SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2012 MarsdenLR 762

MAHKAMAH TINGGI MALAYA MUAR
ANDIKA ANUAR LWN. PENDAKWA RAYA
[Rayuan Jenayah No: 42S-11-5/2012]



Hukuman berat dapat dikenakan untuk rompakan berkumpulan yang berbahaya, sebagai langkah pencegahan dan memastikan keadilan bagi mangsa dan masyarakat.

Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 395 dan 397 - Rompakan berkumpulan - Tertuduh telah didapati bersalah merompak dengan menggunakan senjata dan dijatuhi hukuman penjara sepuluh tahun serta sepuluh kali sebatan - Rayuan tertuduh atas alasan hukuman terlalu tinggi ditolak oleh Mahkamah Rayuan - Mahkamah menegaskan bahawa hukuman berat adalah perlu demi kepentingan awam dan pencegahan jenayah. (Paras 2, 10, 13, 15, 21)

Facts of the case:
Tertuduh dan rakan-rakan telah merompak rumah seorang mangsa dengan bersenjatakan parang, mengikat ahli keluarganya, dan melarikan barang-barang berharga serta wang tunai RM2000.00. Penangkapan tertuduh berlaku ketika operasi oleh pihak polis selepas laporan dibuat. (Paras 1, 4, 6)

Findings of Court:
Mahkamah berpuas hati dengan hukuman penjara sepuluh tahun dan sepuluh kali sebatan yang ditetapkan adalah sesuai berasaskan prinsip keadilan dan pencegahan jenayah. (Paras 15, 21)

Issues: Sama ada hukuman yang dijatuhkan adalah adil dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. (Paras 10, 11)

Ratio Decidendi: Mahkamah menegaskan bahawa pertimbangan utama dalam menjatuhkan hukuman adalah kepentingan awam, dan dalam kes rompakan yang melibatkan senjata, hukuman berat adalah perlu untuk menghalang jenayah serupa daripada berlaku. (Paras 15, 19)

Result: Rayuan ditolak.

Table of Content
1. factual background of the robbery case. (Para 4 , 5 , 6 , 7)
Latar Belakang Fakta Pertuduhan

[4] Latar belakang kes ini boleh diperoleh daripada fakta kes serta eksibit-eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Ringkasnya, pada jam lebih kurang 2.30 pagi, 20 Februari 2012, Encik Sawal Bin Sardian, mangsa, dan enam orang ahli keluarganya (termasuk ibunya) sedang tidur di rumah mereka di Pos 13, Batu 7, Simpang Rengam, Kluang, Johor. Pada ketika itu Perayu dan kumpulannya (termasuk Johan Mohamad), warga Indonesia, telah memasuki rumah pengadu dengan mengumpil pintu dapur rumah berkenaan. Mereka bersenjatakan sebilah parang. Mereka kemudiannya mengacukan parang itu ke arah mangsa sebelum mengumpul dan mengikat ahli keluarga mangsa di dalam bilik tidur mangsa. Demi keselamatan, mangsa tidak boleh berbuat apa-apa malahan telah disuruh, termasuk semua ahli keluarganya, untuk menundukkan kepala.

[5] Perayu dan kumpulannya terus menyelongkar rumah mangsa dan mengambil beberapa barangan berharga seperti geran tanah, kad pengenalan diri, wang tunai RM2000.00, beberapa barang kemas, komputer riba, kad kredit Citibank, Bank Islam, Al-Rahji dan Am Bank, dan empat buah telefon bimbit. Mereka kemudiannya telah melarikan diri dengan menggunakan kereta mangsa jenis Naza Citra, JLG 4694 (yang dijumpai kemudiannya di tepi sebuah lebuh raya). Pihak polis telah dimaklumkan tentang kejadian ini pada jam 3.25 pagi dan maklumat tersebut telah dijadikan Laporan Polis Rengam 651/2012.

[6] Bertindak atas hasil siasatan dan maklumat yang diperoleh, pada 5 Mac 2012 perayu telah ditangkap semula di Ibu pejabat Polis Daerah Batu Pahat. Pada ketika itu perayu telahpun ditangkap dan sedang ditahan ekoran daripada satu operasi (Ops Rantau) bersama pihak polis dengan anggota Rela hasil maklumat bersabit Laporan Sri Medan 227/12 (Laporan Yong Peng 946-947/12). Hasil siasatan selanjutnya menjumpai beberapa barangan curi berada dalam milikan perayu dan disahkan barangan tersebut sama dengan barangan yang telah dilaporkan dirompak dalam laporan Rengam 651/2012. Perayu mengaku telah melakukan rompakan bersabit laporan Rengam 651/2012 tersebut.

[7] Perayu telah mengaku fakta di atas sebagai benar.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top