SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 512

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
YEE KAI YE LWN. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Semakan Kehakiman No: WA-25-230-06/2021]



Important Points

Perintah tahanan yang dikeluarkan tanpa memenuhi keperluan mandatori dianggap tidak sah, khususnya penglibatan sekumpulan besar orang dalam konteks aktiviti jenayah.

Subject

Criminal Law - Preventive Detention

Act Referred

Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985: S.6, S.7, S.3, S.4, S.5, S.10, S.12

Headnote

(A) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 – Seksyen 6 dan 7 – Penggantungan Perintah Tahanan – Mahkamah membenarkan permohonan semakan kerana pengeluaran perintah tahanan tidak mematuhi preskripsi mandatori Akta tersebut dan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. (Paras 2, 4, 6, 8, 35, 36)

(B)

Penglibatan 'substantial body of persons' – Mahkamah memutuskan bahawa perintah tahanan tidak sah kerana alasan dan pengataan fakta tidak menunjukkan penglibatan sekumpulan besar orang dalam aktiviti jenayah. (Paras 17-36)

Facts of the case:

Pemohon menghadapi perintah tahanan dan penggantungan di bawah Akta Dadah Berbahaya, namun hujah pemohon menegaskan ketidakpatuhan prosedur mandatori.

Findings of Court:

Perintah yang dikeluarkan gagal memenuhi kriteria mandatori di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Perlembagaan.

Issues

: Ketidakpatuhan prosedur dalam pengeluaran perintah tahanan dan penglibatan sekumpulan besar orang.

Ratio Decidendi:

Mahkamah menegaskan bahawa proses undang-undang mesti dipatuhi dalam isu kebebasan individu dan keputusan tahanan tidak boleh diambil ringan.

Result:

Permohonan Pemohon dibenarkan.

Petitioner Advocates:Naizatul Zamrina Karizaman,Evelyn Cheong Phing Zhen ,Respondent Advocate: Farah Ezlin Yusop Khan,Anasuha Atiqah Mat Saidi,Nur Syafiqah Mohamad Yusoff

PENGHAKIMAN

Ahmad Kamal Md Shahid H:

Pengenalan

[1] Pemohon telah memfailkan suatu Permohonan Semakan Kehakiman (Lampiran 6) terhadap Responden-Responden untuk mendapatkan perintah-perintah seperti yang berikut:

1.1 Bahawa kebenaran diberikan kepada Pemohon yang dinamakan di atas menurut Aturan 53 Kaedah 3(1) Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 untuk memohon suatu perintah Deklarasi dan/atau certiorari dilangsungkan kepada Responden-Responden;

1.2 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa sekatan Pemohon di Mukim Kuala Tembeling, Daerah Jerantut, Pahang di bawah suatu Penggantungan Perintah Tahanan di bawah s 7(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta tersebut) bertarikh 4 Mei 2021 adalah tidak sah dan terbatal;

1.3 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari Penggantungan Perintah Tahanan di bawah s 7(1) Akta tersebut bertarikh 4 Mei 2021 adalah tidak sah dan terbatal;

1.4 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada s 3 Akta tersebut;

1.5 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada s 4 Akta tersebut;

1.6 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada s 5 Akta tersebut;

1.7 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada s 6 Akta tersebut yang seianjutnya menjadikan Perintah Tahanan bertarikh 2 Februari 2021 defektif, tidak sah dan terbatal;

1.8 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada Perlembagaan Persekutuan;

1.9 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada s 9 Akta tersebut;

1.10 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada s 10 Akta tersebut;

1.11 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada s 12 Akta tersebut;

1.12 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada Kaedah 3 Kaedah- Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 (Kaedah- Kaedah tersebut);

1.13 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada Kaedah 4 Kaedah- Kaedah tersebut;

1.14 Suatu kebenaran untuk Pemohon memulakan prosiding untuk mendapatkan suatu deklarasi dan/atau perintah certiorari bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada Kaedah 5 Kaedah- Kaedah tersebut;

1.15 Kos permohonan ini; dan

1.16 Relief-relief lain atau selanjutnya yang dianggap patut dan sesuai oleh mahkamah yang mulia ini.

[2] Setelah meneliti dan menimbangkan segala Kertas Kausa, Hujahan Lisan dan Hujahan Bertulis kedua-dua pihak, mahkamah ini telah membenarkan Permohonan Semakan Kehakiman Pemohon di Lampiran 6.

[3] Terkilan dengan keputusan mahkamah ini, Responden-Responden teiah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan tersebut.

Latar Belakang Kes

[4] Pemohon telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah s 6(1) Akta tersebut bertarikh 2 Februari 2021 yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (Responden Pertama). Berdasarkan kepada Perintah Tahanan tersebut, Pemohon ditahan bagi tempoh selama dua (2) tahun muiai 2 Febr



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top