenarkan oleh mahkamah ini.

[10] Pemohon menyatakan kegagalannya untuk hadir di mahkamah ini pada 7 Jun 2015 bukanlah disengajakan dan disebabkan kegagalan pemohon menerima maklumat atau maklum balas mahkamah tentang tarikh rayuannya [lihat perenggan 7.6 afidavit sokongan pemohon yang diikrarkan pada 3 Mac 2021 (Kand 2)].

[11] Dalam proses tarikh pendengaran rayuan pemohon ditetapkan oleh mahkamah ini, pemohon telah berpindah ke Mersing, Johor dan surat-menyurat mahkamah berkaitan dengan rayuan pemohon telah dihantar ke alamat rumah sewanya di Air Keroh, Melaka [lihat perenggan 7.3 Kand 2].

[12] Pemohon menyatakan disebabkan telah berpindah ke Mersing, Johor dan tidak menerima surat-menyurat daripada mahkamah berkaitan rayuannya, pemohon tiada pengetahuan mengenai tarikh prosiding rayuannya di mahkamah ini pa


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top