2020 MarsdenLR 1501
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
COACH BUILDING SOLUTION SDN BHD LWN. MUHAMMAD AMAR ARNA SALAM & SATU LAGI
[Guaman No: WA-22NCVC-239-04/2019]
Directors can be held personally liable for company debts under fraudulent circumstances, particularly if they misrepresent the company’s financial status to avoid liabilities.
Headnote:(A) Companies Act 2016 – Section 540 – Application to strike out the plaintiff's claim against directors on grounds of fraudulent trading – Defendants, as directors, failed to disclose company's debts while applying for company deregistration, leading to allegations of personal liability for debts owed to the plaintiff. (Paras 11, 21, 24)
(B)
The court upheld that summary procedures are only suitable for plain cases, requiring sufficient evidence for claims or defences to be struck out. (Para 21)
(C)
Defendant's assertion of lack of contractual privacy with the plaintiff was rejected as the claim was based on statutory responsibilities of directors. (Para 8)
Facts of the case:
Plaintiff engaged in business with Arena Everway Sdn Bhd, owed RM164,120.00; defendants misled authorities on company status and liabilities while seeking deregistration.
Findings of Court:
Defendants acted fraudulently by failing to disclose debts during deregistration, warranting personal liability.
Issues
: Whether the claims against the directors stood based on the circumstances surrounding the company’s deregistration and debt obligations.
Ratio Decidendi:
The court maintained that directors are responsible for the company's debts in cases of fraudulent trading, especially under the provisions of the Companies Act.
Result:
The application to strike out was rejected.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Kandungan 12 adalah permohonan pihak Defendan Kedua untuk membatalkan Writ Saman dan pernyataan tuntutan Plaintif dibawah A 18 k 19(1)(b), (c) atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM) atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah di bawah A 92 k 4 KKM. Saya telah menolak permohonan tersebut dengan kos sebanyak RM3,000.00.
[2]Pada 19 November 2019, Defendan Kedua telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan saya tersebut. Maka, ini adalah penghakiman penuh saya.
Latar Belakang
[3] Plaintif telah menjalankan perniagaan dengan sebuah syarikat bernama Arena Everway Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai syarikat tersebut) di mana Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah pengarah-pengarah syarikat tersebut. Berdasarkan perniagaan yang dijalankan, syarikat tersebut mempunyai hutang tertunggak kepada Plaintif sebanyak RM164,120.00 setakat 14 Oktober 2016.
[4] Defendan-defendan telah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membubarkan syarikat tersebut pada 2 Mac 2015, namun perniagaan tersebut telah dijalankan oleh Plaintif dengan syarikat tersebut sehingga September 2016 dengan kata lain pihak Plaintif masih berurus niaga dengan syarikat tersebut sehingga September, 2016.
[5] Plaintif memplidkan bahawa Defendan-defendan sebagai pengarah syarikat tersebut adalah bertanggungan ke atas hutang syarikat tersebut disebabkan ianya menjalankan perniagaan secara frod.
[6]Bagi membolehkan SSM membubarkan syarikat tersebut, Defendan- defendan sebagai pengarah-pengarah syarikat tersebut telah membuat pernyataan palsu kepada SSM dengan menyatakan bahawa tiada perniagaan telah dijalankan oleh syarikat tersebut sejak Januari 2014 dan menyatakan bahawa tiada hutang tertunggak oleh syarikat tersebut.
[7]Plaintif mendakwa bahawa Defendan-defendan membubarkan syarikat tersebut dengan niat untuk memfrodkan Plaintif dan mengelak liabiliti. Maka, Plaintif memfailkan tindakan ini terhadap Defendan-defendan untuk menuntut antara lainnya satu deklarasi bahawa defendan-defendan bertanggungjawab secara peribadi untuk membayar hutang syarikat tersebut dan membayar kepada Plaintif hutang tertunggak tersebut.
[8] Defendan Kedua telah memfailkan pembelaannya pada 17 Mei 2019. Antara pembelaan Defendan Kedua adalah bahawa transaksi perniagaan adalah di antara Plaintif dan syarikat tersebut, maka Plaintif tidak mempunyai sebarang kausa tindakan terhadap Defendan Kedua kerana Defendan Kedua tidak mempunyai priviti kontrak dengan Plaintif.
[9] Pada 13 Jun 2019, Defendan Kedua telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan pernyataan tuntutan Plaintif dibawah A 18 k 19(1)(b), (c) atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM) atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah di bawah A 92 k 4 KKM.
[10] Pihak-pihak telah diarahkan untuk menyelesaikan pemfailan afidavit masing-masing dan memfailkan hujahan bertulis masing-masing. Suratcara bagi permohonan di Kandungan 12 tersebut adalah seperti berikut:
a) Notis Permohonan Defendan Kedua difailkan pada 13 Jun 2019 (Kandungan 12)
b) Afidavit Sokongan Defendan Kedua difailkanpada 13 Jun 2019 (Kandungan 13)
c) Afidavit Jawapan Plaintif difailkan pada 27 Jun 2019 (Kandungan 15)
d) Afidavit jawapan Defendan Kedua difailkan pada 12 Julai 2019 (Kandungan 16)
Analisa Dan Keputusan Mahkamah
[11] Dalam kes ini Plaintif telah memulakan tindakan ini terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua dibawah s 540(1) Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan seperti berikut:
"if in the course of the winding up of a company or in any proceedings against a company it appears thah any business of the company has been carried on with intent to defraud the creditors of the company or creditors af any other person or for any fraudulent purpose, the Court on the application of the liquidator or any creditor or contributory of the company, may,if the Court thinks proper so to do, declare that any person who was knowingly a party to the carrying on of the business in that manner shall be personally respo