SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 1381

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
AMIR RIZZLAN AMIR RASHID LWN. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA & SATU LAGI
[Permohonan Jenayah No: BL-44-10-11/2020]



Important Points

Pematuhan terhadap prosedur undang-undang adalah kritikal dalam menentukan kesahihan perintah tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya, dan kegagalan untuk mematuhi tidak terbukti.

Subject

Criminal Law - Habeas Corpus

Act Referred

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985: S.6(1), S.11C

Headnote

(A) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 – Seksyen 6(1) dan 11C – Permohonan writ habeas corpus untuk mencabar perintah tahanan berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur yang ditetapkan – Penahanan Pemohon adalah berdasarkan keperluan untuk menjaga ketenteraman awam akibat penglibatan dalam aktiviti pengedaran dadah – Mahkamah menegaskan bahawa penahanan yang dibuat oleh Timbalan Menteri mematuhi semua peruntukan undang-undang yang wujud. (Paras 20, 32, 53, 100)

(B) Penahanan - Proses Penahanan – Prosedur pematuhan wajib bagi ketiga-tiga elemen sebelum perintah tahanan dikeluarkan adalah telah dipatuhi sepenuhnya oleh responden, tiada unsur tindakan mala fide didapati. (Paras 36, 100)

Facts of the case: Pemohon memohon writ habeas corpus untuk mencabar perintah tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri dalam konteks penglibatan dalam pengedaran dadah.

Findings of Court: Mahkamah memutuskan bahawa tidak ada ketidakpatuhan prosedur yang serius dan perintah tahanan adalah sah mengikut undang-undang.

Issues: Adakah penglibatan Pemohon dalam aktiviti pengedaran dadah memenuhi kriteria untuk perintah tahanan tersebut?

Ratio Decidendi: Mahkamah berpegang kepada prinsip bahawa pematuhan prosedur yang ditetapkan dalam peruntukan undang-undang adalah kritikal dalam justifikasi penahanan.

Result: Permohonan writ habeas corpus ditolak.

PENGHAKIMAN

Norliza Othman PK:

A. Latar Belakang

[1] Pemohon telah memfailkan notis usul terhadap Responden-responden untuk memohon supaya suatu writ habeas corpus dikeluarkan bagi memerintahkan supaya Pemohon dibebaskan dengan segera dari tahanan.

[2] Tahanan Pemohon adalah berdasarkan perintah tahanan bertarikh 6 Julai 2020 (Perintah Tahanan) yang dibuat oleh Dato' Sri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia (TMDN). Perintah Tahanan Pemohon dibuat di bawah s 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] (Akta LLPK) yang mana Pemohon adalah ditahan selama dua (2) tahun bermula dari 6 Julai 2020 di Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak.

B. Asas Permohonan

[3] Notis Usul dan afidavit sokongan permohonan Pemohon mengemukakan 8 alasan utama bagi permohonannya:

(i) Perintah Tahanan bertarikh 6 Julai 2020 serta alasan-alasan yang atasnya perintah itu dibuat serta pengataan-pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan adalah jelas menunjukkan bahawa penahanan Pemohon adalah tidak mematuhi dan/atau bertentangan dengan art 149 Perlembagaan Malaysia yang dibaca bersama dengan mukadimah (Preamble) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316);

(ii) Ketidakpatuhan s 3(3) dan 6(1) Akta tersebut iaitu gagal mengemukakan laporan lengkap siasatan;

(iii) Ketidakpatuhan s 3 Akta iaitu kelewatan selama 29 hari oleh pegawai penyiasat dalam melengkapkan laporan siasatan dan menyerahkan kepada Pegawai Siasatan KDN dan tiada alasan munasabah dikemukakan untuk kelewatan itu;

(iv) Ketidakpatuhan Seskyen 6(1) Akta iaitu Responden 1 tidak menpunyai kuasa untuk menandatangan Perintah Tahanan tersebut pada 6 Julai 2020.

(v) Ketidakpatuhan s 4 Akta iaitu kecacatan pada rakaman percakapan yang menjadikan Perintah Tahanan tidak sah;

(vi) Pendengaran respresentasi oleh Lembaga Penasihat tidak dijalankan dengan adil dimana Pemohon telah dipaksa mengaku melanggar art 151(1) (b) Perlembagaan Malaysia dan juga s 9 Akta 316;

(vii) Pegawai yang menjaga PPA Batu Gajah atau mana-mana orang yang telah diberikan kuasa oleh Komisioner tidak menemuramah Pemohon dan juga menetapkan satu progam pemulihan. Ini menjadikan penahanan pemohon sebagai berniat jahat (mala fide);

(viii) Ketidakpatuhan s 6(1) Akta iaitu Responden 1 telah tersalah arah mindanya dalam membuat keputusan penahanan apabila mengambilkira sejenis dadah yang tidak disenaraikan sebagai dadah berbahaya dibawah s 2 dibaca bersama Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

C. Undang-Undang

[4] Dalam menilai permohonan ini; prinsip undang-undang yang mantap berkaitan permohonan writ habeas corpus ialah permohonan untuk mencabar Perintah Tahanan yang dibuat oleh Menteri dan pertikaian yang dihujahkan oleh Pemohon hendaklah terhad atas isu ketidakpatuhan prosedur seperti yang diperuntukkan dibawah s 11C Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang memperuntukkan seperti berikut:

11C. Judicial review of act or decision of Yang Di Pertuan Agong and Minister

"(1) There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or exercise any jurisdiction in respect of, any act done or decision made by the Yang Di Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision".

[5] Dalam konteks semakan kehakiman yang dinyatakan didalam s 11C adalah merujuk kepada jenis-jenis permohonan didalam s 11D Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

11D. Interpretation of 'Judicial review"

In this Act, "judicial review" includes proceedings instituted by way of

a) an application for any of the prerogative orders of mandamus, prohibition and certiorari

b) an application for a declaration or an injunction;

c) a writ of habeas corpus; and

d) any other suit, action or other legal proceedings relating to or arising out of any act done or decision



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top