SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2024 MarsdenLR 2369

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
PENDAKWA RAYA LWN. NHIZAM JALAR
[Permohonan Semakan Jenayah No: JA-43-7-02/2024]



Petitioner Advocates:Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah ,Respondent Advocate: Nur Aqilah Ahmad Rofaie

Fakta kes yang tidak mencukupi untuk sabitan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan membawa kepada pemindahan pertuduhan kepada Seksyen 426.

Headnote:(A) Kanun Keseksaan – Seksyen 427 dan 426 – Tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan pemegang pintu hadapan rumah – Mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 426 kerana fakta kes tidak mendedahkan kesalahan di bawah Seksyen 427 – Denda RM 1,000.00 dikenakan, jika ingkar bayar satu bulan penjara. (Paras 1-22)

(B) Kuasa semakan – Mahkamah berhak meminda pertuduhan berdasarkan fakta kes yang dibentangkan – Prinsip undang-undang dalam kes Liaw Kwai Wah & Anor v. Public Prosecutor diambil kira. (Paras 9, 17, 22)

Facts of the case: Tertuduh dituduh melakukan khianat dengan merosakkan pemegang pintu hadapan rumah pemilik, menyebabkan kerugian RM 29.90. Tertuduh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM 1,000.00. (Paras 1-3)

Findings of Court: Mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana fakta kes tidak menunjukkan kerugian yang mencukupi untuk Seksyen 427. (Paras 17-22)

Issues: Adakah fakta kes mencukupi untuk sabitan di bawah Seksyen 427? (Paras 12, 22)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa fakta kes tidak menunjukkan kerugian yang mencukupi untuk sabitan di bawah Seksyen 427, dan meminda kepada Seksyen 426. (Paras 17-22)

Result: Tertuduh dibebaskan dengan bon RM 2,000.00 dan denda RM 1,000.00 dikembalikan. (Paras 22)

PENGHAKIMAN

Abu Bakar Katar H:

Pengenalan

[1] Nhizam Bin Jalar [Tertuduh] telah dituduh di Mahkamah Majistret [Jenayah 1], Johor Bahru, Johor Darul Takzim [Kes Tangkap No: JA-83-118- 01/2024 atas pertuduhan yang berbunyi seperti berikut:

"Bahawa kamu pada 10 Januari 2021 jam lebih kurang 1.50 pagi bertempat di hadapan rumah No 14, Tingkat 1, Blok 30, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang, Johor di dalam Daerah Pasir Gudang dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah dengan sengaja melakukan khianat iaitu dengan cara merosakkan pemegang pintu hadapan rumah milik Rabia Binti Sattar[KPT: 870708-49-5168] dan dengan jalan demikian telah menyebabkan kerugian RM 29.90. Oleh yang demikain kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah s 427 Kanun Keseksaan ."

[2] Pada 12 Februari 2024 Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan. Selepas mendengar mitigasi peringanan hukuman dan hujahan pemberatan oleh TPR yang terpelajar, Puan Majistret, Mahkamah Majistret [Jenayah 1], Johor Bahru, Johor Darul Takzim [Puan Majistret itu] telah merekodkan bersalah dan disabitkan atas pertuduhan dibawah s 427 Kanun Keseksaan [Kanun itu].

[3] Puan Majistret itu telah menjatuhi hukuman denda RM 1,000.00 jika ingkar bayar satu (1) bulan penjara. Tertuduh telah menjelaskan bayaran denda tersebut.

[4] Mahkamah ini memanggil Rekod Prosiding bagi tujuan semakan dibawah s 323 Kanun Tatacara Jenayah [KTJ].

Latar Pentas Kes

[5] Secara ringkasnya, fakta kes pendakwaan yang diberikan oleh Timbalan Pendakwa Raya [TPR] secara lisan seperti berikut: Pengadu Rabia Binit Sattar telah membuat satu report polis iaitu pada 10 Januari 2024 jam lebih kurang 1.50 pagi semasa Pengadu sedang tidur di rumah di alamat No 14 Tigkat 1 Blok 30, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang, Pengadu telah terdengar ketukan di pintu grill. Pengadu mendengar orang memaki hamun untuk menyuruh Pengadu keluar. Pengadu telah memanggil anak lelakinya yang berada di Tingkat 2, Blok 30, Taman Cendana telah nampak satu (1) lelaki Melayu dari rumhanya di Tingkat 4 telah turun menuju ke rumah pengadu. Anak pengadu telah melihat lelaki tersebut membawa objek tukul besi dan alatan lain menuju ke rumah Pengadu. Kemudian lelaki tersebut telah beredar.

[6] Pengadu telah membuat pemeriksaan dan telah mendapati bahawa tombol pintu dalam keadaan yang rosak. Bertindak atas maklumat tersebut pada hari yang sama jam lebih kurang 2.15 pagi pihak polis telah pergi ke rumah No 63 Tingkat 4, Blok 30, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang. Pihak polis telah meminta penghuni rumah keluar dan Tertuduh telah keluar.

[7] Kemudian pihak polis telah membuat pemeriksaan dalam rumah dan menjumpai satu (1) alat tampal dan satu (1) batang tukul besi. Pihak polis telah menangkap kamu dan telah menjalankan siasatan. Hasil siasatan mendapati Tertuduh dengan sengaja melakukan khianat dengan cara merosakkan pemegang pintu hadapan rumah pemilik penama Rabiah Biniti Sattar. Pihak polis telah mengadakan kawad cam dan anak pengadu mengecam Tertuduh merupakan lelaki yang turun ke rumah pengadu.

Merit Permohonan Semakan Jenayah

[8] Sebelum Mahkamah ini menyentuh merit semakan ini, eloklah diperturunkan peruntukan s 323(1) KTJ yang memperuntukkan seperti berikut:

"s 323(1) A Judge may call for and examine the record of any proceeding before any subordinate Criminal Court for the purpose of satisfying himself as to the correctness, legality or propriety of any finding, sentence or order recorded or passed, and as to the regularity of any proceedings of that subordinate Court."

[9] Mahkamah ini sedar tujuan kuasa semakan ini ada dirungkai dalam kes tersohor Liaw Kwai Wah & Anor v. Public Prosecutor, ; [1987] CLJ (Rep) 163 di mana YAA Abdul Hamid KHN (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut:

"We would observe that the power of revision is to be exercised in accordance with the law for the time being in force relating to criminal procedure. In the present case that law is the Criminal Procedure Code. We would also observe that the object of the revisionary powers provided for


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top