2016 MarsdenLR 1211
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
UVARAJA SUBRAMANIAM LWN. KETUA POLIS NEGARA & YANG LAIN
[Permohonan Jenayah No: 44-81-06/2016]
The court's power to review detention orders is constrained to ensuring procedural compliance under the Dangerous Drugs Act.
Headnote:Statute Analysis: The case concerns the issuance of a writ of Habeas Corpus under the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985, focusing on procedural compliance as per s 11(c)(1). Facts: The applicant was detained under the Act, arguing insufficient investigation by the Inquiry Officer. Findings: The court determined that the detention was lawful as procedural requirements were met.
Issues: The court framed the questions around procedural compliance for a writ of Habeas Corpus.
Ratio Decidendi: The reasoning highlighted that the court's intervention is limited to procedural adherence per s 11(c)(1).
Result: The application for the writ of Habeas Corpus is denied.
| Table of Content |
|---|
| 1. petitioner seeks habeas corpus issuance due to alleged unlawful detention. (Para 1 , 2) |
| 2. court examines the extent of its judicial review authority on detention orders. (Para 3 , 4 , 5 , 6) |
| 3. court limits its review to procedural compliance. (Para 7) |
[1] Uvaraja Subramaniam ('Pemohon') memohon untuk satu perintah writ Habeas Corpus dikeluarkan oleh Mahkamah ini bagi Pemohon yang sedang ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor berdasarkan Perintah Timbalan Menteri Dalam Negeri bertarikh 3 Februari 2016 di bawah s 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 ('Akta tersebut').
Alasan Pemohonan
[2] Berdasarkan hujahan peguam Pemohon dan hujahan bertulis pihak Pemohon, dua alasan telah dikemukakan untuk pertimbangan dan keputusan mahkamah iaitu:
(i) (a) Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Satiyaselen Balakrishnan tidak menjalankan siasatan yang lengkap dan gagal menyediakan satu laporan lengkap mengikut kehendak s 3(3) Akta tersebut.
(b) Asas alasan ini adalah berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Inspektor Satiyaselen semasa pendengaran kes di hadapan Lembaga Penasihat yang antara lain menunjukkan beliau hanya mengumpulkan pernyataan saksi-saksi dan meneliti dokumen tanpa menjalankan siasatan lain.
(c) Sehubungan itu dihujahkan laporan siasatan yang tidak lengkap telah disediakan oleh Inspektor Satiyaselen yang diserahkan kemudiannya kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menjadi asas kepada Perintah Tahanan terhadap Pemohon dikeluarkan. Oleh itu juga dihujahkan laporan siasatan tersebut telah mengelirukan Timbalan Menteri berkenaan dalam keputusan mengeluarkan Perintah Tahanan tersebut.
(ii) Isu seterusnya adalah dihujahkan oleh pihak Pemohon bahawa perlantikan Pegawai Siasatan (Inquiry Officer), Dzul Iswari bin Mohd. Jaafar di bawah s 5(1) Akta tersebut telah gagal dibuktikan oleh pihak responden-responden.
Dalam kes ini, dihujahkan tiada keterangan dokumentar yang menunjukkan perlantikan Pegawai Siasatan berkenaan.
Sehubungan itu juga dihujahkan bahawa laporan Pegawai Siasatan yang dibuat dan yang diteliti oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum mengeluarkan Perintah Tahanan di bawah s 6(1) adalah dibuat dengan tidak mematuhi peruntukan s 5(1) Akta tersebut.
Kes Muhammad Jailani Kasim v. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia & Ors, disandarkan oleh peguam Pemohon berhubung isu ini.
Keputusan Mahkamah Ini
[3] Secara amnya, writ Habeas Corpus dikeluarkan bagi sesuatu penahanan yang menyalahi undang-undang (unlawfully detained).
[4] Dalam kes terhadap Pemohon yang ditahan di bawah s 6(1) Akta tersebut, undang-undang telah menetapkan bahawa kuasa mahkamah untuk campur tangan terhadap sesuatu keputusan penahanan oleh Yang diPertuan Agong atau Menteri di bawah Akta berkenaan adalah terbatas kepada isu pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan di bawah Akta tersebut.
[5] Seksyen 11(c)(1) memperuntukkan:
"There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or exercise any jurisdiction in respect of, any act done or decision made by the Yang di-Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision."
[6] Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohammad Jailani Kassim (supra) ada menjelaskan mengenai peruntukan s 11(c)(1) ini seperti berikut:
"However it must be observed that the power of the court to intervene is limited to only matters of compliance with procedural requirements by s 11C(1) of the Act which reas as follows:
'There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or exercise any jurisdiction in respect of, any act done or decision made by the Yang di-Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision.