2019 MarsdenLR 3797
MAHKAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
ZAMRI MOHAMAD LWN. KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH KOTA SETAR & YANG LAIN
[Saman Pemula No: KA-24NCvC-383-04/2018]
The court held it lacked jurisdiction to extend the appeal period as prescribed by statute, emphasizing strict adherence to timelines.
Headnote:Statut yang berkenaan adalah s 418 Kanun Tanah Negara 1965, yang memerlukan sebarang rayuan dilakukan dalam tempoh tiga bulan. Perkara ini melibatkan permohonan plaintif untuk lanjutan masa bagi merayu terhadap keputusan Ketua Penolong Pegawai Daerah. Mahkamah menolak permohonan tersebut berdasarkan tiadanya kuasa untuk melanjutkan tempoh yang telah ditetapkan. Isu utama berpaut kepada soal kuasa Mahkamah dan ketetapan sekatan masa; Mahkamah memutuskan bahawa s 418 tidak memberikan kuasa untuk memanjangkan tempoh tersebut. Keputusan akhir yang diambil adalah menolak permohonan plaintif.
| Table of Content |
|---|
| 1. overview of plaintiff's application and procedural context. (Para 1 , 2 , 3) |
[1] Plaintif memfailkan Saman Pemula di Lampiran [1] untuk memohon lanjutan masa di bawah s 418 Kanun Tanah Negara 1965 [Kanun itu] untuk merayu keputusan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman yang mengeluarkan Perintah Hak Lalulalang Pentadbir pada 7 November 2017 [Perintah tersebut].
[2] Permohonan plaintif ini telah dibantah oleh defendan-defendan.
[3] Mahkamah ini telah menolak permohonan plaintif di Lampiran [1] dengan kos sebanyak RM6,000.00 bagi Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Ketiga. Kos yang sama terhadap Defendan Keempat, Defendan Kelima dan Defendan Keenam.