2023 MarsdenLR 2202
MAHKAMAH TINGGI MALAYA PULAU PINANG
MD SUAIMY WAHAB LWN. ABDUL RAHMAN MOHAMAD & YANG LAIN
[Saman Pemula No: PA-24NCVC-1016-11/2019]
Court upheld that procedural limitations and fraud in estate distribution impact rightful heirs' claims, reaffirming the necessity of proper jurisdiction and steps.
Headnote:Statute Analysis reveals that the court considered declarations under the Small Estates (Distribution) Ordinance 1955 and findings of the court state improper distribution of estate led to fraud. The case concerns complications in estate management following the death of a decedent and denial of rightful heirs. Issues framed involve locus standi and appropriate appeal channels, focusing on original versus appellate jurisdiction. The court's reasoning emphasizes consequences of fraudulent declarations made to exclude rightful heirs and adherence to procedural limitations. Result indicates granting of the application with costs borne by both parties.
| Table of Content |
|---|
| 1. the case revolves around the validity of estate distribution and the necessity for rightful heirs to be included. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. key issues arose concerning errors in procedure for appealing estate decisions. (Para 5 , 9 , 10) |
| 3. the court concludes on the necessity of fraud prevention and proper judicial procedure in estate matters. (Para 6 , 12 , 14) |
[1] Pemohon telah memfailkan permohonan [Lampiran 28] pada 31 November 2019 bagi satu deklarasi bahawa:
(i) Perintah Pusaka Kecil yang dibuat dalam Guaman Pembahagian Nombor. JKPTG/PK/07/01/0199/207 bertarikh 12 Mac 2008. Pembahagian tersebut adalah berkaitan dengan berkenaan dengan 1/3 bahagian harta pusaka Spiah binti Haji Sahad, yang dikenali sebagai GM772, Lot 1586, Mukim 15, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang simati. Permohanan ini dibuat bagi perintah bahawa pembahagian tersebut adalah tidak sah dan terbatal. Antara Deklarasi yang dipohon adalah seperti berikut:
(ii) suatu deklarasi bahawa pindahmilik bagi 1/3 bahagian hartanah tersebut bertarikh 26 Jun 2008 melalui Perserahan No 0701SC208003901 oleh Wahab bin Md Isa kepada Responden- Responden:
(i) adalah tidak sah dan terbatal;
(ii) bahawa 1/2 bahagian hartanah tersebut didaftarkan semula sebagai harta pusaka Spiah binti Haji Sahad, simati;dan
(iii) perintah bahawa bicara pusaka yang baru ditetapkan dan perintah bahawa pentadbir Tanah dan Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mendaftarkan dan memberi kesan ke atas Perintah Mahkamah ini.
[2] Kertas Kausa berkaitan adalah seperti berikut:
(i) Afidavit sokongan oleh Md Su'aimy bin Wahab yang diikrarkan pada 8 November 2019;
(ii) Afidavit Jawapan Responden Ketiga oleh Saadiah binti Osman yang diikrarkan pada 5 Mac 2020;
(iii) Afidavit Balasan Plaintif oleh Md Su'aimy bin Wahab yang diikrarkan pada 12 Mei 2020; dan
(iv) Afidavit Jawapan Tambahan Responden Ketiga oleh Ishak bin Hassan yang diikrarkan pada 6 Julai 2020.
Hujahan Pihak-Pihak
[3] Alasan Pihak Pemohon adalah seperti berikut:
(i) Melalui Deed of conveyance No 88/77 bertarikh 19 Ogos 1937 (Eksibit BW-I") Haji Sahad bin Haji Kechik memegang kesemua bahagian hartanah tersebut bagi tiga (3) orang anaknya iaitu Ce Nah binti Haji Sahad (1/3 bahagian), Spiah binti Haji Sahad (1/3 bahagian) dan Hatiah binti Haji Sahad (1/3 bahagian) semasa hayatnya dan selepas kematiannya kepada anak-anaknya;
(ii) Pada 31 Disember 1952, Spiah binti Haji Sahad yang memegang 1/3 bahagian hartanah tersebut telah meninggal dunia dan meninggalkan tiga (3) orang anak/waris dan / atau benefisiari yang sah iaitu Wahab bin Md Isa, Halijah binti Md Isa dan Sidek bin Md Isa;
(iii) walaubagaimanapun, pada 5 Julai 2007, Wahab bin Md Isa telah memohon Perintah Pembahagian 1/3 bahagian harta pusaka Spiah binti Haji Sahad, simati melalui Borang A, petisyen di bawah s 8 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Eksibit SBW-2") dan membuat pengakuan bahawa simati tidak mempunyai waris lain selain dari dirinya sahaja dan lanjutan daripada itu 1/3 bahagian harta pusaka simati telah diturunmilik kepadanya seorang melalui Borang E bertarikh 12 Mac 2008 (Eksibit "SBW-3") dan tanpa mendedahkan fakta sebenar bahawa simati meninggalkan dua (2) lagi waris iaitu Halijah binti Md Isa dan Sidek bin Md Isa yang juga berhak di sisi undang-undang ke atas harta pusaka simati tersebut; dan
(iv) Pada 26 Jun 2008, Wahab bin Md Isa kemudiannya telah memindahmilik 1/3 bahagian hartanah tersebut kepadanya (9/60 bahagian), kepada Responden Ketiga Saadiah binti Osman (8/60 bahagian), kepada pemohon Md Su'aimy bin Wahab (2/6 bahagian) dan Responden Pertama Rahmah binti Ahmad (1/6 bahagian) yang didakwa oleh Pemohon dipindahmilik secara salah dan tidak sah melalui Memorandum pindahmilik (Eksibit SBW-4) yang didaftarkan melalui perserahan No 0701SC208003901
[4] Alasan bantahan oleh Pihak Responden adalah seperti berikut:
(i) permohonan Pemohon adalah di luar aturan kerana sepatutnya Pemohon menfailkan rayuan terhadap keputusan Pentadbir Tanah