2021 MarsdenLR 382
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
MAT ALIAS MAT JUSOH LWN. SOPHAN ZAKARIA
[Rayuan Sivil No: DA-12B-08-05/2020]
The judgment establishes equal liability in accidents lacking clear evidence along with principles for fairly assessing quantum of damages based on existing legal precedents.
Headnote:(A) Road Traffic Act, 1987 – Liability – Quantum of damages – The court ruled a 50%-50% liability between the parties involved in a collision – The global awards for various injuries were assessed considering existing precedents – The appeal partially allowed with certain items for damages overturned. (Paras 5, 13, 19, 21, 59)
(B) Compensation Principles – The court applied guiding principles for assessing damages based on fairness and previous judgments, rejecting claims lacking medical evidence. (Paras 26, 36)
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Perayu memfailkan rayuan ini kerana tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang terpelajar (selepas ini di panggil "L/HMS") berhubung dengan liabiliti dan kuantum dalam tindakan akibat suatu kemalangan jalan raya.
[2] Perayu pada masa material adalah pemandu motokar No SAA 6345T dan Responden pula pemandu sebuah motorlori No DAV 9707.
Fakta
[3] Pada 29 Ogos 2018 Perayu memandu motokar bernombor SAA 6345T dari arah Bandar Pasir Puteh menghala ke Kampong Jelor. Sampai di tengah-tengah simpang empat yang mempunyai lampu isyarat di atau berhampiran KM 2.5, Jalan Pasir Puteh-Salor, motokar Perayu telah bertembung dengan sebuah lori bernombor DAV 9707 yang dipandu Responden yang datang dari arah kilang Bernas Padang Pak Amat.
[4] Perayu kemudiannya mengambil tindakan menuntut ganti rugi dari Responden di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan.
Perbicaraan Di Mahkamah Sesyen
[5] Setelah mendengar kes dari kedua-dua pihak, L/HMS telah memutuskan liabiliti adalah 50%-50%. Manakala bagi kuantum pula, L/HMS memutuskan seperti berikut (item-item yang dirayu sahaja dan seperti dalam memorandum rayuan):
(1) Ganti Rugi Am
(a) Bagi Item Lung Contusion Perayu Memohon Gantirugi Sebanyak RM10,000, Manakala Bagi Item Type 2 MI Secondary To Cardiac Contusion Sebanyak RM50,000. UNtuk Item Multiple Ribs Fracture Pula, Gantirugi Yang Dipohon Adalah Sebanyak RM35,000
[6] L/HMS berpendapat kecederaan-kecederaan ini adalah di bahagian anggota badan yang sama iaitu di bahagian dada. Kedua-dua contusion tersebut adalah tidak bersifat kekal tetapi hanyalah kesan lebam yang akan hilang. Dengan itu L/HMS memberikan suatu ganti rugi global sebanyak RM40,000.
b) Mild Head Injury With Intracranial Haemorrhage
[7] L/HMS telah mengambil kira laporan pakar Perayu (Eksibit P2) yang menyatakan kecederaan ini hanyalah "mild" (ringan) dan tiada kecederaan berkaitan neurology. Juga di ambil kira laporan pakar P8 yang menyatakan kebiasaan "short memory impairment" hanyalah untuk tempoh 6 bulan. Ini dibuktikan dengan keupayaan Perayu yang berumur 60 tahun telah semboh dan boleh memberikan keterangan di mahkamah dan ingat kepada butir-butir kemalangan seperti tempat kejadian, nombor motokar dan sebagainya.
[8] Dengan itu L/HMS telah memberikan ganti rugi sebanyak RM40,000.
(2) Ganti Rugi Khas
(a) Costs For Travelling Expenditure To Obtain Out Patient Treatment
[9] Gantirugi yang diberikan oleh L/HMS adalah RM100.00 X 10 hari = RM1,000.
(b) Costs Of Damage To Clothes And Shoes
[10] Bagi item ini ganti rugi sebanyak RM100.00 diberikan berdasarkan judicial notice kerana ketiadaan resit.
(c) Costs Of Future Surgery And Medications
[11] Tuntutan bagi item ini ditolak oleh L/HMS atas alasan perayu boleh mendapat rawatan dan bekalan ubatan secara percuma dari hospital kerajaan.
(d) Costs For Pre-Trial Supervisory Care Dan Costs For Post Trial Supervisory Care
[12] L/HMS menolak tuntutan bagi item ini kerana tiada keterangan perubatan ditunjukan sebagai bukti dan Perayu tidak pernah dibawa untuk rawatan susuan dan rawatan fisioterapi. Oleh yang demikian tuntutan bagi kedua-dua item ini ditolak.
Isu
[13] Isu yang perlu diputuskan mahkamah dalam rayuan ini adalah:
(i) sama ada liabiliti Perayu dan Responden adalah 50%-50%;
(ii) sama ada award yang diberikan bagi ganti rugi am dan khas terlalu rendah;
(iii) sama ada L/HMS membuat keputusan betul dengan menolak beberapa item tuntutan ganti rugi.
Penelitian Dan Penemuan Mahkamah
[14] Saya telah meneliti serta menimbangkan hujahan bertulis kedua- dua pihak, Rekod Rayuan dan alasan penghakiman L/HMS dan mendapati dan memutuskan atas imbangan kebarangkalian (antara lainnya) seperti berikut:
Liabiliti
[15] Bagi isu liabiliti, keterangan yang ada hanyalah dari Perayu dan Responden sendiri. Tiada saksi bebas yang memberikan keterangan berhubung dengan bagaimana kemalangan tersebut berlaku terutamanya isu pihak mana yang tidak mematuhi lampu isyarat di tempat kejadian.
[16] Keterangan-keterangan se