SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2020 MarsdenLR 1897

MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH
DA TONG SHI JE SUPPLIES & SERVICES SDN BHD LWN. MENTERI SUMBER MANUSIA MALAYSIA & SATU LAGI
[Permohonan Semakan Kehakiman No: AA-25-1-01/2019]



Petitioner Advocates:Awtar Singh ,Respondent Advocate: Hezlin Haldi

Keputusan pemohon merujuk representasi pekerja ke Mahkamah Perusahaan didapati cacat atas dasar prosedur dan tidak mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – subseksyen 20(1) dan 20(3) – Permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon terhadap keputusan R1 yang merujuk representasi R2 ke Mahkamah Perusahaan – Keputusan R1 didapati tidak sah, tidak rasional dan cacat atas alasan ketakpatuhan dan ketakwajaran dari segi prosedur – Permohonan dibenarkan dan Certiorari serta Mandamus dikeluarkan. (Paras 13, 29, 39)

PENGHAKIMAN

Mohd Radzi Harun PK:

Latar Belakang

[1] Pemohon merupakan suatu syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat yang menjalankan perniagaan penyimpanan abu mayat (columbarium) di Ipoh, Perak.

[2] Pada tahun 2012 Tan Wee Cheng, Responden Kedua ("R2"), membeli 50,000 unit saham dalam syarikat Pemohon dan R2 dilantik sebagai Pengarah di syarikat Pemohon.

[3] Pemohon menyatakan pada setiap masa R2 adalah Pengarah di syarikat Pemohon dan bukannya seorang Pengarah Bergaji atau pekerja di syarikat Pemohon.

[4] Pemohon juga menyatakan antara keadaan yang menunjukkan R2 adalah Pengarah dan bukannya pekerja di syarikat Pemohon ialah R2 dibayar elaun Pengarah, dibenarkan menggunakan kenderaan syarikat, menjadi penjamin kepada pembelian dua buah kenderaan milik syarikat, R2 menjadi pembeli sebuah kenderaan atas kapasitinya sebagai Pengarah di syarikat Pemohon tetapi kenderaan itu digunakan oleh Pengarah Urusan syarikat Pemohon, diberikuasa menandatangani cek-cek syarikat, tiada kekangan masa untu keluar masuk pada waktu pejabat di syarikat Pemohon, bertindak memberi pendapat secara bertulis dalam kapasitinya selaku Pengarah dalam isu dasar syarikat Pemohon melibatkan kemajuan serta pemeliharaan kepentingan syarikat Pemohon, serta dalam kapasiti sebagai Pengarah beliau telah menulis surat kepada Pengarah Urusan syarikat Pemohon meminta Pengarah Urusan tersebut untuk meletakkan jawatan.

[5] Pemohon seterusnya menyatakan bahawa syarikat Pemohon tidak pernah menamatkan perkhidmatan atau pekerjaan R2 tetapi disebabkan tindak-tanduk R2, satu notis bertarikh 31 Mei 2018 dikeluarkan untuk memanggil suatu mesyuarat ahli-ahli syarikat Pemohon yang mengusulkan untuk mengeluarkan R2 dari Lembaga Pengarah syarikat Pemohon.

[6] R2 telah hadir di mesyuarat tersebut yang diadakan pada 29 Jun 2018, dan menurut catatan mesyuarat tersebut semasa Usul untuk mengeluarkan R2 dari Lembaga Pengarah syarikat Pemohon dibentangkan, R2 tidak membantah Usul itu.

[7] Dalam hal ini, Pemohon memplid bahawa memandangkan R2 tidak termasuk dalam takrifan "pekerja" menurut s 2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ("Akta 177"), maka sebarang perkara mengenai perhubungan antara Pemohon dan R2 hendaklah dikendalikan menurut Akta Syarikat dan bukannya Akta 177.

[8] Pada 16 Ogos 2018, R2 membuat representasi bertulis dan aduan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan ("KPPP"), melalui Pengarah Perhubungan Perusahaan Negeri Perak, menurut subseksyen 20(1) Akta 177 terhadap tindakan pembuangan kerja R2 oleh Pemohon.

[9] KPPP telah menjalankan suatu proses rundingan damai. Setelah proses rundingan damai itu gagal, KPPP telah mengemukakan laporannya bertarikh 30 Oktober 2018 kepada Menteri Sumber Manusia, Responden Pertama ("R1").

[10] Setelah menerima notifikasi dari KPPP, R1 selanjutnya membuat keputusan untuk merujuk representasi R2 tersebut ke Mahkamah Perusahaan menurut subseksyen 20(3) Akta 177.

[11] Pemohon tidak berpuashati terhadap keputusan R1 merujuk representasi R2 tersebut ke Mahkamah Perusahaan dan memohon Mahkamah ini untuk mengeluarkan perintah Certiorari bagi membatalkan keputusan R1 dan mengeluarkan Mandamus untuk menghalang pelaksanaan keputusan R1.

[12] Mahkamah ini telah memberi kebenaran untuk Pemohon meneruskan permohonan ini setelah wakil Peguam Negara tidak membantah semasa permohonan kebenaran Pemohon dibicarakan.

[13] Setelah meneliti semua kertas kausa serta keterangan di hadapan Mahkamah ini serta setelah mendengar hujahan oleh peguam semua pihak, Mahkamah ini membenarkan permohonan Pemohon setelah mendapati keputusan R1 mengemukakan representasi R2 ke Mahkamah Perusahaan "was illegal, irrational and flawed on the ground of procedural impropriety".

[14] R1 dan R2 sekarang memfailkan rayuan ini setelah tidak berpuashati terhadap keputusan Mahkamah ini. Alasan Penghakiman ini adalah terpakai bagi kedua-dua rayuan tersebut.

Dapatan

Kehendak Undang-Undang Bagi Permohonan Semakan Kehakiman

[15] Bagi membolehkan Mahkamah ini mempertimbangkan permohonan Pemohon, perkara p


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top