2021 MarsdenLR 1788
MAKHAMAH TINGGI MALAYA ALOR SETAR
PP LWN. MOHD ADNAN MD DAUD
[Rayuan Jenayah No: MT-KA-42R-2-10-2018]
Bukti yang tidak mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap responden menimbulkan keraguan munasabah, yang mengakibatkan pembebasan daripada pertuduhan rasuah.
Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 – Seksyen 17(a) dan Seksyen 24(1) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 – Seksyen 4(1)(b) – Responden dituduh mendapatkan suapan dan memindahkan hasil kegiatan haram – Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan bahawa bukti pendakwaan tidak cukup untuk membuktikan kes prima facie – Prinsip pengakuan hutang diperakui oleh saksi pendakwaan – Keraguan munasabah timbul yang memihak kepada responden – Keputusan membebaskan dan melepaskan responden dikekalkan. (Paras 4, 34, 41, 42)
Facts of the case: Responden telah dituduh dengan beberapa pertuduhan dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Responden menafikan kesalahannya, menyatakan wang yang diterima adalah bayaran balik hutang. Mahkamah Sesyen mendapati bukti pendakwaan tidak mencukupi untuk menegakkan kes prima facie.
Findings of Court: Mahkamah Sesyen mendapati terdapat keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan berkenaan bukti hutang dan telah membebaskan responden.
Issues: Adakah bukti yang ada mencukupi untuk membuktikan kes pendakwaan melawan responden dan adakah keberhutangan tersebut relevan untuk keputusan?
Ratio Decidendi: Mahkamah mendapati prinsip hutang ditetapkan sebagai hujah yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah dan mempengaruhi keputusan pembebasan.
Result: Rayuan pendakwaan ditolak dan keputusan Mahkamah Sesyen dikekalkan.
PENGHAKIMAN
A. Pendahuluan
[1] Responden dalam kes ini telah dituduh dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Alor Setar dan dibicarakan secara serentak. Ketiga-tiga pertuduhan adalah seperti yang berikut:
(a) Pertuduhan Pindaan Pertama (61R-09-06/2017)
"Bahawa kamu, pada 14 Disember 2016, di Malayan Banking Berhad (Maybank) Cawangan Alor Setar, 1535 Jalan Sultan Badlishah, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, sebagai Ejen Kerajaan Malaysia iaitu Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48 yang bertugas sebagai Pengarah di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Selangor Darul Ehsan, telah secara rasuah memperoleh daripada Sah Hizam bin Halim untuk diri kamu sendiri suatu suapan (komisen) iaitu wang sebanyak RM68,343.47, sebagai upah kerana telah melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu telah memilih:
(1) Syarikat Perniagaan Naluri Pertama untuk Menjalankan Kerja-Kerja Membekal dan Menghantar Susu Tepung Dutch Lady (2,3,4)/900gm(Pek Plastik) Taska Bagi Fasa 3 Tabika dan Taska PERMATA KEMAS Negeri Selangor Tahun 2016, berkaitan Pesanan Kerajaan Bernombor L0361020600160740 yang bernilai RM262,039.20 dan
(2) Syarikat Alpha Elite Resources untuk menjalankan kerja-kerja Membekal dan Menghantar Serbuk Malt Coklat, Jenama Milo (Nestle), Berat 2 kg dan Pembungkusan Beg Plastik Bagi Fasa 1 Tabika dan Taska PERMATA KEMAS Negeri Selangor Tahun 2016, berkaitan Pesanan Kerajaan Bernombor L0361020600160739 yang bernilai RM218,366.00,
di mana kedua-dua syarikat tersebut dimiliki atau dalam kawalan Sah Hizam bin Halim, dan dengan itu, kamu melakukan suatu kesalahan di bawah s 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694], yang boleh dihukum di bawah s 24(1) Akta yang sama.
(b) Pertuduhan Pindaan Kedua
"Bahawa kamu, pada 7 Januari 2015, di Malayan Banking Berhad (Maybank) Cawangan Alor Setar, 1535 Jalan Sultan Badishah, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, sebagai Ejen Kerajaan Malaysia iaitu Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S48 yang bertugas sebagai Pengarah di Jabatan Kemajuan Masyarakt (KEMAS) Negeri Selangor Darul Ehsan, telah secara rasuah memperoleh daripada Sah Hizam bin Halim untuk diri kamu sendiri suatu suapan (komisen) iaitu wang sebanyak RM86,053.45, sebagai upah kerana telah melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu telah memilih:
(1) Perniagaan Naluri Pertama untuk menjalankan kerja-kerja membekal dan Menghantar Makanan Tambahan ke Tabika KEMAS Negeri Selangor Fasa 2 - Biskut Cream Cracker, Jenama Jacob, Berat 800g, berkaitan Pesanan Kerajaan bernombor L0361020600140287 yang bernilai RM78,246.00,
(2) Perniagaan Naluri Pertama untuk menjalankan kerja-kerja membekal dan Menghantar ke Tabika KEMAS Negeri Selangor Tahun 2014 - Susu Tepung 456 (1 kg) berkaitan Pesanan Kerajaan bernombor L0361020600140080 yang bernilai RM123,786.00.
(3) One Blue Diamond Enterprise untuk menjalankan kerja-kerja Membekal dan Menghantar Makanan Tambahan ke Tabika KEMAS Negeri Selanor Fasa 2 - Susu Tepung, Jenama Dutch Lady Perisa Asli, Berat: 1 kg berkaitan Pesanan Kerajaan bernombor L0361020600140283 yang bernilai RM130,410.00.
(4) Golden North Enterprise untuk menjalankan kerja-kerja Membekal dan Menghantar Makanan Tambahan ke Tabika KEMAS Negeri Selangor Fasa 2 - Bijirin Koko Krunch, Jenama: Nestle, Berat 275g, berkaitan Pesanan Kerajaan bernombor L0361020600140286 yang bernilai RM65,205.00.
(5) Syarikat Malbery Enterprise untuk menjalankan kerja-kerja Membekal dan Menghantar ke Tabika KEMAS Negeri Selangor Tahun 2014 - Biskut Campuran Pebagai Perisa (800 gm) Jenama: Tiger Kraf, berkaitan Pesanan Kerajaan bernombor L0361020600140075 yang bernilai RM94,702.50,
(6) LD Dinamik Enterprise untuk menjalankan kerja-kerja Membekal dan Menghantar ke Tabika KEMAS Negeri Selangor Tahun 2014 - Koko Crunch (330 gm), Jenama: Nestle, berkaitan Pesanan Kerajaan bernombor L0361020600140076 yang bernilai RM59,512.50, dan
(7) LD Dinamik Enterprise un