2021 MarsdenLR 1445
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
PENDAKWA RAYA LWN. NASARUDDIN ISMAIL
[Rayuan Jenayah No: DA-42H-18-07/2020]
Important Points
Subject
Criminal Law - Regulatory Offenses
Act Referred
Headnote
(B) Pengakuan salah oleh Responden dalam prosiding Mahkamah Sesyen – Mempertimbangkan implikasi bagi kepentingan awam dan substansi kesalahan. (Paras 9, 25)
Facts of the case: Responden gagal menyelenggarakan buku stok minyak masak dari Jun 2016 hingga April 2018, menyalahi Peraturan 13(1) dan dihukum dengan denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen. (Paras 6, 10)
Findings of Court: Penjagaan rekod adalah perlu untuk mengawal penyelewengan minyak masak yang terlibat dengan subsidi kerajaan. Hukuman asal dianggap tidak memadai dan telah meningkat menjadi RM30,000. (Paras 26-28)
Issues: Keputusan berkaitan kesesuaian hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen dan kepentingan awam. (Paras 11)
Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa ketidakpatuhan dalam merekodkan jualan minyak masak adalah serius, memerlukan hukuman yang lebih berat untuk mengekang penyelewengan. (Paras 16, 25)
Result: Rayuan dibenarkan dan hukuman asal diketepikan, menjatuhkan dan menggantikan dengan denda RM30,000. (Paras 28)
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Perayu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang terpelajar (selepas ini dipanggil "L/HMS") terhadap hukuman yang tidak memadai iaitu denda sebanyak RM3,000 (jika gagal bayar 1 bulan penjara) kerana Responden gagal mematuhi Peraturan 13 (1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah s 22(1), Akta Kawalan Bekalan 1961 .
[2] Pertuduhan ke atas Responden di Mahkamah Sesyen adalah seperti berikut:
Bahawa kamu pada 22 April 2018 kira-kira jam 3.46 petang di Hj Madens Enterprise Lot 2170 Taman Muafakat, Jalan Hospital, dalam Daerah Kota Bharu, di dalam negeri Kelantan selaku pemilik Hj Madens Enterprise (KT0393381-H) sebagai pemegang lesen borong No AB93117 telah didapati gagal menyelenggara buku stok minyak masak yang harus dilengkapkan dengan butir-butir pembelian dan penjualan minyak masak yang menunjukan tarikh, kuantiti, harga, alamat, pembeli dan pembekal barangan tersebut dan bulan Jun 2016 sehingga April 2018 yang mana melanggar Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang menjadi suatu kesalahan dibawah Peraturan 21 peraturan yang sama yang boleh dihukum dibawah s 22(1) Akta yang sama (Akta 122).
Fakta
[3] Responden adalah pemilik perniagaan Haji Madens Enterprise yang merupakan pelesen borong minyak masak (lesen bernombor AB 93117 dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit P6).
[4] Pada 22 April 2018 jam lebih kurang 3.46 petang, sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kelantan (selepas ini dipanggil "KPDNHP") telah menjalankan pemeriksaan berhubung dengan rekod jualan dan penerimaan minyak masak ke atas premis Haji Madens Enterprise di Lot 2170, Taman Muafakat, Jalan Hospital, Kota Bharu, Kelantan.
[5] Hasil pemeriksaan tersebut telah mendapati Responden gagal mengemaskinikan rekod jualan bagi tempoh Jun 2016 hingga April 2018. Rekod tersebut seharusnya dilengkapkan dengan butir-butir penjualan minyak masa yang menunjukan tarikh, kuantiti, harga, nama dan alamat pembeli.
[6] Ini merupakan suatu perlanggaran Peraturan 13 (1), Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang merupakan suatu kesalahan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah s 22(1), Akta Kawalan Bekalan 1961 .
Prosiding Di Mahkamah Sesyen
[7] Responden telah mengaku salah kepada pertuduhan pada 13 Julai 2020 iaitu kali pertama di bawa ke mahkamah. Responden tidak diwakili peguam dalam prosiding tersebut.
[8] Selanjutnya L/HMS telah memastikan Responden faham kepada sifat dan akibat pengakuannya, mengaku kepada fakta kes dan eksibit-eksibit, mendengar mitigasi Responden serta permohonan pemberatan hukuman dari Perayu.
[9] Dalam menjatuhkan hukuman, L/HMS telah menimbangkan fakta- fakta berikut:
(i) pengakuan salah telah menjimatkan masa dan kos semua pihak;
(ii) umur dan penyesalan Responden;
(iii) menimbangkan prinsip Mahkamah Rayuan dalam kes Baskaran v. PP , iaitu:
"Generally speaking, a plea of guilty is a strong mitigating circumstances operating in favour of an accused..."
(iv) kesalahan Responden bukanlah menipu di bawah undang-undang jenayah tetapi suatu kes saman kerana gagal menyelenggarakan buku stok minyak masak.
[10] Berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut, L/HMS telah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 dan jika gagal bayar 1 bulan penjara.
Isu
[11] Isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini adalah sama ada hukuman yang dijatuhkan oleh L/HMS memadai selaras dengan kesalahan yang dilakukan.
Kes Perayu
[12] Secara ringkasnya Perayu menghujahkan Parlimen telah beberapa kali meminda peruntukan hukuman di bawah s 22, Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menunjukan kesalahan di bawah akta ini ialah suatu kesalahan serious dan melibatkan kepentingan awam. Asalnya hukuman di bawah seksyen ini adalah denda tidak melebihi RM15,000 atau penjara hingga 2 tahun atau kedua