2022 MarsdenLR 1743
MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR
I SYNERGY HOLDING BHD & YANG LAIN LWN. ABDUL MUIZ MOHD SHAHRIN & YANG LAIN
[Guaman Sivil No: WA-23NCvC-25-05/2016]
The standard of proof in contempt proceedings is beyond reasonable doubt, and failure to meet this standard results in dismissal of the contempt application.
Headnote:(A) Courts of Judicature Act 1964 – Section 13 – Contempt of Court – The proceedings for contempt initiated by Plaintiffs against Defendant No. 2 for alleged violations of the consent judgment dated April 7, 2017. Court found that Plaintiffs failed to prove beyond reasonable doubt that Defendant No. 2 had breached the terms of the consent judgment. (Paras 5, 35, 39, and 43)
(B)
Standard of proof in contempt proceedings – The standard required is beyond reasonable doubt, and where doubts exist, they should be resolved in favor of the alleged contemnor. (Paras 39, 41, and 43)
Facts of the case:
Plaintiffs filed a committal application against Defendant No. 2 for failing to comply with the consent judgment which required them to refrain from publishing defamatory statements. Court ruled that the Plaintiffs did not substantiate their claims sufficiently.
Findings of Court:
Plaintiffs did not prove the existence of the alleged defamatory statements published by Defendant No. 2 as required by law.
Issues
: Whether Defendant No. 2 had breached the consent judgment and whether the statements published constituted contempt of court.
Ratio Decidendi:
The court ruled that failure to establish the existence of the said statements led to the conclusion that there was no contempt of court on the part of Defendant No. 2.
Result:
Plaintiffs' application is dismissed with costs awarded to Defendant No. 2.
PENGHAKIMAN
A. Pengenalan
[1] Kandungan 102 ini adalah permohonan untuk perintah pengkomitan (komital) yang difailkan oleh Plaintif-plaintif terhadap Defendan Ke-2.
[2] Plaintif-plaintif pada 30 November 2020 te|ah memfailkan suatu permohonan di Kandungan 91 secara Ex Parte memohon untuk kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Defendan Ke-2 dan Mahkamah ini telah memberikan kebenaran pada 2 Mac 2021.
[3] Atas kebenaran yang diperoleh oleh mereka, Plaintif-plaintif telah kemudiannya memfailkan Kandungan 102 ini bagi memohon kepada Mahkamah ini untuk suatu perintah supaya Defendan Ke-2 dikomitkan ke penjara kerana mengingkari / melanggari dan/atau gagal untuk mematuhi terma-terma dalam Penghakiman Persetujuan bertarikh 7 April 2017.
[4] Pada 1 November 2021 Mahkamah ini telah menjalankan suatu prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Defendan Ke-2 untuk Defendan Ke- 2 menunjuk sebab kenapa Defendan Ke-2 tidak boleh dikomitkan ke penjara kerana telah melanggari / mengingkari dan/atau gagal untuk mematuhi terma-terma dalam Penghakiman Persetujuan bertarikh 7 April 2017 ("Penghakiman 7 April 2017").
[5] Defendan Ke-2 telah memberi keterangannya dalam prosiding tunjuk sebab yang dijalankan pada 1 November 2021. Pada 26 Januari 2022, setelah Mahkamah ini meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Defendan Ke-2 serta mempertimbangkan hujahan-hujahan kedua-dua peguam Plaintif-plaintif dan Defendan Ke-2, Mahkamah ini telah mendapati bahawa Plaintif-plaintif telah gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa Defendan Ke-2 telah melanggar terma-terma Penghakiman 7 April 2017 dan oleh itu Defendan Ke-2 tidak melakukan sebarang perlakuan penghinaan Mahkamah. Mahkamah ini seterusnya menolak permohonan Plaintif-plaintif di Kandungan 102 dan memerintah bahawa kos sebanyak RM5000.00 dibayar oleh Plaintif-plaintif kepada Defendan Ke-2.
[6] Plaintif-plaintif yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah tersebut telah memfailkan Notis Rayuannya pada 17 Februari 2022 bagi merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini.
B. Fakta Belakang Kes
[7] Prosiding penghinaan mahkamah yang dijalankan oleh Mahkamah ini adaiah berlatar belakangkan fakta yang berikut:
7.1 Pada 10 Mei 2016, Plaintif-plaintif telah memulakan suatu tindakan saman fitnah terhadap Defendan-defendan.
7.2 Plaintif Pertama adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan alamat perniagaannya di Unit 20-05/06/07/08, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinehi, 59200 Kuala Lumpur. Plaintif Pertama disenaraikan di National Stock Exchange of Australia ("NSX") sejak 31 Ogos 2015.
7.3 Plaintif Ke-2 adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan alamat berdaftarnya di B-1- 15, Block B, 8th Avenue, Jalan Sungai Jernih 8/1, Section 8, Petaling Jaya, Selangor. Dalam hal ini, Plaintif Ke-2 adalah anak syarikat milik penuh Plaintif Pertama.
7.4 Plaintif Ke-3 adalah seorang individu dengan alamat di Unit 20-05/06/07/08, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur; dan pada semua masa material, seorang pengarah kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Ke-2. Dalam hal ini, Plaintif Ke-3 adalah seorang pakar runding pemasaran yang berpengalaman dan telah memenangi anugerah-anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
7.5 Plaintif Ke-4 adalah seorang individu dengan alamat di Unit 20-05/06/07/08, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur; dan pada semua masa material, seorang pengarah kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Ke-2.
7.6 Plaintif Ke-5 adalah seorang individu dengan alamat di Unit 20-05/06/07/08, Vertical Business Suite, Avenue 3, Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur; dan pada semua masa material, seorang pengarah kepada Plaintif Pertama.
7.7 Pada semua masa material:
(i) Plaintif-Plaintif Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 adalah pengarah-pengarah kepada Plaintif Pe