2023 MarsdenLR 1448
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG
RAJISWARY NADARAJAH LWN. GURVINDER SINGH JANGIR SINGH
[Rayuan Sivil: BL-12B-8-07/2022]
The court upheld findings of fraud and conspiracy, confirming that the appellant failed to establish a legal basis to challenge the original judgment.
Headnote:Statut yang relevan dalam kes ini termasuk Akta Kontrak 1950. Dalam fakta kes, Plaintif memasuki perjanjian dengan D2 yang didakwa sebagai pemilik hartanah sebagai cagaran untuk pinjaman. Mahkamah mendapati Elemen penipuan wujud ketika D2 memberikan maklumat palsu. Isu utama adalah sama ada terdapat penipuan dan konspirasi antara pihak-pihak. Mahkamah memutuskan yang res judicata tidak terpakai dan keputusan awal dikekalkan. Dalam keputusan terakhir, rayuan Perayu ditolak dengan kos.
| Table of Content |
|---|
| 1. establishment of ownership and validity of claims regarding the property and loan agreement. (Para 1 , 2 , 3 , 5 , 10 , 12) |
| 2. discussion of allegations of fraud and misrepresentation in the loan agreement. (Para 19 , 21 , 22) |
| 3. application of res judicata principles to the case. (Para 23 , 24 , 27) |
| 4. court's assessment of fraud and conspiracy claims. (Para 28 , 29 , 30) |
| 5. final judgment affirming the lower court’s findings. (Para 36) |
[1] Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 15 Julai 2022 yang telah membenarkan tuntutan Responden.
A. Latar Belakang
[2] Pada 22 Jun 2015 atas permintaan D2, Plaintitf telah memberikan pinjaman persahabatan sebanyak RM 500,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai pinjaman tersebut). Ianya diperakui melalui satu perjanjian pinjaman (selepas ini dirujuk sebagai perjanjian tersebut).
[3] Plaintif mendakwa pada setiap masa material, D2 telah memberikan represenasi bahawa dia adalah pemilik berdaftar tanah yang dipegang dibawah Geran 61333, Lot 88328, Mukim Klang, Daerah Klang beralamat di No 2A Lprong Samarinda 35F, Taman Mesra Fasa 2, 41000 Klang, Selangor ("hartanah tersebut') yang ditawarkan sebagai cagaran kepada pinjaman itu.
[4] D2 telah menandatangani suatu Surat Kuasa Wakil pada 14 Julai 2015 yang memihak kepada Plaintif; yang membenaritu terkan Plaintif untuk mengendalikan hartanah itu termasuk menerima sebarang keuntungan bagi melunaskan perjanjian tersebut. Surat Kuasa Wakil itu telah didaftarkan di MTKL dan MTSA.
[5] Carian dibuat dan mendapati hartanah tersebut dicagarkan kepda UOB dan D2 juga memberikan representasi bahawa hartanah itu bebas daripada bebanan dan cagaran atas hartanah itu adalah dalam proses untuk dilepaskan kerana pinjaman dengan UOB telah diselesaikan.
[6] D2 gagal menjelaskan pinjaman itu dan menyebabkan satu guaman di MTSA iaitu Guaman No: BA-22NCC-76-10/2018 (Guaman 76) dimulakan untuk melikuidasikan hartanah tersebut dan menyelesaikan jumlah yang tertunggak.
[7] Melalui Guaman 76 ini juga, Plaintif mendapat tahu buat pertama kalinya bahawa:
(i) D2 seorang bankrap;
(ii) hartanah tersebut telah dijual atas arahan UOB melalui lelongan awam pada D1 pada 9 Ogos 2011; dan
(iii) dokumen hakmilik keluaran bagi hartanah tersebut adalah bagi pihak D1 pada 19 Jun 2012.
[8] Melalui carian atas hartanah tersebut, ianya tidak pernah menunjukkan bahawa hartanah tersebut telah dijual kepasa D1 kerana D1 tidak pernah mendaftarkan pemilikan hartanah tersebut sejak Jun 2012.
[9] Melalui Guaman 76 juga, UOB memaklumkan penghakiman terus telah dimasukkan terhadap D2 untuk membayar pinjaman beserta faedah dan kos tetapi permohonan Plaintif untuk melikuidasi hartanah telah tidak dibenarkan kerana telah dijual secara lelongan awam kepada D1.
[10] Plaintif seterusnya telah membuat carian di JPN dan mendapat tahu bahawa D1 telah berkahwin dengan D2 sejak 25 Januari 2002 dan carian di Jabatan Insolvensi mendapati D2 telah dilepaskan dari kebangkrapan.
[11] Tuntutan Plaintif atas Defendan-defendan adalah D1 dan D2 telah secara penipuan dan/atau salah nyata frod berkonspirasi menyebabkan Plaintif untuk memasuki perjanjian tersebut dan untuk menerima hartanah tersebut sebagai cagaran melalui Surat Kuasa Wakil.
[12] Plaintif memplidkan penipuan dan representasi frod D1 dan D2 iaitu:
(i) D2 menyatakan dirinya sebagai pemilik berdaftar hartanah tersebut sedangkan dia tahu hartanah tersebut telah dilelong dan dijual kepada isterinya D1.
(ii) D1 gagal dan enggan untuk menyebabkan pertukaran dan pendaftaran hartanah kepada namanya sejak Ogos 2011 dan atau Jun 2012 secara langsung atau tidak langsung.
[13] Secara alternatif, Plaintif memplidkan D1 dan D2 pada setiap masa material telah bertindak bersama-sama secara salah dan ddengan tujuan bersama untuk menyakiti dan/atau menyebabkan kerugia kepada Plaintif secara konspirasi untuk memperolehi keuntungan kewangan dibawah perjanjian.
[14] Plaintif mengatakan bahawa D1 memegang hartanah tersebut sebagai pemegan