SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 2131

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
SAIFUL SYAHMI AHMAD LWN. TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: BA-44-314-12/2022]



Petitioner Advocates:Ibrahim Haikal Razak ,Respondent Advocate: Nur Syahidah Kamil

The court upheld that detention under Act 316 was lawful and there was no procedural non-compliance.

Headnote:Statute Analysis: The application for a writ of habeas corpus is based on Section 6(1) of the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 (Act 316). Facts of the Case: The applicant challenges the legality of her detention for two years under Act 316, arguing procedural non-compliance during her representation hearing.

Findings of Court:
The court finds no merit in the applicant's claims and holds the detention order valid.

Issues: The court addressed whether the applicant was represented during the Advisory Board hearing and whether rights were upheld.

Ratio Decidendi: The court concluded that the representation procedures conducted were lawful and that the applicant chose to proceed without counsel voluntarily.

Result: The application for habeas corpus is denied.

Table of Content
1. application for habeas corpus considering procedural compliance. (Para 1 , 2 , 3)
2. arguments on representation and legal rights during detention. (Para 4 , 5 , 15 , 16)
3. court observations on the evidence and procedural adherence. (Para 10 , 11 , 12 , 18 , 22)
4. ratio decidendi on non-compliance and procedural requirements. (Para 13 , 19 , 21)
Suzana Muhamad Said PK:

[1] Melalui Notis Usul bertarikh 19 Disember 2022 (Kandungan 1), Pemohon telah memohon untuk satu writ habeas corpus dikeluarkan bagi membebaskannya daripada tahanan selama dua (2) tahun di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Simpang Renggam, Johor mulai 11 Ogos 2022 di bawah s 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316). Pemohon menyatakan tahanannya di bawah Akta 316 adalah tidak sah dan terbatal.

[2] Lampiran 1 disokong oleh Afidavit Pemohon yang telah diikrarkan pada 15 Disember 2022 (Afidavit Sokongan), menyatakan alasan-alasan antaranya ialah Pemohon ingin mencabar Perintah Tahanan bertarikh 11 Ogos 2022 (Perintah Tahanan) untuk ketidakpatuhan prosedur oleh Responden-Responden semasa membuat Perintah Tahanan tersebut. Pemohon menafikan beliau pernah dan ada terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran dadah seperti penjualan dadah dan hanya bertindak sendirian secara kecil-kecilan. Pemohon juga menimbulkan berkaitan representasi di hadapan Lembaga Penasihat dijalankan tanpa kehadiran Peguam yang mewakilinya.

[3] Pada peringkat pendengaran permohonan, Peguam Pemohon hanya meneruskan hujahan dengan dua isu sahaja iaitu:

(i) Pemohon tidak diwakili peguam semasa sesi representasi di hadapan Lembaga Penasihat.

(ii) Tiada sebarang penjelasan dibuat oleh Inspektor Polis berkenaan hak Pemohon untuk berunding dengan peguam.

Dapatan Dan Keputusan Mahkamah

Isu Pertama: Pemohon Tidak Diwakili Peguam Semasa Sesi Representasi Di Hadapan Lembaga Penasihat

[4] Peguam Pemohon menghujahkan bahawa Pemohon telah menyatakan hasrat untuk diwakili peguam semasa mengisi Borang 1 yang diserahkan. Selanjutnya Pemohon dalam keterangannya pada perenggan 11 Affidavit Sokongan menyatakan representasi di hadapan Lembaga Penasihat dijalankan tanpa kehadiran Peguam yang mewakilinya.

[5] Pihak Responden-Responden pula menghujahkan berdasarkan Kaedah 4(3) dan 5(2) Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)(Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 (Kaedah-Kaedah) bahawa Pemohon boleh memilih untuk diwakili Peguam atau hadir sendiri di hadapan Lembaga Penasihat semasa pendengaran representasi.

[6] Untuk menjawab isu ini, pihak Responden-Responden telah memfailkan sebanyak 11 Afidavit Jawapan seperti berikut:

(a) Afidavit Jawapan oleh Asisten Superintenden Polis Azizan Bin Aziz bertarikh 3 Februari 2023 (Kandungan 5)

(b) Afidavit Jawapan oleh Inspektor Polis Muhammad Haiqal bin Hassim (Kandungan 6)

(c) Afidavit Jawapan Detektif Sarjan Noresah binti Mazlan (Kandungan 7)

(d) Afidavit Jawapan Deputi Superintenden Polis Idris bin Abdul Rahman (Kandungan 8)

(e) Afidavit Jawapan Asisten Komisioner Polis Sahidi bin Abdullah (Kandungan 9)

(f) Afidavit Jawapan Muhammad Hairuliqram bin Hairuddin (Kandungan 10)

(g) Afidavit Jawapan Dato' Sri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kandungan 11)

(h) Afidavit Jawapan Mahadevan a/l Karuppan (Kandungan 12)

(i) Afidavit Jawapan Shahrill Ramdzan bin Abd. Hamid (Kandungan 13)

(j) Afidavit Jawapan Azrul Hafriz bin Azman (Kandungan 14)

(k) Afidavit Jawapan Detektif Koperal Muhammad Syafiq bin Samiun (Kandungan 15)

[7] Berdasarkan keterangan melalui Afidavit-Afidavit dan Hujahan pihak-pihak, tidak timbul pertikaian mengenai Borang 1 dan hasrat Pemohon untuk diwakili Peguam. Isu yang dibangkitkan Pemohon ialah semasa sesi representasi di hadapan Lembaga Penasihat, Pemohon tidak diwakili Peguam. Manakala pihak Responden-Responden pula menghujahkan sebaliknya bahawa Pemohon sendiri yang tidak mahukan penangguhan untuk mendapatkan Peguam.

[8] Hal ini diperjelaskan melalui keterangan Azrul Hafriz bin Azman (Kandungan 14) yang merupakan S

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top