SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2022 MarsdenLR 80

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
MOHD SHUKRI ROSLAN LWN. DATO SRI HJ MUSTAFAR HJ ALI & YANG LAIN
[Permohonan Bagi Semakan Kehakiman No: DA-25-2-04/2021]



Petitioner Advocates:Shaharuddin Mohamed,Nur Syafika Mustaffa ,Respondent Advocate: Ahmad Faiz Fitri Mohamad

Proper procedures under disciplinary regulations must be adhered to, as failures impact the fairness of judicial review processes.

Headnote:(A) A 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 – Semakan Kehakiman – Pemohon memohon membatalkan hukuman buang kerja dan merayu untuk kembali bertugas setelah tidak dituduh mahupun diadili dalam kes tatatertib – Mahkamah memutuskan terdapat kegagalan prosedur yang signifikan oleh pihak Responden dalam menyampaikan keputusan dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Paras 13, 17, 29, 62)

(B)

Prinsip Undang-Undang Berkaitan Semakan Kehakiman – Mahkamah mengariskan bahawa semakan kehakiman tidak bertujuan untuk menilai keputusan tetapi menilai sama ada proses pembuatan keputusan diikuti dengan betul. (Paras 16, 35)

(C)

Kelewatan dalam memaklumkan keputusan kepada Pemohon dan pengabaian prosedur yang ditetapkan didapati memberi kesan kepada keadilan dan integriti proses disiplin. (Paras 28, 34, 62)

PENGHAKIMAN

Mohamad Abazafree Mohd Abbas PK:

Pendahuluan

[1] Ini adalah merupakan satu permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Pemohon di bawah A 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) bagi memohon satu relif untuk membatalkan hukuman buang kerja yang dibuat oleh Responden serta satu perintah mandamus untuk Pemohon dikembalikan semula kepada pekerjaannya serta relif-relif lain yang berkait.

[2] Kertas-kertas kausa yang berkaitan adalah sepertimana berikut:

a) Permohonan Bagi Semakan Kehakiman bertarikh 15 Julai 2021 di Kandungan 6;

b) Notis Pendengaran Permohonan Bagi Semakan Kehakiman bertarikh 15 Julai 2021 di Kandungan 5;

c) Pernyataan Menurut A 53 k 4(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 15 Julai 2021 di Kandungan 7;

d) Notis Niat Untuk Menggunakan Afidavit bertarikh 15 Julai 2021 di Kandungan 8;

e) Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Mohd Shukri Bin Roslan pada 8 April 2021 di Kandungan 3;

f) Afidavit Jawapan Responden-Responden (I) yang diikrarkan oleh Dato' Sri Hj Mustafar Bin Haji Ali pada 14 September 2021 di Kandungan 10;

g) Afidavit Jawapan Responden-Responden (II) yang diikrarkan oleh Tan Sri Arpah Binti Abdul Razak pada 14 September 2021 di Kandungan 11; dan

h) Afidavit Balasan (I) Pemohon yang diikrarkan oleh Mohd Shukri Bin Roslan pada 27 September 2021 di Kandungan 12.

Latar Belakang Serta Fakta Kes

[3] Pemohon adalah merupakan bekas Pegawai Imigresen berjawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 yang telah berkhidmat selama 8 tahun. Pada pertengahan tahun 2016, Pemohon telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 berdasarkan satu operasi besar-besaran yang dijalankan ke atas pegawai-pegawai Jabatan Imigresen kerana disyaki terlibat di dalam sindiket menyeludup warga asing di KLIA.

[4] Pemohon kemudiannya telah ditahan dan disiasat selama 59 hari, namun tiada sebarang pertuduhan telah dikenakan ke atas Pemohon. Sebaliknya pada 25 Ogos 2016, Pemohon telah diperintahkan menjalani Perintah Tahanan di bawah s 19A(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (APJ 1959) selama 2 tahun bermula pada 25 Ogos 2016 sehingga 25 Ogos 2018 di mana Pemohon telah ditahan di Pusat Pemulihan Khas Bentong, Pahang.

[5] Berikutan Perintah Tahanan ini, Responden pertama telah membuat pengaduan kepada Responden Kedua bagi maksud tindakan tatatertib dilaksanakan keatas Pemohon. Selanjutnya pada 24 Januari 2017, melalui Mesyuarat Bil 1/2017, Responden Kedua telah menimbang pengaduan tersebut dan memutuskan Pemohon bersalah setelah Lembaga Pencegahan Jenayah membuat keputusan untuk meletakkan Pemohon di bawah Perintah Tahanan tersebut selama 2 tahun. Selaras dengan Peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 ("PPPA"), pemohon telah dikenakan hukuman buang kerja berkuatkuasa pada 24 Januari 2017.

[6] Pada 8 Jun 2017, semasa berada di dalam tahanan, Pemohon telah menerima surat pemakluman daripada Responden Pertama melalui pihak Pegawai Yang Menjaga PPK Bentong keputusan tersebut. Di dalam surat pemakluman tersebut, Pemohon telah diberi peluang untuk membuat rayuan melalui Ketua Jabatannya kepada Responden Ketiga di dalam masa 14 hari sepertimana yang diperuntukkan dibawah Peraturan 14 dan 14 PPPA.

[7] Berlanjutan itu, Pemohon pada 15 Mei 2017 melalui surat PPK Bentong bertarikh 16 Jun 2017, telah mengemukakan rayuan kepada Responden Ketiga yang antara lain memohon agar tidak dikenakan hukuman buang kerja.

[8] Perintah Tahanan ke atas Pemohon sementara tu pada 12 September 2017 telah digantung oleh LPJ di bawah s 19C(1) APJ 1959 sehingga 24 Ogos 2018 dimana Pemohon telah dikenakan sekatan di dalam Kawasan Pekan Senawang, Daerah Seremban, Negeri Sembilan bermula pada 12 September 2017 sehingga 24 Ogos 2018.

[9] Responden Ketiga telah menerima rayuan Pemohon bertarikh 15 Mei 2017 daripada Ketua Jabatan Pemohon iaitu Jabatan Imigresen Malaysia pada 26 Disember 2017. Rayuan tersebut kemudiannya telah didengar oleh Responden Ketiga yang bersidang pada 15 Januari 2018. Keputusan rayuan tersebu


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top