2021 MarsdenLR 2601
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
MAZRIZA MOHD ZAIN LWN. WAN AZLINDA IRNEE WAN HUSIN
[Guaman Sivil No: DA-22NCVC-59-11-2016]
Default judgments should not be set aside if the defendant fails to demonstrate a meritorious defense and proper service of process is confirmed.
Headnote:(A) Civil Procedure Rules 2012 – Order 3, Rule 5(1)(2) and Order 42, Rule 13 – Default judgment – The defendant sought to set aside a default judgment entered due to failure to file appearance – The court ruled that the service of writ and statement of claim was duly perfected despite the absence of a registered post number on the receipt – The defendant failed to show a meritorious defense related to the payment of the purchase price – The court emphasized the defendant's responsibility under the Sale and Purchase Agreement to ensure full payment for the property. (Paras 15, 17, 19, 23)
(B) Defense – The court found that the mere failure of the defendant’s solicitor to make payment does not absolve the defendant from liability to pay the purchase price to the plaintiff, who is a bona fide party. (Paras 23, 24)
PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Defendan memfailkan Lampiran 10 ini bagi mendapat kebenaran untuk melanjutkan masa memfailkan notis permohonan ini dan mengenepikan penghakiman ingkar yang dimasukkan terhadapnya pada 15 Jun 2017 di bawah Aturan 3, Kaedah 5(1)(2) dan Aturan 42, Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Fakta
[2] Plaintif dan Defendan memasuki suatu perjanjian jual beli (selepas ini dipanggil "PJB") bertarikh 9 April 2014 di mana Defendan membeli dari Plaintif sebuah apartmen bernombor F4-12, Seroja Apartment, Jalan Putra Perdana 10, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor dengan harga RM120,000 (selepas ini dipanggil "Hartanah Tersebut").
[3] Defendan telah membayar deposit sebanyak RM13,000 kepada Plaintif pada 20 November 2014. Sehingga kini Plaintif mendakwa antara lainnya Defendan masih belum membayar baki harga pembelian sebanyak RM54,767.51.
[4] Plaintif kemudiannya memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan pada 30 November 2016. Disebabkan kegagalan memfailkan kehadiran, Plaintif telah memasukkan penghakiman ingkar terhadap Defendan pada 15 Jun 2017.
Isu
[5] Isu yang perlu diputuskan mahkamah dalam permohonan ini adalah:
(i) sama ada permohonan ini lewat dibuat;
(ii) sama ada penghakiman ingkar tersebut diperolehi secara sempurna atau tidak;
(iii) jika diperolehi secara sempurna, adakah Defendan mempunyai suatu pembelaan bermerit.
Kes Defendan
[6] Defendan menghujahkan penyerahan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadapnya adalah tidak teratur dan tidak sah. Berdasarkan pada affidavit penyampaian Pihak Plaintif yang diikrarkan pada 1 Januari 2017 menyatakan kedua-dua dokumen berkenaan dihantar melalui pos berdaftar ke dua alamat:
(i) No 01-02, Blok 29, Jalan Nibong Tebal 28, Taman Daya, Johor Bharu, Johor;
(ii) F-4-12, Seroja Apartment, Jalan Putra Perdana 10, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
[7] Namun tiada nombor pendaftaran Pos Daftar dinyatakan dalam resit pengeposan dan Defendan menghujahkan keadaan ini menyebabkan penyampaian kertas kausa adalah tidak sempurna.
[8] Sejak berkahwin pada tahun 2015, Defendan telah tinggal di Flat DBKL, Jalan Langkawi 2, Gombak, Kuala Lumpur. Perintah penghakiman ingkar hanya diperolehi pada 20 Oktober 2020 setelah Defendan pergi ke Hartanah Tersebut. Defendan tidak dapat pergi ke Hartanah Tersebut terlebih awal kerana Perintah Kawalan Pergerakan.
[9] Selanjutnya Defendan menghujahkan bahawa terdapat pembelaan bermerit terhadap tuntutan Plaintif. Selepas menandatangani PJB, Defendan telah melantik Tetuan The Chambers of Muhammad Abbas sebagai peguamcara untuk menguruskan urusan tersebut.
[10] Defendan kemudiannya berjaya mendapat pembiayaan dari CIMB Islamic Bank pada 8 Ogos 2014. Tebus gadai dari LPPSA telah dibuat dan Defendan telah menyerahkan hak serta kepentingannya terhadap Hartanah Tersebut pada CIMB Islamic Bank. Wang baki pembelian Hartanah Tersebut sebanyak RM54,767.51 telah dimasukkan ke akaun peguamcaranya. Namun peguamcara berkenaan telah gagal membuat bayaran berkenaan kepada Plaintif.
[11] Bagi isu kelewatan, Defendan menghujahkan kelewatan memfailkan permohonan ini bukanlah disengajakan. Ini adalah kerana Defendan tidak dapat pergi ke kedua-dua alamat berkenaan dengan segera kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Selain dari itu Defendan juga memerlukan masa untuk mengumpulkan dokumen-dokumen bagi membuat permohonan ini. Tambahan pula peguamcaranya telah meninggalkan negara ini.
Kes Plaintif
[12] Writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan secara sempurna terhadap Defendan. Kedua-dua dokumen berkenaan dihantar secara pos berdaftar ke alamat No 01-02, Blok 29, Jalan Nibong Tebal 28, Taman Daya, Johor Bharu, Johor iaitu alamat Defendan seperti dalam PJB. Manakala alamat F-4-12, Seroja Apartment, Jalan Putra Perdana 10, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor adalah alamat Hartanah Tersebut. Dihujahkan ketiadaan nombor pendaftaran dalam resit pengeposan tidak boleh menafikan fakta bahawa kedua-dua dokumen berkenaan diserahkan