SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2015 MarsdenLR 1709

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KANGAR
PENDAKWA RAYA LWN. CHANG SIEW FAH
[Criminal Appeal No: 42H-04-04/2015]



Important Points

Court emphasized purposive interpretation of legislative provisions for confiscation of items related to offenses, regardless of ownership.

Subject

Criminal Law - Confiscation of Proceeds

Act Referred

Akta Kawalan Bekalan 1961: S.21, S.22(1), S.26(1), S.26
Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2015
Akta Tafsiran 1948/1967: S.17A

Headnote

(A) Akta Kawalan Bekalan 1961 - Seksyen 21 dan 22 - Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 - Tuntutan kehilangan hak milik atas barang kawalan dan pembacaan peruntukan - Mahkamah Rayuan menilai semula keputusan Mahkamah Sesyen yang mengecualikan barang-barang yang tidak dimiliki oleh responden dan memulangkan eksibit - Keputusan merujuk kepada interpretasi s 26(1)(a) secara pendekatan tujuan (purposive approach) untuk menentukan kaitan barang dengan kesalahan responden. (Paras [1]-[47])

Facts of the case:
Responden dituduh atas kawalan barang berjadual minyak diesel melebihi kuantiti permit dan menyimpan minyak petrol tanpa lesen. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda dan memulangkan sebahagian eksibit. Pendakwaan merayu keputusan ini, dan Mahkamah tertinggi menganggap barang tersebut harus dilucuthak dan diserahkan kepada Pegawai Pengawal.

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan barang berkenaan berkaitan dengan kesalahan yang dilakukan oleh responden walaupun tidak dimiliki oleh responden.

Issues: Soalan utama adalah sejauh mana barang yang bukan milik tertuduh boleh dilucuthak di bawah s 26(1) Akta.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa s 26(1)(a) Akta harus ditafsirkan secara purposive untuk mencapai tujuan asal perundangan. Tindakan menjual barang kawalan oleh responden mempengaruhi keputusan ini.

Result: Rayuan dibenarkan.
Table of Content
1. convictions and sentencing of the respondent. (Para 2 , 3 , 4 , 5)
2. procedural developments in the appeal process. (Para 6 , 7 , 8)
3. arguments arising from section 26 of the act. (Para 9 , 10 , 11 , 12)
4. judicial interpretation of legislative provisions. (Para 14 , 20 , 37 , 38)
5. defense arguments regarding ownership of property. (Para 25 , 26 , 44)
6. court's conclusion regarding confiscation orders. (Para 45 , 46)

[1] Ini merupakan rayuan oleh responden ke Mahkamah Rayuan, Malaysia terhadap keputusan Mahkamah ini yang memerintahkan kesemua eksibit P16 hingga P26 dilucuthak dan diserahkan kepada Pegawai Pengawal untuk pelupusan.

Latar Belakang Kes

[2] Responden telah dituduh di Mahkamah Sesyen, Kangar, Perlis atas kesalahan dalam kawalan barang berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 43,721 liter yang melebihi daripada kuantiti yang dinyatakan di dalam Permit Barang Kawalan Berjadual No Siri R 000740 iaitu 30,000 liter dengan tujuan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan ianya bercanggah dengan peruntukan s 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta itu]. Pertuduhan yang dirangka oleh pendakwaan terhadap responden berbunyi seperti berikut:

PERTUDUHAN PERTAMA:

"Bahawa kamu pada 26 Februari 2014 jam lebih kurang 12.00 tengahari di alamat 85I, Kampung Melayu, Padang Besar Utara, 02100 Padang Besar, di dalam Daerah Kangar, di dalam Negeri Perlis telah ada dalam kawalan kamu barang kawalan yang juga barang berjadual iaitu minyak diesel sebanyak 43,721 liter yang melebihi daripada kuantiti yang dinyatakan di dalam Permit Barang Kawalan Berjadual No Siri R 000740 iaitu 30,000 liter dengan tujuan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah s 22(1) Akta yang sama. [ms (23) - (24) Rekod Rayuan [RR]

PERTUDUHAN KEDUA:

"Bahawa kamu pada 26 February 2014 jam lebih kurang 12.00 tengahari di alamat 85I, Kampung Melayu, Padang Besar Utara, 02100 Padang Besar, di dalam Daerah Kangar, di dalam Negeri Perlis telah didapati menyimpan barang barang kawalan yang merupakan barang berjadual iaitu minyak petrol sebanyak 3,480 liter di premis yang tidak dilesenkan oleh Pengawal bagi tujuan melakukan kesalahan di bawah s 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah s 22(1) Akta yang sama.

[3] Responden pada mulanya tidak mengaku bersalah atas keduadua pertuduhan. Perbicaraan telah bermula di hadapan Hakim, Mahkamah Sesyen, Kangar, Perlis [HMS itu] pada 15 Disember 2014 dan pendakwaan telah memanggil 7 orang saksi untuk memberi keterangan. Pada 19 Mac 2015 responden telah mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan di hadapan HMS itu [Sila lihat nota keterangan di ms (110) - (116) RR].

[4] HMS itu merekodkan responden bersalah dan disabitkan atas pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua di bawah s 22(1) Akta itu. Bagi pertuduhan pertama, HMS itu telah menjatuhkan hukuman denda RM60,000.00 jika ingkar 6 bulan penjara dan pertuduhan kedua pula hukuman denda RM50,000.00 jika ingkar 5 bulan penjara.

[5] HMS itu selanjutnya memerintahkan sebahagian hasil jualan diesel bernilai RM32,855.90 dilucuthak kepada Pegawai Pengawal mengikut peruntukan s 26 Akta itu. HMS itu telah memerintahkan eks P16 hingga P26 dikembalikan kepada responden.

[6] Pendakwaan yang terkilan dengan hukuman dan perintah HMS itu yang memulangkan eksibit-eksibit berkaitan telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi, Malaya, Kangar [ms (1) - (3) RR].

[7] Pada 20 November 2015, Mahkamah ini telah menolak rayuan perayu atas hukuman dan mengekalkan hukuman HMS itu atas pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Mahkamah ini membenarkan rayuan oleh perayu atas perintah pemulangan eksibit-eksibit yang berkaitan. Perintah HMS itu diakaskan dan diperintahkan kesemua eksibit [P1

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top