SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2014 MarsdenLR 1306

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
YONG LAI LING LWN. NG SEOW POE DAN YANG LAIN (LAMP 12 DAN 14)
[Guaman No: 22NCVC-244-05-2014]



The plaintiff lacks locus standi to sue alone when the ownership is shared, and the statement of claim is deemed prolix, failing to meet legal requirements.

Headnote:(A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 - A 18 k 7(1), 18 k 19(a), (b), (c), (d) - Defendan memohon untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif - Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan secara sendirian kerana pemilikan harta adalah bersama - Pernyataan Tuntutan Plaintif diangggap prolix dan tidak mematuhi keperluan mengandungi fakta material yang diperlukan. (Paras 20, 68, 70)

(B) Mahkamah memutuskan tindakan Plaintiff dibatalkan bagi tidak mematuhi prosedur undang-undang dan dianggap sebagai penyalahgunaan proses mahkamah. (Paras 68, 70)

Facts of the case:
Tindakan ini melibatkan pemohonan Defendan Pertama dan Kedua untuk membatalkan tindakan Plaintif, purporting untuk menuntut terhadap pencerobohan atas harta yang dikongsi dengan pemilik lain, Dr. Pang Chu Yen, yang tidak dinamakan dalam tindakan tersebut.

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif tidak boleh diteruskan kerana lack of locus standi dan juga kerana Pernyataan Tuntutan yang didakwa terlalu panjang dan tidak mematuhi kehendak peraturan.

Issues: Isu utama adalah sama ada Plaintif mempunyai locus standi untuk bertindak dan sama ada Pernyataan Tuntutannya memenuhi kehendak perundangan.

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif tidak boleh mengemukakan tindakan sebagai satu-satunya pemilik apabila terdapat pemilik lain yang tidak disertakan. Juga, dokumen tuntutan yang terlalu panjang dan berbelit-belit adalah menyalahgunakan proses mahkamah.

Result: Permohonan Defendan dibenarkan, dan tindakan Plaintif dibatalkan dengan kos.

Table of Content
1. defendant's motions to dismiss (Para 1 , 2 , 4)
2. plaintiff's rebuttal to defendant's affidavit use (Para 3 , 5 , 6 , 7 , 8)
3. court's interpretation of procedural rules (Para 10 , 11 , 12 , 13 , 15 , 18 , 22)
4. plaintiff's lack of standing due to joint ownership (Para 26 , 29 , 30 , 31 , 36 , 39)
5. prolixity and non-compliance in plaint (Para 45 , 46 , 56 , 67)
6. court's dismissal of unsustainable claims (Para 64 , 66 , 69)
7. final decision to dismiss and costs awarded (Para 70)
Kamaludin Md Said PK:

Lampiran 13 Dan 14

[1] Kandungan 13 merupakan permohonan Defendan Pertama dan Kedua untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif bertarikh 9 Mei 2014 di bawah A 18 k 19 (a) dan/atau (b) dan/atau (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 .

[2] Kandungan 14 merupakan permohonan Defendan Pertama dan Kedua untuk membatalkan Perintah Ex-parte Injunksi yang telah diperolehi oleh Plaintif pada 9 Mei 2014.

[3] Alasan-alasan permohonan adalah seperti dinyatakan dalam Afidavit Ng Seow Poe, Defendan Pertama yang di ikrarkan pada 20 Mei 2014 (Lampiran 17) seperti berikut:

i)Plaintif seorang sahaja tidak mempunyai hak untuk mengambil tindakan (no locus standi);

ii) Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah "prolix" dan memplidkan keterangan dan bukan fakta material yang secara ketara melanggar peruntukan undang-undang yang asas sebagaimana diperuntukkan di bawah A 18 k 7(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ; dan

iii) Ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan; atau adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.

[4] Dokumen-Dokumen yang difailkan di Mahkamah adalah seperti berikut :

i) Writ bertarikh 9 Mei 2014 (Lampiran 1);

ii) Pernyataan Tuntutan bertarikh 9 Mei 2014 (Lampiran 2);

iii) Writ Terpinda dan Pernyataan Terpinda bertarikh 5 Jun 2014 (Lampiran 22 dan Lampiran 29 masing-masing);

iv) Notis Permohonan Defendan Pertama dan Kedua bertarikh 20 Mei 2014 (Lampiran 13);

v) Afidavit Ng Seow Poe, Defendan Pertama yang diikrarkan pada 20 Mei 2014 (Lampiran 17);

vi) Afidavit Jawapan oleh Plaintif, Yong Lai Ling yang diikrarkan 5 Jun 2014 (Lampiran 21);

vii) Afidavit Jawapan Ng Seow Poe yang diikrarkan pada 19 Jun 2014 (Lampiran 28);

viii) Afidavit Plaintif yang diikrarkan oleh Yong Lai Ling pada 26 Jun 2014 (Lampiran 30); dan

ix) Afidavit Defendan Pertama yang diikrarkan pada 3 Julai 2014 (Lampiran 31).

Bantahan Plaintif

[5] Plaintif membantah tindakan Defendan yang hanya mengikrarkan dan memfailkan satu afidavit pada 20 Mei 2014 (Lampiran 13) untuk menyokong 3 permohonan, khususnya:

(a) untuk membantah permohonan ex-parte Plaintif untuk suatu perintah injunksi;

(b) untuk mengetepikan permohonan ex-parte Plaintif untuk perintah injunksi;

(c) untuk membatalkan Pernyataan Tuntutan Plaintif.

[6] Plaintif mendakwa bahawa affidavit tersebut iaitu lampiran 17 hanya boleh digunakan untuk menyokong satu permohonan sahaja dan dengan itu lampiran 17 tidak boleh digunakan untuk menyokong permohonan untuk membatalkan Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dalam lampiran 13.

[7] Adalah hujahan Plaintif bahawa kegunaan satu (1) afidavit untuk menyokong 3 permohonan adalah salah dalam segi prosidur dan undang-undang dan tidak harus dibenarkan.

[8] Plaintif berhujah bahawa afidavit Ng (Lampiran 17) yang diikrarkan pada 20 Mei 2014 jelas mengatakan bahawa afidavit tersebut (Lampiran 17) adalah untuk menjawab kepada permohonan ex-parte Plaintif untuk perintah injunksi dan di mana perkara mengenai permohonan ex-parte injunksi Plaintif telah didengar dan diselesaikan pada 29 Jun 2014.

[9]Aturan 32 kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah jelas mengatakan bahawa:

(1) "Mana-mana pihak:-

(a) yang memfailkan afidavit yang diniatkan digunakan olehnya dalam mana-mana prosiding dalam Kamar; atau

(b) yang berniat untuk menggunakan dalam mana-mana prosiding yang sedemikian mana-mana afidavit yang difailkan olehnya dalam prosiding yang terdahulu;

Hendaklah menyampaikan afidavit kepada tiap-tiap pihak lain atau memberikan not

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top