SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 118

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. KAMARUL AZMAN ZAINAL ABIDIN & SATU LAGI
[Rayuan Jenayah No: WA-45A-36-09/2020]



Petitioner Advocates:Afiq Nazrin Zaharinan ,Respondent Advocate: Zamri Ibrahim

Failure to establish a prima facie case against both accused leads to their acquittal in drug trafficking charges due to insufficient evidence of possession and common intention.

Headnote:(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 – Seksyen 39B(1)(a) dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan – Pertuduhan terhadap pengedaran cannabis – Bukti prima facie perlu yang menunjukkan milikan dan pengetahuan terhadap dadah – Mahkamah mendapati keterangan tidak mencukupi untuk menyokong pertuduhan. (Paras 26, 30, 31)

(B) Elemen Prima Facie – Mahkamah mengesahkan bahawa sekiranya keterangan Pendakwaan tidak mencukupi untuk membuktikan kes prima facie, tertuduh harus dilepaskan. (Paras 30, 31)

Facts of the case: Kedua-dua tertuduh dituduh mengedar cannabis di dalam rumah kediaman tertuduh kedua – Dadah dijumpai di atas meja di dapur semasa serbuan oleh pihak polis. (Paras 1, 4, 13)

Findings of Court: Mahkamah merumuskan bahawa tiada pembuktian yang mencukupi bagi milikan dan niat bersama terhadap pengedaran dadah antara kedua-dua tertuduh. (Paras 30, 31)

Issues: Kewujudan 'seorang yang masih bebas' dan penilaian tentang prima facie case terhadap kedua-dua tertuduh. (Paras 25, 26)

Ratio Decidendi: Mahkamah berpendapat kes prima facie tidak terbukti kerana tiada keterangan mencukupi terhadap niat bersama dan milikan. (Paras 26, 30)

Result: Kedua-dua Tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan.

PENGHAKIMAN

Roz Mawar Rozain PK:

[1] Pertuduhan yang dihadapkan terhadap Kedua-dua Tertuduh adalah:

"Bahawa kamu bersama-sama seorang lagi masih bebas pada 8 Mac 2020 jam lebih kurang 2.00 pagi bertempat di alamat 24 Jalan 5/12A Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, di dalam daerah Sentul, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mencapai niat bersama telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 504.4 gram. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ."

Kes Pendakwaan

[2] Pada tarikh dan masa yang dinyatakan di dalam Pertuduhan, SP3 bersama sepasukan pegawai polis termasuk SP1 telah memantau pergerakan di tempat kejadian (selepas ini dikenali sebagai rumah tersebut) selama 10 minit. Ini adalah tindakan susulan maklumat aktiviti dadah. Apabila SP3 mengetuk pintu kayu rumah tersebut beberapa kali, tiada sebarang respon. Akan tetapi pasukan serbuan terdengar pergerakan yang agak bising dari dalam rumah tersebut. SP3 bimbang barang kes dilupuskan dan oleh itu bertindak memecahkan pintu bahagian tepi rumah, bahagian dapur.

[3] SP3 memberi keterangan bahawa beliau nampak Kedua-dua Tertuduh cuba melarikan diri melalui tingkap dapur. Setelah ditahan, pemeriksaan tubuh badan mereka tiada dijumpai apa-apa barang salah. Walaubagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh pasukan serbuan menghasilkan penjumpaan satu bungkusan plastik balutan pita pelekat di dalamnya berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja, berada di atas meja kayu di ruangan dapur rumah itu.

[4] Setelah dirampas, barang kes itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisakan dan disahkan bahawa ia adalah dadah jenis Cannabis seberat 504.4 gram. Dadah Cannabis adalah disenaraikan di dalam Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).

[5] Pendakwaan telah berhujah bahawa Kedua-dua Tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan jagaan serta pengetahuan terhadap dadah berbahaya atas keterangan tersebut:

(i) Rumah tersebut dimiliki oleh bapa kepada kedua-dua Tertuduh yang telah meninggal dunia pada 1999, merupakan tempat kediaman Tertuduh Kedua. Penyata Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Tertuduh Kedua dialamatkan kepada rumah itu;

(ii) Semasa serbuan dan tangkapan, Kedua-dua Tertuduh berada di tempat berdekatan dengan dadah yang terletak di atas meja kayu di bahagian dapur rumah itu.

[6] Oleh yang demikian, Pendakwaan berhujah secara logik, memandangkan dadah yang ditemui berada dalam keadaan terdedah dan boleh diakses dengan mudah, Kedua-dua Tertuduh mempunyai power to deal and dispose dadah tersebut tanpa apa-apa halangan.

[7] Pendakwaan juga menekankan percubaan Kedua-dua Tertuduh untuk melarikan diri dan merumuskan reaksi mereka sebagai inferens bahawa mereka sebenarnya tahu akan dadah tersebut.

[8] Berkenaan dengan elemen pengedaran dadah, Pendakwaan telah berhujah untuk menggunapakai anggapan di bawah s 37(d)(vi) ADB.

Hujahan Pembelaan

[9] Pembelaan telah mencabar berat dadah 504.4 gram yang dinyatakan di dalam laporan P12 kerana SP2 telah gagal mengemukakan kepada Mahkamah pengesahan kalibrasi alat timbang yang digunakan semasa dadah dianalisakan.

[10] Berkenaan dengan intipati pemilikan yang memerlukan kedua-dua elemen fizikal dan minda, Pembelaan berhujah bahawa keberadaan dadah di atas meja kayu di dapur tidak semestinya boleh dikaitkan terus kepada Kedua-dua Tertuduh yang dikatakan nampak di tempat yang sama. Tomahan percubaan mereka melarikan diri adalah dicabar kerana SP1 gagal menunjukkan tingkap mana yang dimaksudkan untuk kedua-dua Tertuduh memboloskan diri.

[11] Pembelaan berhujah bahawa Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa tiada orang lain yang mempunyai akses kepada dapur itu melainkan Kedua-dua Tertuduh. SP5 telah memberi keterangan bahawa rumah itu didiami oleh keluarga Tertuduh Kedua (bersama isteri dan anaknya.) Pembelaan mengundang Mahkamah ini memakai inferens di bawah s 114(g) Akta Keterangan 1950 apabila Pendakwaa


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top