2013 MarsdenLR 1807
MAHKAMAH TINGGI MALAYA MUAR
MUHAMMAD HANAFI ABDULLAH LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: 42H-03-08/2013 & 42H-04-08/2013]
The court upheld severe penalties for armed robbery and related offenses to ensure public safety, emphasizing the necessity of strict enforcement against violence in public spaces.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 395, 397, dan 355 - Kesalahan merompak berkumpulan menggunakan senjata berbentuk topi kaledar dan melakukan kekerasan terhadap mangsa, dibuktikan secara prima facie oleh pendakwaan - Mahkamah mengekalkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua kali sebatan rotan bagi kesalahan di bawah Seksyen 395/397, serta hukuman penjara tujuh tahun dan dua belas bulan bagi kesalahan di bawah Seksyen 395 dan 355 - Pertuduhan melibatkan keganasan dan mencabul kehormatan mangsa di tempat awam dengan kesan yang mendalam kepada mangsa. (Paras 1-26)
(B) Prinsip hukuman - Mahkamah menegaskan bahawa dalam rayuan terhadap hukuman, intervensi mahkamah rayuan hanya dibenarkan jika terdapat kesalahan prinsip dalam hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah perbicaraan - Timbangan kepentingan awam harus diutamakan dalam menetapkan hukuman untuk mengelakkan kesalahan seumpama itu berulang. (Paras 9-12)
| Table of Content |
|---|
| 1. charges and initial rulings are specified. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5) |
| 2. appeal against sentencing is indicated. (Para 6 , 7) |
| 3. legal principles governing appeal processes discussed. (Para 8 , 9) |
[1] Dalam kes no: 62-70-11-2012, Perayu telah dikenakan pertuduhan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan . Perayu juga ada dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-71-11-2012 yang digabungkan dan dibicarakan bersama pertuduhan di bawah Seksyen 355 Kanun Keseksaan berkait kes no: BA83-1489-11-2012. Kes no: 62-70-11-2012 dan kes no: 62-71-11-2012 yang bergabung bersama dengan kes no: BA83-1489-11-2012 tidak dibicara bersekali.
[2] Diakhir kes pendakwaan Tuan Hakim, Mahkamah Sesyen di Batu Pahat, Johor telah memutuskan pihak Responden telah berjaya membuktikan kes "prima facie" dan memerintahkan Perayu membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
[3] Perayu yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-70-11-2012 memilih membela diri dan memberi keterangan bersumpah. Walau bagaimanapun, Perayu yang juga menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-71-11-2012 digabung dan dibicara bersama pertuduhan di bawah seksyen 355 Kanun Keseksaan berkait kes no: BA83-1489-11-2012 memilih hanya berdiam diri.
[4] Pada 5 Ogos 2013, Tuan Hakim, Mahkamah Sesyen di Batu Pahat, Johor telah memutuskan Perayu didapati bersalah dan mensabitkannya dengan pertuduhan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-70-11-2012 dan juga pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-71-11-2012 yang digabung dan dibicara bersama pertuduhan di bawah seksyen 355 Kanun Keseksaan berkait kes no: BA83-1489-11-2012.
[5] Berikutnya pada tarikh yang sama Tuan Hakim, Mahkamah Sesyen di Batu Pahat, Johor telah mengenakan hukuman ke atas Perayu kerana melakukan kesalahan berkait ketiga-tiga pertuduhan tersebut seperti di bawah ini:
(i) Pertuduhan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-70-11-2012, Perayu dikenakan hukuman penjara tujuh (7) tahun dari tarikh tangkap iaitu 15 November 2012 dan dua (2) kali sebatan rotan.
(ii) Pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan berkait kes no: 92-71-11-2012 Perayu dikenakan hukuman penjara tujuh (7) tahun.
(iii) Pertuduhan di bawah Seksyen 355 Kanun Keseksaan berkait kes no: BA83-1489-11-2012 Perayu dikenakan hukuman penjara dua belas (12) bulan.
(iv) Bagi hukuman kerana kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-71-11-2012 dan hukuman kerana kesalahan di bawah Seksyen 355 Kanun Keseksaan berkait kes no: BA83-1489-11-2012, Tuan Hakim, Mahkamah Sesyen, di Batu Pahat, Johor memerintahkan kedua-duanya berjalan serentak tapi hendaklah bermula selepas selesai menjalani terlebih dahulu hukuman kerana kesalahan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan berkait kes no: 62-70-11-2012.
[6] Perayu merayu terhadap hukuman sahaja bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Pertuduhan
[7] Ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas Perayu adalah seperti berikut:
Pertuduhan Berkait Kes No: 62-70-11-2012
"Bahawa kamu bersama-sama dengan satu rakan jenayah yang masih bebas, pada 22 Ogos 2012 jam lebih kurang 12.30 tengah malam bertempat di Taman Banang Jaya, dalam daerah Batu Pahat, di dalam negeri Johor dengan niat bersama-sama telah melakukan rompak berkumpulan menggunakan senjata topi kaledar terhadap penama Jamil Rayhan passport F0894864 dengan mengambil wang tunai RM1,000, wang Singapura $50, sebuah telefon bimbit CSL model 200, dan sebuah telefon bimbit jenis Nokia C7. Oleh yang demikian, kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan ."
Pertuduhan Berkait Kes No: 62-71-11-2012
"Bahawa kamu bersama-sama dua (2) orang yang masih bebas pada 25 September 2012 jam lebih kurang 0130 hours, bertempat di pondok di Tasek Y, Batu Pahat, dalam d