MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
JOFIN JOMON LWN. KETUA PENGARAH IMIGRESEN & SATU LAGI
[No Kes: WA-21NCvC-56-09/2019]
PENGHAKIMAN
(Kandungan 36)
A. Pengenalan
[1] Kandungan 36 adalah permohonan yang difailkan oleh Defendan- defendan untuk membatalkan tindakan Plaintif terhadap mereka menurut A 18 k 19(1)(a) dan/atau (b) dan/atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) atas alasan-alasan berikut:
(a) tindakan Plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah; dan/atau
(b) tindakan Plaintif adalah remeh atau menyusahkan; dan/atau
(c) tindakan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
B. Pihak-Pihak
[2] Plaintif (Jofin Jomon) seorang warganegara India yang mempunyai alamat di Kodankandath House, 5th Avenue Road, 680005 Thrissur City, Kerala, India.
[3] Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap Defendan Pertama yakni Ketua Pengarah Imigresen Malaysia yang merupakan pegawai yang bertangggungjawab atas Jabatan Imigresen Malaysia di mana pada segala waktu material bertanggungjawab bagi pelbagai perlakuan pegawai-pegawai imigresen yang dinyatakan dalam pliding ini termasuk menyelia dan mengarahkan segala perkara yang berhubungkait dengan imigresen di Malaysia.
[4] Defendan Kedua adalah Kerajaan Malaysia. Defendan Kedua dikatakan bertanggungan secara vikarius atas perbuatan atau tindakan kakitangannya dan/atau agen-agennya termasuk antara lain, Defendan Pertama/Jabatan Imigresen dan pelbagai pegawai imigresen yang dinyatakan dalam tindakan ini.
[5] Selepas daripada ini Defendan Pertama dan Defendan Kedua akan kadang kalanya dirujuk sebagai (Defendan-defendan).
[6] Dalam tindakan ini Plaintif telah menuntut daripada Defendan- defendan ganti rugi am dan ganti rugi teruk dan/atau teladan bagi dakwaan pemenjaraan salah yang mengakibatkan beliau kehilangan kebebasan. Plaintif mendakwa beliau telah ditahan secara salah selama 35 hari di Pusat Tahanan dari 28 September 2018 sehingga 1 November 2018.
C. Pembelaan Defendan-Defendan
[7] Defendan-defendan telah menentang keras tindakan Plaintif terhadap mereka dan telah memfailkan Pernyataan Pembelaan. Dalam Pernyataan Pembelaan mereka telah menegaskan bahawa Pernyataan Pembelaan yang difailkan oleh Defendan-defendan difailkan tanpa memprejudiskan hak mereka untuk membuat permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif.
[8] Defendan-defendan telah menafikan dakwaan pemenjaraan salah Plaintif dan menegaskan bahawa Plaintif telah ditahan secara sah di bawah s 35 Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) (Akta 155) bermula dari 27 September 2018 sehingga 10 Oktober 2018 dan di bawah s 34 Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) (Akta 155) bermula dari 10 Oktober 2018 sehingga 2 November 2018.
D. Kes Yang Diplidkan Plaintif
[9] Naratif kes Plaintif bermula apabila Plaintif telah membuat perjanjian dengan seorang agen pengambilan masuk pekerja asing di Malaysia untuk menguruskan visa kerja Plaintif di Malaysia.
[10] Selaras dengan hasrat Plaintif untuk mencari pekerjaan di Malaysia, pada 5 Januari 2018, Plaintif telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA (KLIA) dan bertemu dengan agennya. Walau bagaimanapun, agen beliau telah dikatakan gagal menyediakan visa kerja bagi Plaintif. Oleh kerana visa kerja Plaintif tidak diperoleh, Plaintif telah ditahan oleh agennya selama satu (1) bulan tanpa kerelaannya.
[11] Setelah berada di Malaysia selama lebih kurang dua bulan setengah tanpa visa kerja, pada atau sekitar 26 Mac 2018, Plaintif telah meminta bantuan daripada Tenaganita, iaitu satu pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan kepada isu-isu dan hak pekerja asing di Malaysia.
[12] Tiga bulan selepas itu yakni pada 5 Jun 2018 Plaintif telah membuat satu laporan polis terhadap agen pengambilan pekerja asing tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
[13] Plaintif mendakwa, tiada apa-apa maklum balas diterima daripada pihak polis terhadap laporannya. Justeru itu, Tenaganita telah merujuk kes Plaintif kepada Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bertujuan supaya kes Plaintif dapat disiasat sebagai satu kes pemerdagangan manu
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.