2017 MarsdenLR 1363
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. JASNI JAAFAR & SATU LAGI
[Rayuan Jenayah No: 41LB-130-12/2015]
In customs cases, the prosecution bears the burden of proof to substantiate that the goods are prohibited, and failure to do so results in acquittal.
Headnote:Statute Analysis: The judgment references s 135(1)(d) of the Customs Act 1967 which outlines the offence of harboring prohibited goods. Facts: The case stems from a prosecution against the respondents for possession of prohibited cigarettes which the magistrate acquitted due to failure in establishing prima facie. Findings: The Court verified the prosecution's obligation to prove the essential elements beyond reasonable doubt as stated in several precedential cases.
Issues: The Court framed the questions around the definition of the goods as prohibited and whether the respondents had knowledge of the possession.
Ratio Decidendi: Relying on previous judgments, the court emphasized that the burden is always on the prosecution to prove every element beyond reasonable doubt.
Result: The appeal by the prosecution was dismissed, and the acquittal of the respondents was upheld.
| Table of Content |
|---|
| 1. details on the respondents' charges and nature of the goods. (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. arguments presented by the prosecution regarding evidence. (Para 5 , 6) |
| 3. court's observations on the procedural adherence of the prosecution. (Para 7 , 8 , 12 , 16 , 30) |
| 4. ratio decidendi around the burden of proof. (Para 13 , 17) |
| 5. conclusion affirming the acquittal. (Para 31) |
Latar Belakang
[1] Ini merupakan satu rayuan yang difailkan oleh pihak Perayu (Timbalan Pendakwa Raya) terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Puan Majisteret pada 27 November 2015 yang memerintahkan supaya Responden-responden dilepaskan dan dibebaskan diakhir kes Pendakwaan kerana pihak pendakwaaan telah gagal untuk membuktikan satu kes Prima Facie keatas Responden-responden dibawah s 135(1)(d) Akta Kastam 1967 (Akta 235). Pihak Responden-responden telah menghadapi pertuduhan seperti berikut:
Pertuduhan:
"Bahawa kamu, JASNI JAAFAR, NO KP: 710620 - 06-5558 bersama-sama BABUL AKTER ABDUR ROB HOWLANDER, NO PASSPORT: F0880140 pada 13 Oktober 2014 jam lebih kurang 2.50 petang di alamat No 25 - B, tingkat 1, Jalan Silang, 50050 Kuala Lumpur dengan disedari terlibat didalam menyimpan barang-barang larangan iaitu rokok putih John White sebanyak 60 paket x 20 batang, rokok putih John sebanyak 360 x 20 batang, rokok putih Zon King sebanyak 1,690 paket x 20 batang, rokok putih Luffman Virginia Blend sebanyak 30 paket x 20 batang, rokok putih Loffman Hijau sebanyak 500 paket x 20 batang, rokok kretek LA Lights sebanyak 150 paket x 6 batang, rokok kretek Gudang Garam Surya 12'sebanyak 390 paket x 12 batang, rokok kretek Gudang Garam Surya 16's sebanyak 10 paket x 16 batang dan rokok kretek Red Mild sebanyak 60 paket x 16 batang dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,100 batang yang ditaksir bernilai RM 5,320 yang mana barang-barang tersebut merupakan barang-barang yang dilarang pengimportannya dibawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2012 dan demikian kamu telah melakukan kesalahan dibawah s 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dihukum dibawah s 135(iii)(aa) Akta yang sama.
Hukuman
Bagi kesalahan kali pertama, Denda tidak kurang dari sepuluh kali jumlah nilai barang-barang dan tidak lebih dari dua puluh kali nilai barang-barang, atau penjara tidak melebehi tiga tahun atau kedua-duanya
[2] Responden-responden mengaku Tidak Bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan kepada mereka dan meminta untuk dibicarakan.
[3] Seramai sembilan orang saksi telah dipanggil memberikan keterangan bagi membentangkan kes pendakwaan bagi tujuan membuktikan pertuduhan terhadap Responden-responden.
Fakta Kes
[4] Pada 13 Oktober 2014, jam lebih kurang 2.50 petang, sepasukan pegawai kastam yang diketuai oleh Mat Rahim Lasa (SP5) telah melakukan satu serbuan disebuah premis milikan Syarikat Ekonobiz (M) Sdn Bhd (premis tersebut). (SP5) telah memperkenalkan diri kepada seorang lelaki bernama Sikdaz Muhammad Kamal Hossain yang memperkenalkan dirinya sebagai penjaga kedai dan Responden Pertama yang ketika itu berada di kaunter bayaran di premis tersebut. Hasil pemeriksaan di premis tersebut, pasukan kastam telah menjumpai sebahagian daripada barang-barang kes di setor yang terletak di pintu masuk premis tersebut, sebahagian dibawah kaunter bayaran dan bakinya dibelakang premis yang mana ianya bersebelahan dengan pejabat agensi penerbangan. (SP5) telah menyita barang kes dan mengeluarkan satu notis rampasan kepada Sikdaz. Seterusnya pasukan kastam telah menahan dan membawa Sikdaz dan Responden Pertama balik ke pejabat kastam untuk siasatan lanjut.
Penghujahan Perayu
[5] Pihak Perayu telah tidak berpuashati dengan perintah dan keputusan Puan Majistret atas alasan-alasan berikut :
(a) Gagal untuk mengarahkan pemikiran beliau kepada kehendak peruntukan s 119 Akta Kastam 1967 , suatu peruntukan yang meletakkan dan memindahkan beban pembuktian (shifting burden of proof) kepada responden untuk membuktikan bahawa barang kes iaitu rokok telah diimport secara s